You are currently viewing Kubis Boleh Diusahakan Di Tanah Rendah Menggunakan Kultivar Terpilih

Kubis Boleh Diusahakan Di Tanah Rendah Menggunakan Kultivar Terpilih

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Kubis (Brassica oleracea) amnya ditanam di tanah tinggi. Di situ, suhu sederhana sejuk sangat sesuai untuk pertumbuhan yang baik. Pada hakikat, sayuran ini merupakan tanaman tanah tinggi, namun kemajuan teknologi kini telah menghasilkan baka kubis yang boleh bersesuaian dengan cuaca di tanah rendah. Kultivar seperti ini termasuklah KK Cross, Summer Autumn, Good Season dan US Hybrids.

Bagaimanapun, semua kultivar ini juga ada tabiat masing-masing, misalnya Summer Autumn lebih sesuai ditanam di kawasan lembap manakala Good Season dan KK Cross lebih sesuai untuk kawasan kering. Kesemua kultivar kubis ini mempunyai tempoh matang antara 68 – 72 hari selepas tanam, dan memberi kutipan hasil antara 15.16 –  18.51 tan/ha. Purata berat setiap kubis ini tidak banyak berbeza iaitu di antara 1.0 – 1.09kg.

Kubis ditanam sama ada secara tabur terus di atas tanah ataupun kultur di tapak semaian selama 4 – 5 minggu sebelum dipindah tanam. Ada petani yang lebih gemar mengusahakan tanaman ini di bawah struktur jaring atau pelindung hujan bagi melindungi tanaman daripada kesan negatif air hujan. Di peringkat tapak semaian, pembajaan dan pengairan merupakan dua aspek penting.

Batas hendaklah dibina sebelum menanam. Saiz batas umumnya berukuran 120cm (lebar) x 30cm (tinggi) manakala panjang batas adalah mengikut kesesuaian individu. Setiap batas berjarak 50cm. Tanah di batas ditaburi dengan baja asas yang amnya merupakan tahi ayam sudah diproses dengan kadar 8 – 10 tan/ha beserta 1 – 2 tan dolomite. Anak benih kemudian diberikan baja NPK 15g/pokok.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Selepas menanam, di peringkat umur 1, 3, 5 dan 7 minggu, anak benih ditambah baja NPK serupa pada kadar 30g/pokok bergantung kepada kultivar. Setiap batas ditanami dua baris anak benih, dengan itu keluasan satu hektar akan memuat 25,000 anak benih. Batas perlu dibalut dengan penutup plastik berwarna hitam berkilau bagi mengawal rumpai serta juga mengurangkan serangan serangga perosak.

65 hari selepas ditanam di kebun, kutipan hasil boleh dimulakan. Bagi memastikan kubis sudah matang, boleh gunakan jari tangan menekan kubis itu dan jika ia berasa padat, maka itulah masa untuk mengutip. Setiap kubis hendaklah dikutip bersama beberapa helai daun di bahagian luar untuk melindunginya daripada kerosakan semasa pengangkutan ke pasar. Kubis itu kemudian dibalut dengan kertas atau plastik dan diangkut ke pasar untuk dijual.

 

Sumber maklumat :

Lim Lee lee, Growing cabbage as a commercial crop in the lowlands, Department of Agriculture, sarawak.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :