You are currently viewing Kaedah Memangkas pokok Durian Ke Arah Meningkatkan Produktiviti Hasil

Kaedah Memangkas pokok Durian Ke Arah Meningkatkan Produktiviti Hasil

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Banyak tanaman buah-buahan yang ditanam secara komersial baik di dusun ataupun ladang, perlu dipangkas pelepah untuk membina struktur pokok yang seimbang dari segi pencabangan dan kanopi. Melalui amalan pangkasan, ketinggian pokok juga dapat dikawal supaya kutipan hasil lebih senang dilaksanakan kelak. Di Thailand, tanaman durian komersial juga diamalkan sebegitu iaitu pangkasan dijalankan dalam tempoh pembesaran pokok. Bahan tanaman durian kini hampir kesemuanya dikultur melalui kaedah pembiakan tampang secara cantuman. Lokasi cantuman tersebut hendaklah berjarak 30 – 35cm dari permukaan tanah supaya mengelakkan jangkitan kulat Phytophthora di bahagian cantuman tersebut. Inilah antara syarat yang penting semasa menanam anak benih durian di kebun.

Kaedah Pangkasan Anak Pokok Durian

Anak pokok yang ditanam akan membesar selanjutnya. Apabila mencapai saiz pokok yang sesuai, pangkasan pelepah boleh dijalankan. Sebagai permulaan, 4 – 6 dahan utama yang sihat serta mempunyai sudut lebar dikekalkan . Dahan yang paling bawah mestilah berjarak sekurang-kurangnya 60cm dari permukaan tanah. Setiap dahan yang dikekalkan itu hendaklah berjarak 10 – 15cm (pokok belum matang) atau 30cm (pokok matang). Semua dahan yang berjarak kurang daripada 60cm dari permukaan tanah mesti dipangkas dan dibuang termasuk pucuk air, dahan yang bersudut sempit serta dahan yang dijangkiti penyakit.


Satu tahun slepas pangkasan kali pertama, pangkasan kali kedua boleh dijalankan. Pada masa ini, 6 batang dahan tambahan yang sihat dan bersudut lebar dipilih untuk dikekalkan. Dengan kata lain, di peringkat ini jumlah dahan yang dikekalkan adalah di antara 10 – 12 batang. Dahan yang paling tinggi di peringkat masa ini elok berada pada ketinggian 2 meter dari permukaan tanah. Apabila umur pokok mencapai 3 tahun, dahan paling bawah hendaklah berjarak 1 meter dari permukaan tanah. Oleh yang demikian, 1-3 dahan boleh dipangkas dan dibuang di peringkat ini.

Untuk memupuk dahan-dahan utama ini tumbuh dengan baik dan cergas, cabang-cabang sekunder dan tertiari harus dipangkas dan dibuang. Langkah ini akan merangsang semua dahan-dahan yang dikekalkan itu tumbuh melintang dengan lebih panjang dan sihat untuk membentuk kanopi pokok yang cukup lebar.

Pangkasan Pokok Durian Matang

Pembungaan dan pembuahan pokok durian berlaku pada dahan-dahan. Oleh itu, pengekalan dahan yang produktif amat penting. Dahan yang produktif amnya mempunyai ukuran garis pusat dalam lingkungan 4 – 10cm serta hendak berada di lokasi yang dapat menerima pancaran matahari secukupnya. Dahan yang lebih besar iaitu melebihi 10cm atau lebih kecil iaitu kurang daripada 4cm adalah kurang produktif. Keadaan ini menyarankan dalam masa memilih dan mengekalkan dahan-dahan produktif, semua dahan yang kurang atau tidak produktif langsung hendaklah dipangkas dan dibuang serta mengambil perhatian terhadap beberapa aspek penting yang disenaraiakan berikut.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

• Apabila ukuran garis pusat dahan menghampiri 10cm, maka langkah perlu diambil untuk memupuk dahan sekunder mengeluarkan lebih banyak cabang-cabang yang produktif.

• Selepas tamat kutipan hasil buah durian, pembajaan hendaklah dijalankan segera dengan menggunakan baja seperti 16 N – 16 P205 16 K20 serta tinja lembu untuk menguatkan pokok. Pada masa yang sama, dahan dan ranting yang rosak, berpenyakit, layu dan tidak produktif hendaklah dipangkas dan dibuang untuk memupuk pengeluaran pucuk baru.

• Dahan-dahan yang dikekalkan boleh dikemaskan jika perlu supaya membentuk kanopi pokok yang baik.

• Pengedaran udara di bahagian kanopi pokok hendaklah diberikan perhatian supaya udara di situ dapat mengedar dengan lancar serta dapat dipancari oleh cahaya matahari dengan baik. Matlamat ini boleh tercapai melalui pembuangan ranting-ranting pokok berlebihan terutama ranting-ranting terletak di lokasi yang tidak dapat menerima pancaran cahaya matahari secukupnya. Ranting-ranting ini amnya tidak dapat mengeluarkan pucuk baru serta mudah layu dan mati. Oleh yang demikian, elok dipangkas dan dibuang sahaja ranting-ranting ini.

Sumber maklumat :

Surmsuk Salakpetch, “Durian (Durio ziberthinus L.,) Flowering, Fruit Set and Pruning”, Chanthaburi Horticultural Research Center, Chanthaburi, Thailand, 15th Annual International Tropical Fruit Conference Proceedings, 2006.

 

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :