Ulat ratus (Spodoptera litura), sejenis serangga perosak yang banyak terdapat di sektor hortikultur Asia termasuk Malaysia. Kehadiran perosak ini mendatangkan kerosakan terhadap lebih daripada 50 jenis tanaman sayur-sayuran dan juga buah-buahan seperti tomato, jagung, kacang panjang, sawi, kubis, buah belimbing, koko, bendi, cili, bayam, keledek, terung dan sebagainya.
Perosak ini malah menyerang tanaman hiasan dan juga rumpai menyatakan spektrum pemakanannya yang luas bukan sahaja dari segi varieti tanaman tetapi juga mengambil makanan daripada pelbagai bahagian tanaman termasuk daun, bunga, pucuk dan juga buah, iaitu tabiat pemakanan bersifat polyphagous, yakni satu spektrum pemakanan yang luas. Oleh yang demikian, pengusaha tanaman disyorkan untuk mengambil langkah pencegahan supaya mengawal kehadirannya sebelum ia berleluasa di ladang tanaman masing-masing.
Seperti banyak serangga perosak yang lain, ulat ratus yang telah menetas daripada telur rama-rama dewasa di bahagian bawah daun tanaman menjadi punca serangan dengan cara memakan daun dan juga bahagian-bahagian lain yang dihinggapi itu. Di tahap awal, ulat ratus bertindak secara berkumpulan, kemudian berselerak menghala ke lokasi masing-masing dalam pencarian makanan.
Tanaman khususnya sayur-sayuran apabila diserangi ulat ratus maka daunnya akan habis dimakan sehingga meninggalkan rangka pokok sahaja menyatakan keseriusan serangan tersebut. Keadaan ini berlaku kerana seekor rama-rama betina berupaya menghasilkan 300 – 800 biji telur sepanjang hayat menandakan penetasan telur-telur itu dalam masa 3 – 5 hari sahaja selanjutnya membentuk populasi yang tinggi.
Daripada peringkat telur sehingga dewasa, ulat ratus hanya mengambil masa dalam lingkungan 25 hari bergantung pada bahan makanan yang diambil. Misalnya, pada tanaman jagung, kitaran hidupnya disempurnakan dalam masa 21 hari, pada tanaman tomato dan kacang tanah pula 18 hari, pada tanaman sawi ialah 17 hari dan sebagainya. Ulat ratus dewasa akan jatuh ke bawah tanah dan di dalam tanah ia akan menyempurnakan peringkat pupa yang mengambil 8 – 10 hari.
Ulat ratus mudah dikenali melalui warna badan yang coklat kehitam-hitaman di peringkat instar terakhir serta mempunyai jalur kuning memanjang di bahagian belakang dan juga sisi. Kepalanya juga berwarna perang kehitam-hitaman. Namun pada waktu siang hari, ulat ratus bersembunyi di pangkal pokok dan mungkin sukar untuk dikesan. la hanya beraktif pada waktu malam. Pada masa ini ia menyerangi tanaman sehingga mendatangkan kerugian besar kepada pengusaha tanaman.
Walaupun ulat ratus boleh dikawal secara manual iaitu mengumpul telurnya yang berada pada daun kemudian memusnahkan, tetapi di kawasan tanaman yang luas serta dengan kekurangan tenaga kerja di ladang buat masa ini, kaedah kawalan ini kelihatan melelahkan serta juga akan meningkatkan kos. Kawalan dengan menggunakan racun serangga terbukti satu pendekatan lebih berkesan dan ekonomi serta dapat menghapuskan serangan ulat ratus dalam masa yang singkat.
Dalam konteks ini, tiga produk racun serangga yang diedarkan oleh Syarikat Brightonmax Sdn Bhd adalah pilihan yang digemari di pasaran untuk menyelesaikan masalah serangan perosak ini. Ketiga-tiga produk ini disyorkan untuk digunakan secara berselang-seli supaya mengelakkan pembentukan antibodi pada ulat ratus. Ini memang satu langkah yang perlu diambil iaitu mengelak daripada penggunaan satu-satu racun serangga atau racun rumpai secara berpanjangan sebaliknya hendaklah berselang-seli.
Menurut sumber daripada Syarikat Brightonmax Sdn Bhd, ulat ratus dapat dikawal secara berkesan dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi bahan aktif (a.i) Phosmet 70% WP dan racun ini adalah dikeluarkan oleh syarikat antarabangsa ulung iaitu Gowan Crop Protection, UK. Selain itu, racun mengandungi bahan aktif Diflubenzuron 40.1% SC pula adalah produk keluaran Syarikat Arysta LifeScience dari Belgium, iaitu sebuah pengeluar racun serangga ternama di dunia. Racun mengandungi bahan aktif Fipronil 19% juga antara produk edaran Brightonmax Sdn Bhd untuk membantu pengusaha tanaman mengawal serangan ulat ratus di ladang masing-masing.
Ketiga-tiga produk ini merupakan satu rangkuman yang lengkap iaitu pengusaha tanaman boleh menggunakannya secara berselang-seli demi menghapuskan serangan ulat ratus di ladang. Ini kerana semua produk racun ini adalah daripada kumpulan berlainan iaitu bahan aktif yang tidak sama lantaran dapat meminimumkan risiko pembentukan kerintangan pada ulat ratus. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Brightonmax Sdn Bhd di talian : 07-595 3580/595 3680.