Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Kesuburan tanah jika tidak mencukupi akan menyebabkan gejala kekuningan daun. Jika analisis tanah tidak dilakukan, maka pekebun terpaksa bergantung kepada pemerhatian pokok untuk mengetahui manakah satu nutrien yang tidak mencukupi. Harga durian di masa kini sangat baik, pekebun tidak lokek membajakan tanaman durian mereka justeru masalah kekurangan nutrien dipercayai kurang berlaku. Namun, pembajaan secara seimbang yang merupakan amalan penting di sini.
Nutrien juga bertindak balas antara satu sama lain. Misalnya penambahan satu-satu jenis baja akan menyebabkan kandungan satu nutrien lain berkurangan atau rembesannya tersekat dalam tanah. Tindak balas songsang ini sering berlaku dalam pembajaan. Secara amnya, kekurangan nutrien dalam tanah dapat dikesan melalui penukaran warna daun tanaman durian seperti jadual 1 berikut :
Jadual 1 Gejala kekurangan nutrien
Nutrien | Gejala kekurangan |
Nitrogen(N) | Daun lama menguning tetapi tidak tanggal, tulang daun juga menguning |
Fosforus (P) | Saiz daun kecil |
Kalium(K) | Hujung daun menguning kemudian menyebar ke tepi daun. Bahagian yang kuning akhirnya menukar ke warna coklat kemudian layu |
Kalsium(Ca) | Tumbesaran terbantut, daun mengecil, hujung daun muda dan lama mula layu |
Magnesium (Mg) | Daun mula menguning dari sekitar tulang daun kemudian merebak ke pinggir daun tetapi tulang daun masih hijau. Bahagian daun terbabit akan gugur |
Sulfur(S) | Daun muda menguning dan saiznya kecil tetapi tulang daun masih hijau. Permukaan daun terbabit bergejala lebam |
Ferum(Fe) | Daun muda mengalami klorosis tetapi tulang daun masih hijau |
Mangan(Mn) | Tumbesaran terbantut, daun lama klorosis dan menguning tetapi tulang daun tetap hijau |
Kuprum(Cu) | Pucuk daun berbentuk cacat, pinggir daun menukar ke warna coklat dan layu |
Pembajaan bagi tanaman durian belum ada satu rekomendasi standard. Kebiasaan ia bergantung kepada jenis tanah serta baka durian. Umumnya pekebun akan membaja mengikut pengalaman masing-masing. Pada mulanya, mereka menggunakan cara aplikasi tersendiri kemudian memerhati keadaan tumbesaran dan pengeluaran hasil pokok sehingga mereka memperolehi dos baja yang bersesuaian dengan keperluan tanaman. Pemerhatian penukaran warna daun menjadi kayu ukur yang biasa digunakan.
Jika pokok tidak membesar dengan sewajarnya, atau mengalami tempoh matang yang lebih lewat, atau musim pengeluaran hasil tidak menentu malah hasil amat rendah, maka mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrien. Keadaan ini tumbesaran menyebabkan pokok terjejas. Tambahan, pembajaan jika tidak seimbang mungkin juga mengakibatkan pokok kekurangan sumber makanan semasa musim pembuahan dan akhirnya mengakibatkan kadar keguguran buah yang banyak di peringkat sebelum buah matang.
Mengikut fenologi tumbuhan, di peringkat muda, tanaman durian memerlukan N, P dan Mg yang lebih tinggi. Di peringkat pembungaan, keperluan nutrien P dan K pula lebih tinggi beserta dengan keperluan baja organik. Demi membolehkan pokok mendapat nutrien secara optimum, pH tanah di sekitar tanaman durian hendaklah ditingkatkan kerana nilai pH yang rendah sering menyebabkan kadar serapan nutrien oleh tanaman tersekat.
Sumber maklumat :
Lim Tong Kwee dan Kamaruzaman Sijam, Penyakit Tanaman Durian, DBP, 2015 (cetakan kedua).
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336