You are currently viewing Gangguan Perubahan Cuaca Terhadap Prestasi Sawit

Gangguan Perubahan Cuaca Terhadap Prestasi Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Kesan perubahan cuaca terhadap prestasi sawit baik tumbesaran pokok ataupun pengeluaran hasilnya mungkin kurang dirasai secara fizikal. Kesannya hanya dapat dilihat dalam masa yang panjang. Pada hakikat, perubahan cuaca secara lambat-laun mempengaruhi kesemua hidupan dan tumbuhan di dunia. Antara tahun 1906 – 2005, suhu udara di planet sudah meningkat 0.74°C. Suhu pada tahun 1995 – 2006 adalah terpanas sejak tahun 1850. 50 tahun akan datang, dianggarkan suhu akan meningkat 1°C. Walaupun angka ini kelihatan kecil, tetapi sudah cukup untuk menjejaskan banyak kehidupn dan tumbuhan di dunia.

Kesan perubahan cuaca terhadap tanaman sawit hendaklah dilihat dari segi perubahan suasana penanaman, struktur tanah, paras air bawahan serta kadar pancaran cahaya matahari dalam proses perubahan cuaca. Karbon dioksida adalah punca peningkatan suhu udara tetapi sebaliknya juga sumber terpenting bagi tumbuhan. Kepekatannya di udara akan berubah mengikut perubahan cuaca dan keadaan ini memberi impak terhadap prestasinya.

“Tanaman sawit memerlukan taburan hujan tahunan antara 2,000 3,500mm atau sekurang-kurangnya 100mm sebulan serta 2,000 jam pemancaran cahaya matahari (bersamaan 5 – 7 jam sehari). Jika taburan hujan bulanan kurang daripada 100mm dan berterusan selama 3 bulan serta sejatan air harian 5 – 6mm dalam tanah tidak ditokok tambah dengan air, maka tanaman sawit akan menghadapi stres dan mempengaruhi tumbesaran serta pengeluaran hasil. Semua aspek ini akan berubaha mengikut perubahan cuaca dan akhirnya mengganggu prestasi sawit.

Selain itu, kelembapan udara juga memberi kesan ketara terhadap tanaman sawit. Apabila cuaca berubah, aspek ini turut akan berubah. Jika kelembapan udara menurun, kadar pembukaan liang udara pada daun akan merosot, bermakna pengambilan karbon dioksida akan berkurangan dan akhirnya menjejaskan kadar fotosintesis dan sumber penjanaan makanan. Hal ini akan juga menjejaskan tumbesaran dan pengeluaran hasil sawit.

Lebih-lebih lagi kelembapan udara juga akan menyebabkan bunga betina sawit berkurangan kemudian menurunkan hasilnya pada 19 – 22 bulan selepas itu. Gejala guguran bunga betina juga akan wujud dalam situasi ini. Sebaliknya jika kelembapan udara wujud secara berlebihan, misalnya hari-hari berhujan, aktiviti pendebungaaan oleh kumbang pendebunga akan berkurangan kemudian memberi impaks besar terhadap pembentukan buah tandan akibat kadar pendebungaan yang rendah. Apabila buah sawit dalam tandan tidak dapat membentuk dengan normal, buah tandan itu mungkin akan gugur 3 bulan sebelum matang.

Seperti dikatakan tadi, kepekatan karbon dioksida sangat penting terhadap pertumbuhan dan pengeluaran hasil sawit. Semakin pekat maka semakin baik kepada tanaman sawit biarpun perkara ini meningkatkan suhu udara. Kepekatan ini akan berubah jika keadaan cuaca juga berubah.

Kepekatan karbon dioksida yang meningkat akan memanfaatkan tanaman sawit tetapi banyak kehidupan di dunia akan lenyap dalam keadaan ini.

Sumber maklumat :

Mohd Hanif HRUN ET AL., “Physiological effects on oil palm in response to the environmental cahnges”, PIPOC 2009, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :