You are currently viewing Kesuburan Tanah dan Kecukupan Nutrien Untuk Tanaman Padi

Kesuburan Tanah dan Kecukupan Nutrien Untuk Tanaman Padi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Tanah yang subur berupaya untuk membekal nutrien dengan kadar yang sesuai di samping meningkatkan keupayaan tanaman menyerap nutrien bagi memperolehi hasil padi yang tinggi. Amnya, semakin tinggi hasil padi, bermakna semakin baik pengambilan nutrien oleh tanaman dari tanah. Justeru, kecukupan nutrien merupakan satu ciri penting dalam aspek kesuburan tanah.

Sebelum itu, kes hasil padi yang menurun dan serangan penyakit seperti bintik perang telah meningkat di kawasan Barat Laut Selangor. Antara faktor yang dikesan ialah tahap kesuburan tanah yang rendah. Keadaan ini berlaku ekoran petani hanya menitikberatkan pengurusan nutrien dan sebaliknya mengabaikan kesuburan tanah. Pada hakikat, kesuburan tanah tidak bermakna hanya dari kecukupan nutrien, malahan beberapa ciri sampingan juga penting seperti nilai pH tanah, kegemburan tanah dan sebagainya.

Di sektor penanaman padi, kesuburan tanah termasuklah ciri-ciri fizikal tekstur tanah iaitu tanah hendaklah lempung, lempung berkelodak dan lom lempung. Nilai pH basah yang sesuai ialah 5.5 – 6.5 dan pH kering pula 4.5 5.4. Nilai keupayaan pertukaran kation (CEC) mestilah melebihi 16 mol(+)/kg. Jika bacaan kurang daripada ini, bermaksud baja tidak dapat dipegang oleh akar pokok dan menyebabkan pokok tidak dapat hidup subur. Keadaan ini juga menyebabkan pembaziran input baja serta pengeluaran hasil tidak menggalakkan.

Padi seperti tanaman lain tetap memerlukan 17 unsur nutrien. 3 unsur daripadanya adalah bukan mineral iaitu karbon, hidrogen dan oksigen, 14 unsur lain kesemuanya merupakan nutrien mineral. Nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) ialah unsur primer manakala magnesium (Mg), kalsium (Ca) dan sulfur (S) adalah unsur sekunder. Unsur yang lain termasuk zink (Zn), silika (si), kuprum (Cu), boron (B), ferum (Fe), mangan (Mn), molibdenum (Mo) dan klorin (CI) kesemuanya adalah nutrien surih. Kepentingan kesemua unsur ini dinyatakan oleh kedudukan stratanya iaitu sama ada primer, sekunder atau surih. Namun, kesuburan tanah berkehendakkan semua nutrien itu wujud dalam keadaan yang seimbang. Kekurangan mana-mana satu unsur akan merencatkan keberkesanan tanah tersebut. Justeru itu, berikut diturunkan gejala kekurangan nutrien yang dipaparkan di bahagian daun padi.

Unsur Gejala Kekurangan
N Tanaman dan daun berwarna hijau muda, daun bawah menjadi kuning, tangkai menjadi pendek dan kecil
P Tanaman berwarna hijau tua, bantut dan kurang anak
K Daun berbintik atau berklorosis, tompok-tompok kecil nekrotik di antara urat daun atau berhampiran hujung daun
Zn Tompok-tompok nekrosis besar dan menyeluruh, selalunya melibatkan urat daun
S Tanaman berwarna hijau pucat dan daun muda berwarna hijau muda
Si Daun menjadi lembut dan terkulai
Mg Kuning keorenan dan klorosis pada daun tua
Ca Hujung daun muda menjadi putih, bergulung dan berpintal
Fe Keseluruhan daun menjadi klorotik, pucat dan kekuningan
Mn Klorosis daun pucat berwarna kelabu kehijauan merebak dari hujung ke pangkal daun
B Pokok rendah, hujung daun muda bergulung dan berwarna putih
Cu Nekrotik perang tua pada hujung daun

Penggunaan baja nitrogen (N) adalah amalan paling biasa kerana unsur ini amat diperlukan untuk tumbesaran vegetatif. Keterlaluan pembajaan nitrogen sebaliknya menyebabkan pokok tumbuh tinggi/batang panjang, panjang tangkai, berat tangkai dan seterusnya pokok mudah rebah. Untuk mencapai pengeluaran hasil 5 – 7 tan/ha, kadar baja N yang disyorkan ialah 80 – 150kg/ha. Fosforus penting untuk memupuk pertumbuhan akar serta pembungaan manakala kalium adalah unusr wajib untuk mendapat hasil bijirin yang banyak dan padat di samping juga berbantu dalam pengurangan gejala padi rebah.

Untuk menentukan status nutrien semula jadi dalam tanah, pengambilan sampel tanah sebelum bermula musim penanaman seelok-eloknya 2 atau 3 musim sekali. Sampel tanah daripada 10 lokasi/ha diambil secara rawak dengan dua kedalaman iaitu 0 – 20cm dan 20 – 40cm.

Nilai pH tanah jika rendah daripada paras ditentukan akan menyebabkan nutrien susah untuk diambil oleh akar tanaman padi. Justeru itu jika keadaan ini berlaku, maka pengapuran adalah disyorkan. Nilai pH kering sekiranya lebih rendah daripada 4.5, maka untuk menaikkan 1 pH tanah, 10 tan kapur diperlukan. Pengapuran boleh dijalankan dengan menggunakan lime spreader. Kos upah menggunakan mesin ini di Barat Laut Selangor ialah RM100/ha.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Kapur cecair juga boleh ditimbangkan sebagai alternatif jika kapur debu tidak dapat dilakukan khasnya semasa musim hujan. Status nitrogen dapat ditentukan dengan menggunakna SPAD meter iaitu satu alat yang dapat mengukur kandungan klorofil dalam daun. Bagaimanapun, penggunaan carta warna daun pula lebih praktikal dan ekonomi kerana kos SPAD amnya mahal. Sekiranya warna daun berada di skala 1 dan 2 ditunjukkan dalam carta warna daun, maka baja N seperti urea hendaklah ditokok tambah.

Bagi meningkat kadar pertukaran kation dalam tanah, baja organik boleh digunakan. Di sini tahi ayam yang sudah diproses menjadi pelet adalah sesuai. Baja ini ditaburkan ke atas tanah semasa penyediaan tanah dengan menggunakan mesin penabur. Kadar baja ini pada 200kg/ha /musim sudah memadai.

Pembajaan dilakukan ke atas tanaman padi mengikut peringkat pertumbuhannya iaitu peringkat 3 helai daun, pembiakan aktif, bunting kecil dan terbit tangkai mengikut varieti padi ditanam. Umpamanya tanaman padi MR 263 yang mempunyai tempoh matang 100 105 hari perlu dibaja pada peringkat hari lepas tabur (HLT) seperti berikut : 10 – 15 hari (peringkat 3 helai daun), 25 – 30 hari (peringkat pembiakan aktif), 45 – 50 hari (bunting kecil) dan 65 – 70 hari (terbit tangkai).

Nutrien foliar juga digalakkan bagi memberi rangsangan terhadap pertumbuhan dan pengeluaran hasil terutama semasa mendapati tanaman padi menampil gejala kekurangan nutrien atau di peringkat akhir pertumbuhan tampang atau selepas bunting kecil. Nutrien foliar akan membekal nutrien diperlukan oleh tanaman padi dengan kadar segera.

 

Sumber maklumat :

Muhammad Naim Fadzli Abd Rani et al., “Pengurusan Kesuburan Tanah dan Nutrien Untuk Tanaman Padi Di Malaysia”, Buletin Teknologi MARDI, Bil. 8 (2015).

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :