You are currently viewing Empat Spesis Durio Yang Boleh Dimakan

Empat Spesis Durio Yang Boleh Dimakan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sekurang-kurangnya ada sembilan spesis durio yang boleh dimakan dan salah empat spesisnya disyorkan di bawah. Keempat-empat spesis ini tidak sama dengan spesis durian (durio zibethinus Murr.) dari pelbagai aspek.

1. Durio testudinarum Becc.

Spesis ini juga dikenali sebagai durian kura-kura dan durian kakura oleh orang Melayu dan juga dinamakan sebagai lujian beramatai oleh orang Sungai, Sarawak.

D. testudinarum bertaburan di Pulau Borneo meliputi Sabah, Sarawak dan Brunei. Pokok bersaiz sederhana dengan ketinggian boleh mencapai 61m.

Amnya pokok ini boleh didapati di cerun bukit sehinga aras ketinggian 213m di hutan semula jadi dan hutan paya yang bertanah perang. Spesis ini juga dikultur. Agen pendebungaan terdiri daripada lebah, lalat dan semut. Bunga berkembang di waktu pagi dan mekar sepenuhnya pada jam 10.00 pagi. Salah satu ciri utama bagi spesis ini ialah pembentukan buah di bahagian pangkal dan batang pokok. Spesis tumbuhan hutan ini mempunyai nilai komersial.

2. Durio dulcis Becc.

Seperti D. testudinarum, taburan spesis D. dulcis juga meliputi Sabah, Sarawak dan Brunei. Pokok ini bersaiz besar sehingga 46m tingginya dan bergarispusat 123cm serta tumbuh di bukit batu pasir hutan dan juga hutan paya berparas ketinggian sehingga 100m.

Spesis ini digelar juga dengan nama seperti durian merah (Melayu), durian hantu (Iban), tutong (Iban), lahong/lajung (Dayak), ohok (Kedayan) dan lain-lain lagi. Walaupun isi buah boleh dimakan namun buah yang baru gugur sukar dikopek dan kebiasaan dibuka secara membelah dua sahaja. Disebabkan oleh saiz pokok yang besar, maka batang pokoknya juga merupakan sumber kayu balak.

Ciri utama spesis D. dulcis terletak pada warna kulit yang merah keunguan, bagaikan buah pulasan jika dilihat dari jauh. Buah D. dulcis tumbuh pada dahan dan cabang pokok dan berkulit tebal dengan isi buah berwarna kuning dan manis. Buahnya berbau kuat seperti bau musang (civet).

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

3. Durio graveolens Becc.

Spesis D. graveolens yang juga merupakan pokok hutan mencapai ketinggian 51m dengan garispusat 102cm serta mempunyai batang pokok yang lurus, jemala pokok yang besar serta tebal. Spesis ini bertaburan di semenanjung Malaysia dan Pulau Borneo meliputi Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei. Ia tumbuh di tanah batu pasir rata atau sepanjang sungai dan juga atas tanah liat bersaliran baik di hutan semula jadi. Habitatnya juga termasuk tanah batu pasir 300m dari aras laut. Di hutan paya juga boleh menjumpai pokok spesis ini.

Isi buah D. graveolens boleh dimakan segar dan batang pokok boleh dijadikan kayu papan dalam industri kayu- kayan. Pokok ini juga sering dijadikan tanaman buah- buahan di kebun. Buah D. graveolens selain mempunyai saiz buah yang berbeza-beza, isi buah juga menunjukkan spektrum warna yang besar, iaitu dari oren muda sehingga oren tua malah berwarna oren kemerahan dan ungu kemerahan. Buah dengan isi berwarna oren tua diberi nama tempatan ‘otak udang’ manakala buah berisi oren kemerahan dinamakan durian dalit oleh orang tempatan. MARDI juga menghasilkan baka elit bermutu daripada germplasm spesis ini dengan isi buah berwarna ungu kemerahan.

4. Durio katejensis (Hassk.) Becc.

Berbanding dengan spesis durio lain tersebut tadi, pokok D. ketejensis lebih kecil saiznya, iaitu mencapai ketinggian 21m dengan garispusat batang 50cm sahaja. Batang pokok justeru itu adalah pendek dan licin berwarna kelabu atau coklat kemerahan.

la merupakan tumbuhan jati di Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan dan turut ditanam sebagai pokok buah-buahan di Jawa dan Sarawak. Habitat pertumbuhannya merangkumi hutan bertanah liat subur serta kawasan tanah beralun. D. katejensis digemari oleh orang Sarawak dan kebanyakan ditanam oleh Kedayan di kawasan Miri.

Spesis ini berpotensi komersial kerana mutu isi buah yang baik. Pemilihan baka bermutu membolehkan pengeluaran baka yang menghasilkan buah lebih besar serta berperisa krim manis. Buahnya dikatakan tidak berbau. Spesis ini juga mudah dikenali dengan pembungaan berwarna merah. Nama tempatan spesis ini termasuk rian isu (Iban), nyekak (Iban), ukan pakan (Iban), durian pulu (Kedayan), Ukak (Melayu Miri) dan lain-lain lagi.

 

Sumber Maklumat (tidak termasuk gambar foto) :

Salma Idris, Durio of Malaysia, MARDI, 2011.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :