You are currently viewing Pergantungan Mekanisasi Di Ladang Sawit Bagi Menangani Krisis Kekurangan Tenaga Buruh

Pergantungan Mekanisasi Di Ladang Sawit Bagi Menangani Krisis Kekurangan Tenaga Buruh

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Penuaian buah sawit menggunakan tenaga buruh memang lebih jimat di samping juga lebih anjal bergerak di antara satu pokok ke pokok lain untuk memotong buah. Sektor pekebun boleh menyertai koperasi untuk mendapat manfaat mekanisasi kerana setiap pembelian mesin penuaian memerlukan belanja yang besar. Bagi sektor estet, inilah masanya untuk mekanisasikan ladang mereka terutama harga minyak sawit mentah kini berada di tahap tinggi membolehkan perkara ini direalisasikan.

Pada tahun 80-an, keluasan tanaman sawit di Malaysia pesat berkembang. Ada syarikat perladangan mula menggunakan mekanisasi di ladang mereka. Keadaan ini berjaya meningkatkan nisbah penggunaan tenaga buruh daripada keluasan 10 hektar ke 15 hektar menanadakan mekanisasi memang mampu meningkatkan kecekapan penuaian selain juga mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. Setakat tahun 2016, jumlah tenaga buruh di ladang sawit ialah 393,350 orang. Di antara ini, 84% adalah buruh warga asing. Dengan kata lain, tanpa buruh warga asing, sektor sawit Malaysia akan terencat.

Menurut kiraan, seorang tenaga buruh mampu meliputi keluasan 4 hektar. Jika ladang tersebut seluas 1,000 ha, 16 tenaga buruh diperlukan. Bagi pokok berumur 20 – 25 tahun, ketinggian pokok sudah melebihi 7 meter mengakibatkan sesetangah buruh enggan memotong buah yang tinggi. Situasi ini menyebabkan kerugian hasil kerana buah dibiar masak dan reput di atas pokok.

Kekurangan tenaga buruh juga menyebabkan proses penuaian buah menjadi lambat sehigga buah terlalu masak dan asid lemak bebas di dalam buah melebihi 5%. Kualiti buah akan merosot berikutan hal ini. Ada kilang minyak enggan menerima buah terlalu masak atau belum masak kerana akan menjejaskan kualiti minyak mereka. Segala masalah ini menyatakan masalah tenaga buruh tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi, sebaliknya hendak mencari solusi bagi mengatasinya. Banyak mekanisasi telah dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan syarikat swasta untuk digunakan oleh peladang termasuk cantas, traktor mini dan traktor memotong buah tinggi.


Cantas

Sejak tahun 2007, MPOB telah membangunkan cantas untuk kegunaan dalam pemotongan buah tidak melebihi ketinggian 7 meter. Cantas adalah solusi yang baik untuk mempercepatkan proses pemotongan buah kerana alat ini digerakkan oleh motor. Kecekapan cantas sebenarnya satu kali ganda lebih tinggi daripada pemotongan buah secara manual. Umpamanya seorang tenaga buruh hanya mampu memotong buah berpurata 3.5 tan sehari, dengan cantas kecekapan itu boleh ditingkatkan kepada 6.75 tan sehari. Pokok rendah pula boleh menggunakan cantas yang memasang pahat. Buah tandan segar dengan mudah sahaja dipotong tanpa melibatkan penggunaan tenaga yang banyak. Kerja ini juga boleh dibuat oleh golongan wanita. Pekebun malah boleh menuai dengan menggunakan alat ini dan meminimumkan pergantungan buruh asing. Kini cantas evo sudah dibangunkan. Cantas evo sudah dieksperimen selama 400 jam di ladang sawit dan memutuskan ia sebagai cantas generasi baru untuk kegunaan di ladang sawit.

Traktor Pemotongan Buah Tinggi

Jika ketinggian pokok melebihi 7 meter, cantas tidak dapat digunakan. Maka itu trakter pemotong buah untuk pokok tinggi boleh digunakan. Terdapat 2 jenis trakter ini, yang pertama seorang operater akan berdiri di atas pelantar kemudian dinaikkan oleh mesin untuk memotong buah. Kedua, semua operasi pemotongan buah dikawal oleh seorang operator yang juga merupakan pemandu traktor tersebut. Buah yang dipotong akan diangkut oleh alat traktor untuk dimasukkan ke tong penyimpanan buah berkapasiti 500kg yang juga dilengkapi dalam traktor. Buah tidak jatuh ke atas tanah dan justeru itu dapat menjimatkan tenaga buruh untuk memungut buah relai. Kajian menunjukkan traktor seumpama ini siap memotong sebiji buah tandan segar kemudian meletaknya ke dalam tong simpanan buah dalam masa 2.5 – 3.5 minit. Setiap traktor boleh memotong 4 – 6 tan buah sawit sehari. Berbanding dengan pemotongan secara manual, penggunaan traktor jenis ini kelihatan lebih cekap dan pantas malahan menjimat seorang tenaga buruh untuk memungut buah relai serta pengangkutan buah ke jalan besar.

Traktor Mini

Traktor mini dapat menggantikan pengangkutan buah menggunakan kereta sorong. Penyorongan buah juga dapat dicekapkan melalui penggerakan motosikal. Pelbagai model traktor traktor mini kini telah dibangunkan untuk kegunaan di pelbagai jenis tanah, sama ada tanah gambut, tanah lecak atau tanah tidak rata. Pengangkutan dengan traktor mini banyak menjimat tenaga buruh. Juga terdapat traktor yang sudah dipasang pemegangan buah dari tepi jalan untuk dimasukkan ke dalam tong penyimpanan buah. Segala ini adalah kelebihan mekanisasi yang boleh dieksploitasikan untuk mengurangkan pergantungan tenaga buruh.

Bahan rujukan :

Abdul Rahim Shuib dan Norman Kamarudin, “Harvesting and Mechanised Collection of Fresh Fruit Bunch”, Accelerating Oil Palm Mechanisation in Malaysia : Innovations and Adaptaions, Norman Kamarudin et al., (Penyunting), MPOB, 2018.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :