You are currently viewing Menanam Timun Secara Fertigasi Berasaskan Tanah

Menanam Timun Secara Fertigasi Berasaskan Tanah

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Teknologi fertigasi kini digunakan sebagai alternatif dalam penanaman timun, terung, cili dan tanaman sayuran lain. Laporan mengenai penanaman secara fertigasi sama-sama menyatakan kelebihan sistem ini dari segi pengeluaran hasil malah kualiti hasil.

Namun begitu, kaedah fertigasi secara gantung ataupun dengan polibeg dijangka memerlukan belanja lebih tinggi berbanding fetigasi berasaskan tanah. Fertigasi berasaskan tanah ini dimaksudkan menanam tanaman ke dalam tanah kemudian disalur air dan larutan nutrien terus ke sistem akar tanaman melalui sistem pengairan auotomatik. Dari sini, maka senang bagi kita memutuskan kaedah ini lebih cekap dari segi penggunaan air dan larutan baja kerana saluran air dan nutrien dijalankan oleh sistem secara automatik serta pada kadar yang menepati keperluan pokok. Dalam keadaan ini, pengeluaran hasil juga lebih seragam termasuk tumbesaran pokok dan jumlah hasil.

Tanaman timun sering ditanami dengan kaedah fertigasi berasaskan tanah. Tanaman jangka pendek ini tetap menunjukkan prestasi yang agak tinggi biarpun hasilnya masih lebih rendah berbanding fertigasi polibeg atau fertigasi gantung.

Namun sistem ini memakan belanja lebih rendah dan wujud sebagai alternatif baik kepada mereka yang ingin menanam timun.

Memandangkan tanah digunakan sebagai medium tumbesaran dan pengeluaran hasil timun, maka penyediaan tanah dengan baik akan mencekapkan perolehan hasil dengan baik. Batas perlu dibina bagi menanam timun secara fertigasi berasaskan tanah. Batas selebar 0.5m dan tinggi 20 – 30cm dibina. Setiap batas ditanami sebaris pokok timun. Jarak antara batas diberikan 60cm. pH tanah hendaklah diukur, bagi tanah bernilai pH 5 ke bawah, maka tanah hendaklah dineutralkan dengan gaulan serbuk batu kapur di peringkat dua minggu sebelum menanam. Bagi tanah gambut, kadar batu kapur digunakan adalah 3 – 7.5 tan/ha, tanah berpasir 1 – 3 tan/ha dan tanah mineral 3 – 5 tan/ha.

Tambahan, tanah hendak juga digaul dengan baja asas menggunakan tahi ayam yang sudah diproses pada kadar 1 tan/ha untuk tanah gambut, 10 tan/ha untuk tanah berpasir dan 5 tan/ha untuk tanah mineral. Baja asas ini siap digaul bersama tanah di batas seminggu sebelum menanam. Tanah yang sudah dilaraskan dari segi nilai pH dan dibekal baja asas merupakan medium optimum untuk penanaman timun serta juga tanaman sayuran lain.

Seterusnya tangki baja AB (tong berkapasiti 600 gelen air), pam berkuasa kuda 2.5, penapis, injep, paip plastik dan paip air titisan hendaklah dilengkapkan. Kemudian batas ditutupi dengan sungkupan berkilau berwarna hitam. Segala kelengkapan ini disiapkan sebelum menanam.

Timun adalah tanaman menjalar justeru rangka penyokong dengan ketinggian 6 – 8 kaki hendaklah disediakan baginya memanjat. Rangka tersebut ditetapkan dengan kuat ke dalam tanah supaya memberi sokongan lebih mantap tanpa perlu kuartir rangka itu tumbang akibat angin kencang atau hujan lebat.

Penggunaan baka 747 atau Symphony, 288 dan Armony adalah tepat kerana baka ini berhasil tinggi serta mempunyai daya rintangan yang kuat terhadap penyakit. Untuk meningkatkan kadar hidup anak benih timun di kebun, elok jika biji benih disemaikan di tapak semaian berasaskan peat moss terlebih dahulu. Biji benih ini akan bercambah dalam 2 – 3 hari. 7 – 10 hari lagi anak benih tersebut boleh ditanam di kebun. Ketika memindah tanam anak benih itu, keadaan cuaca kurang panas dipilih. Oleh itu di waktu pagi atau lewat petang amnya merupakan masa yang sesuai untuk menjalankan kerja ini.

Larutan baja AB disediakan dengan melarutkan baja ke dalam tong berkapasiti 100 liter air secara berasingan (satu demi satu). Larutan ini hendaklah sentiasa bersedia di kebun untuk dibancuh ke dalam tong 600 gelen untuk disalurkan kepada tanaman timun. Kepekatan larutan baja hendaklah diukur dengan EC Meter. Kebanyakan tanaman Sayuran di peringkat tumbesaran memerlukan EC di antara 1.5 – 4.0, namun bagi tanaman timun, EC yang sesuai ialah 1.8 – 2.4.

Apabila anak benih sudah ditanam di kebun, ia mula-mula disiram dengan air, 24 jam kemudian baru dibekal larutan baja 1.8 EC sehingga berumur 3 minggu baru meningkatkan EC ke aras 2.0 – 2.6 sehingga ke peringkat kutipan hasil. Bagi meningkatkan kadar bunga dan pembuahan, petani boleh menyembur tanaman dengan baja foliar yang mengandungi kalium yang lebih tinggi. Dari segi kadar pengairan, ia bergantung kepada peringkat tumbesaran timun. Di peringkat awal, setiap pokok dibekal 0.6 – 1.0 liter air sehari sehingga berumur 3 minggu, diperingkat pembuahan pula dibekal 1.5 – 3.0 liter air/pokok/hari.

Ulat ratus (Spodoptera) dan ulat pengorek buah (Helicoverpa armigera) merupakan serangga perosak yang serius, manakala penyakit kulapuk downi berupaya merosakkan tanaman timun sehingga kerugian 50%. Bagi memanjangkan tempoh kutipan hasil, kesemua masalah perosak dan penyakit hendaklah dikawal.

Lebih kurang 6 minggu selepas memindah tanam anak benih timun, hasil buah timun sudah boleh dikutip. Di peringkat awal, kutipan dilakukan 3 hari sekali, di peringkat genting boleh mengutipnya setiap hari. Dengan amalan fertigasi berasaskan tanah, setiap pokok dijangka memberi hasil buah di antara 4 – 6kg iaitu lebih tinggi daripada penanaman konvensional (tanpa fertigasi) yang hanya memperolehi sekadar 1.2kg/pokok/musim. Untuk mendapat pulangan optimum dalam sistem ini, hasil pungutan itu adalah wajib.

Selepas kutipan hasil, tanaman timun dipotong di bahagian pangkal dan dibiarkan kering di situ. Selepas itu baru membersihkan kebun termasuk membuangkan semua sisa tanaman tua yang sudah kering. Kebun kosong tersebut dibiar selama 2 minggu bagi memutuskan pertalian serangga perosak. Selepas tamat tempoh ini, penanaman pusingan baru bolehlah dimulakan.

 

Sumber maklumat :

Yaseer Suhaimi Mohd, ‘Penanaman Timun Secara Fertigasi Berasaskan Tanah’, Buletin Teknologi MARDI, Bil. 18 (2020) : 99-104.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :