PPP Agricare Sdn Bhd
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com
Website: www.pppagrotech.com
Buah delima (pomegranate) atau nama saintifik Punica granatum adalah sejenis buah-buahan tropika dan sub-tropika. Ia terkenal sebagai tanaman yang tahan lasak dalam suasana panas kering dengan keperluan air yang rendah serta keupayaan memberi hasil lumayan terhadap amalan pertanian baik.
Kini tanaman buah delima diusahakan secara meluas di India, Iran, China, Turki, USA, Sepanyol, Armenia, Afghanistan, Uzbekistan, Timur Tengah, Pakistan, Tunisia, Israel dan negara-negara Asia Tenggara termasuk juga Malaysia yang hanya diusahakan dalam skala kecil-kecilan. Memandangkan tanaman ini mempunyai potensi eksport yang cerah berikutan kesedaran yang meningkat terhadap nilai khasiatnya yang tinggi, ia wujud sebagai salah satu tanaman yang sesuai diusahakan di Malaysia dengan skala yang lebih meluas.
Untuk menghasilkan pokok delima yang sihat, bahan tanaman yang bebas daripada penyakit amat penting. Ini kerana pembiakan secara tut atau keratan batang yang biasa digunakan membawa risiko jangkitan penyakit bakteria dan hawar yang boleh berlaku selepas 5-12 bulan ditanam. Oleh itu, selain mendapatkan bahan tanaman daripada tapak semaian yang telah disahkan, bahan tanaman keratan dan tut hendaklah dirawat dengan pes Bordeaux (10%) di bahagian hujung keratan. Begitu juga bahagian akar tut hendaklah dirawat dengan copper oxychloride (COC) @ 3g/liter untuk melindungi akar daripada serangan penyakit tanah di peringkat semaian kemudian ditanam ke dalam polibag yang disediakan. Kawalan penyakit dan perosak serangga perlu diambil terhadap semaian delima sekiranya terdapat kesan serangan.
Bagi alat yang digunakan semasa memangkas setiap pokok, ia perlu dinyah kuman dengan sodium hypochlorite (2.5%). Inilah antara amalan ang perlu diambil untuk mengelakkan bahan tanaman dijangkiti penyakit kelak. Pada hakikat, tapak semaian pokok delima hendaklah mengikut piawaian yang termaktub dalam prosedur penyelenggaraan termasuk jarak tapak semaian hendaklah berjarak antara 0.6 – 1 km dari tempat menanam serta bebas daripada rumpai dan sebagainya.
Pembiakan Pokok Delima
Empat kaedah boleh digunakan dalam pembiakan bahan tanaman delima iaitu tut, keratan batang, cantuman dan juga kultur tisu. Bahagian tut tut akan akan mengeluarkan akar sepenuhnya dalam masa 75-90 hari kemudian dipotong dan disemai ke dalam polibag. Namun begitu, kaedah keratan batang lebih senang kerana menjimat tenaga buruh. Keratan diambil dari pokok induk yang sihat dan berumur 6-18 bulan serta 20-25 cm panjang dan 0.6-1.2 cm tebal akan memberi kadar kejayaan yang lebih tinggi. Sebelum ditanam, keratan batang tersebut hendaklah dirawat dengan 2-bromo-2-nitro-1, 3-diol @ 500 mg/l + Carbendazim @ 1.0 g/l dicairkan ke dalam air suam bersuhu 52-53°C selama 5 minit untuk mengawal daripada perosak dan penyakit yang berada di permukaan keratan.
Untuk menggalak keratan batang berakar lebih cepat, keratan itu boleh direndam sedalam ke dalam campuran asid separuh keratan ke dalam indole-3-butyric (IBA) @ 2.5-5.0 g/l selama 30 saat hingga 5 minit. Keratan itu kemudian ditanam ke dalam media yang mengandungi cocopeat dan pasir atau cocopeat sahaja untuk mengakar dengan lebih cepat. Akar penuh akan wujud dalam masa 45-60 hari. Ia kemudian dialih tanam ke dalam polibag. Bahan pemupuk akar seperti AMF boleh ditambah ke dalam media untuk melestarikan pengakaran lagi. Keratan batang itu kemudian dididik di dalam polibeg untuk selama 45 hari kemudian boleh dipindah tanam di ladang. Sebelum dipindah tanam, anak benih seelok-eloknya dialih ke tempat lindungan cahaya 50% selama satu minggu.
Kaedah cantuman digunakan untuk menghasilkan pokok delima yang memiliki ciri-ciri tertentu yang diingini termasuk berhasil tinggi dan berdaya tinggi dalam merintangi penyakit. Kaedah ini memerlukan pokok penanti yang amnya terdiri daripada varieti liar manakala sion pula menggunakan varieti yang diingini sepeti “Bhagwa”, “Ganesh” dan sebagainya. Sion ini diambil dari pucuk pokok induk berumur 6 – 12 bulan sepanjang 15-20 cm dan setebal 0.7 – 1.0 cm.
Kaedah kultur tisu kini diperlukan oleh penanam yang mana pembekalan bahan tanaman yang dibiakkan secara konvensional tidak dapat menampung keperluan di samping juga untuk mendapatkan bahan tanaman yang benar-benar bebas penyakit. Namun, kos bagi bahan tanaman ini adalah lebih tinggi serta memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding bahan tanaman konvensional.
Penanaman Buah Delima
Kawasan kering yang menerima taburan hujan tahunan 1,000 mm ke bawah umpamanya lebih kurang 560 mm setahun serta mempunyai tempoh musim kering yang jelas dianggap optimum untuk tanaman delima. Tanah bersaliran baik dengan kecerunan sederhana (3 – 5%) serta nilai pH tanah 6.5 – 7 adalah sesuai biarpun tanaman ini mampu bertahan dengan nilai pH sehingga 8.5.
Bentuk tanaman segi tiga atau segi empat boleh dipilih untuk menanam pokok delima. Jika tanah untuk tanaman adalah cetek, maka lubang tanaman berukuran 1 m x 1 m x 1 m digali manakala di kawasan yang tanahnya mendalam umpamanya 1 m atau ke atas, parit berukuran 0.75 m (lebar) x 0.75 m (dalam) boleh dibuat di sepanjang garisan menanam. Lubang atau parit mesti digali sebulan sebelum penanaman untuk menyah kuman melalui pancaran cahaya matahari. Di bawah dan di tepi lubang/parit itu perlu dirawat dengan serbuk carbaryl 50 g/lubang atau campuran cecair 5 I yang mengandungi 0.4% (4 ml/l) chlorpyriphos 20 EC.
Lubang atau parit itu juga hendak dikambus menggunakan tanah permukaan dan pasir menurut nisbah 1 : 1 serts baja organik mengikut kadar yang sesuai. Kesemua tanah campuran itu digaul rata sehingga membentuk busut yang setinggi 1 kaki kemudian disiram air sebelum ditutupi dengan sungkupan polithrin untuk 10 hari. Campuran tanah yang disungkup itu perlu digaul setiap hari. Sebelum anak benih ditanam, ia hendaklah disemburi dengan copper oxychloride (COC @ 2.5 g/l) atau kocide @ 1.5 – 2 g/l).
Secara umum, jarak tanaman delima 4.5m x 3.0m (740 pokok/ha) adalah optimum bagi varieti “Bhagwa”. Namnun begitu, untuk varieti yang mengembang secara horizontal atau mendatar seperti “Ganesh”, jarak 5m x 4m (500 pokok/ha) dan 5m x 5m (400 pokok/ha) adalah lebih sesuai. Anak benih yang ditanam perlu disokong dengan kayu atau buluh untuk mengelak daripada tumbuh bengkuk yang boleh mamatahkan pokok. Kebersihan kawasan tanaman hendaklah dijaga dengan cara mengumpul dan menanam segala bahagian tanaman berpenyakit yang gugur daripada pokok.
Dalam tempoh 2 3 bulan selepas ditanam, anak pokok sudah tumbuh dengan baik di ladang. Selepas itu, amalan pertanian baik perlu disusuli agar tumbesaran pokok terus diperkasakan.
Varieti Yang Dipilih
Pokok delima mempunyai dua jenis iaitu varieti untuk hiasan dan varieti untuk dimakan. Pokok delima hiasan tidak akan menghasilkan buah dan ia mempunyai dua kuntum bunga merah yang tumbuh kembar. Terdapat juga sejenis pokok delima renek dengan ketinggian 2 – 2.5 kaki yang menghasilkan bunga dan buah yang kecil. Varieti ini dikenali sebagai “nana” (P. granatum var. nana) juga untuk tujuan hiasan. Banyak varieti untuk dimakan telah diusahakan di negara-negara penanam dengan varieti yang berlainan. Namun bagi India, varieti “Bhagwa❞ amat popular kerana kesesuaian varieti ini untuk pasaran eksport ekoran buah yang cantik iaitu merah serta juga dengan isi buah yang merah gelap. Bagi varieti lain, ia boleh dilihat seperti gambarajah berikut :
Penjagaan Pokok Delima sebelum pengeluaran buah adalah penting supaya pokok elak daripada dijangkiti penyakit bakteria (bacterial blight diseases) dan penyakit layu. Ini bermakna dalam tempoh dua tahun pertama selepas ditanam, amalan seperti berikut hendaklah diambil sekiranya perlu.
• Sebulan selepas ditanam, jika anak pokok dijangkiti penyakit bakteria, maka semburan dengan streptomycin sulphate 90% + oxytetracycline 10% (streptocycline) @ 0.5g/l + COC (2.5g/l) dijalankan. Namun, untuk anak pokok yang bebas daripada jangkitan penyakit, hanya copper oxychloride (COC) disemburi. la diselangi dengan penggunaan campuran Semburan Bordeaux (1%) COC + streptocycline yang juga perlu ditukar kepada 2-bromo-2-nitropropane-1, 3-diol (Bronopol) @ 0.5g/l + captan @ 3g/l sebagai kaedah penggunaan yang berselang untuk mengelak daripada berlakunya antibodi pada perosak penyakit. Racun kulat lain seperti carbendazim @ 1g/l, mancozeb @ 2.5g/l juga boleh digunakan.
• Bagi kawasan tanaman yang bebas penyakit, semburan berselang selama satu bulan dijalankan. Bagi kawasan tanaman berpenyakit, semburan racun dikendalikan secara berselang 15 hari semasa cuaca kering atau berselang 7 – 10 hari di musim hujan. Di kawasan yang dijangkiti penyakit juga, satu semburan streptocycline (0.5g/l) + COC (2.5g/l) di akhir musim hujan adalah wajib.
• Jika penyakit kulat kelihatan di bahagaian daun, maka semburan racun seperti Companion yang mengandungi mancozeb 63% WP + carbendazim 12% WP @ 2g/l atau chlorothalonil 75 WP (2.0 g/l) atau hexaconazolw 5 EC @ 1 ml/l digunakan. Ulang amalan ini setiap 15 hari jika perlu.
• Bagi perosak seperti kutu thrip yang menghisap cecair pucuk tanaman, sembur thiamethoxam 25 WG @ 0.3g/l. Ulang langkah ini secara selang 15 hari jika perlu. Penggunaan juga berselang dengan acetamiprid 20 SP @ 0.3g/l atau imidacloprid 17.8 SL @ 0.3ml/l untuk mengelak daripada pembentukan antibodi. Labah merah yang menyerang pada waktu musim kering boleh dirawat dengan semburan fenzaquin 10 EC @ 2ml/l atau Dicofol 50 SP @ 1g/l atau 18.5 EC @ 2.5ml/l atau Sulphur boleh basah 80 WP @3g/l secara berselang.
• Ulat makan daun pula boleh disemburi dengan malathion 50 EC @ 2ml/l.
Memangkas Pokok

Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Pokok sebelum matang perlu dipangkas untuk membentuk kanopi yang seimbang. Bagi tujuan ini, hendaklah diingatkan bahawa jangan memangkas dalam musim hujan, mengekalkan 3 – 4 cabang selepas pertumbuhan 6-9 bulan, memangkas dahan daripada 30 cm dari permukaan tanah, memangkas segala pucuk air, cabang bersilang, mati, layu atau yang dijangkiti penyakit. Bagaimanapun, dahan lama hanya perlu dipangkas secara minimum serta mengelak daripada pangkasan berlebihan dan mengekalkan cabang pucuk baru setiap tahun serta alat pangkasan dinyah kuman dengan 2.5% sodium hypochlorite selepas pangkasan setiap pokok.
Pangkasan dijalankan ke atas bahagian tanaman yang dijangkiti penyakit dengan cara memangkas 2 inci ke bawah daripada bahagian jangkitan kemudian bahagian hujung di tempat yang dipangkas itu disapu dengan pes Bordeaux (10%). Di musim hujan, pes berasaskan minyak seperti cat COC or pes Chaubatia adalah lebih sesuai untuk digunakan pada hujung pangkasan tersebut. Tanaman tidak harus dibenarkan berbuah dalam tempoh masa 2 tahun pertama demi memupuk tumbesaran tanaman serta pembentukan kanopi pokok yang baik.
Pokok delima dipangkas dua kali setahun bagi pembentukan kanopi yang baik serta pengeluaran hasil yang diingini. Pankasan utama biasanya dijalankan selepas kutipan hasil manakala pangkasan sambilan dijalankan di bahagian atas (10 15 cm) bagi memupuk pembungaan. Jika terdapat jangkitan penyakit bakteria, maka pangkasan intensif boleh dijalankan ke atas pokok dengan membuang bahagian-bahagian tanaman yang telah dijangkit. Pokok yang sudah dijangkiti penyakit secara serius hendaklah dicabut dan disulam dengan anak pokok baru. Jika pokok sakit tidak ingin dicabut, maka pokok itu boleh dipangkas dibahagian 2-3 inci dari permukaan tanah. Segera selepas pangkasan, Bordeaux (1%) disembur pada pokok.
Keperluan Air
Peruntukan air secara pengairan titisan yang menghalakan empat kepala penitis air di empat penjuru pokok delima boleh dilakukan. Pengairan titisan lebih menjimat air serta berupaya meningkatkan hasil sebanyak 30-35%. Pengairan dijalankan mengikut keperluan air pokok tanpa berlebihan. Selepas pembajaan, pengairan titisan itu perlu dijalankan. Untuk menjimat penggunaan air, sungkupan boleh diletakkan di bawah pokok selepas berhujan untuk memelihara kelembapan tanah di samping juga memelihara nutrien yang ada di situ.
Pembajaan
Pokok delima seperti pokok lain juga perlu diberikan baja mengikut jadual. Simptom kekurangan baja yang berlaku pada pokok boleh diketahui melalui pertukaran warna daun tanaman. Amnya daun menjadi kuning atau hijau pudar secara keseluruhan menandakan pokok sudah kekurangan nitrogen. Begitu juga kadar pencabangan dan daun di bahagian atas bertambah kecil juga tanda-tanda kekurangan nitrogen.
Jika pokok mengalami kekurangan fosforus, gejala hujung daun bagaikan terbakar dapat dikesan. Jumlah dan saiz daun juga berkurangan dan tumbesaran pokok terbantut.
Jika daun menggulung atau kerkedut-kedut, maka ini adalah gejala kekurangan kalium.
Dalam keadaan yang serius, daun muda juga menjadi keadaan begitu dan saiz buah bertambah kecil. Kesemua gejala kekurangan nutrien boleh dirujuk di gambarajah berikut :
Sebagai rekomendasi, baja makro NPK boleh digunakan dengan kadar 14 dos normal nitrogen dan dos fosforus dan kalium yang penuh selepas sahaja kutipan hasil untuk disimpan dan digunakan dalam musim pembuahan berikutnya. Begitu juga selepas pembungaan, baja foliar potassium nitrate pada kadar 1.48-2.25 kg K2O/ekar) digunakan untuk meningkatkan saiz buah, hasil dan mengurangkan buah
rekah.
Bagi baja mikro, ia juga penting dalam meningkatkan kualiti buah delima di samping meningkatkan kesan pengambilan nutrien makro NPK dan air. la juga penting untuk meningkatkan daya rintangan penyakit serta tempoh simpanan buah di rak. Gejala fisiologi hasil yang berlaku juga dapat dikurangkan. Gejala kekurangan nutrien mikro boleh dirujuk pada gambarajah berikut :
Kutipan Hasil
Pokok delima akan mengeluarkan buah pada tahun kedua selepas ditanam. Namun, dalam tempoh masa ini, kutipan buah tidak digalakkan. Buah yang hanya wujud mulai tahun ketiga selepas tanam sahaja boleh dikutip. Tindakan ini bertujuan menghasilkan pokok yang lebih rimbun, sihat serta berlestari secara berpanjangan.
Bagi mengelakkan buah rekah, ada petani yang mengutip hasil buah sebelum buah matang. Keadaan ini tidak digalakkan kerana buah delima tidak akan matang selepas dituai. Buah yang dituai terlalu masak juga tidak sesuai kerana akan berlakunya penukaran warna isi buah dan menurunkan kualiti buah. Beberapa peringatan perlu diambil semasa mengutip buah delima, seperti berikut :
• Hanaya mengutip buah yang matang kerana buah tidak akan matang selepas dikutip walaupun dirawat dengan etelen
• Buah dikutip dengan menggunakan gunting. Buah tidak boleh dipetik secara menarik daripada pokok.
• Kutip buah di waktu pagi atau lewat petang untuk mengurangkan kepanasan matahari.
• Alat tuain buah hendaklah dinyah kuman selepas digunakan dari pokok ke pokok.
• Buah dikutip di bahagian pangkal tangkai tanpa mewujudkan kecederaan pada buah.
• Buah yang dikutip hendaklah dielakkan daripada pancaran cahaya matahari.
Dalam suhu bilik, buah delima boleh disimpan selama 3-4 minggu. Pada suhu 5°C dan kelembapan relatif 85%, buah delima boleh disimpan sehingga 10 minggu lamanya. Bagi tempoh simpanan yang lebih lama lagi, suhu simpanan 10°C dan kelembapan relatif 95% adalah dikehedanki bagi mengelakkan kecederaan penyejukan dan kehilangan berat.
Akhir kata, buah delima adalah sejenis buah-buahan berkhasiat dan juga berfungsi perubatan. Ia boleh dirumus menjadi pelbagai produk minuman, snek dan juga bahan campuran dalam resipi masakan. Menurut satu kiraan kos dan pulangan dalam tanaman delima, jika petani mendapat kutipan hasil yang baik pada kutipan hasil pertama dan seterusnya, maka segala kos pelaburan projek tanaman delima akan pulang modal dalam masa 4 tahun selepas ditanam. Pada tahun-tahun berikutnya, hasil akan bertambah 30-50% menyatakan pendapatan petani juga akan turut meningkat. Buah delima akan matang dalam masa 5-6 bulan bermula dari pembungaan.
Dalam satu artikel lain mengenai pengeluaran hasil buah delima, dinyatakan pokok delima matang yang sihat secara purata akan mengeluarkan 100 – 150 biji buah dalam setahun. Bagi varieti yang ditanam dengan kepadatan tinggi umpamanya varieti “Ganesh” mengikut jarak 5 m x 2 m (1,000 pokok/ha), setiap pokok dapat memberi hasil berkualiti tinggi sehingga 50 biji telah memberi pendapatan yang lumayan kepada penanam.
Sumber maklumat :
1. Jyotsana Sharma et al., “Pomegranate : Cultivation, Marketing and Utilization”, ResearchGate, 2014. Portal Information.
2. Jagdish Reddy, “Pomegranate Farming, Planting, Care, Harvesting”, AgriFarming, 2015. Portal information.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336