You are currently viewing Teknik Menggalak Pembuahan Rambutan dan Pulasan

Teknik Menggalak Pembuahan Rambutan dan Pulasan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Rambutan (Nephelium lappaceum L.) dan pulasan (Nephelium mutabile) adalah dari famili yang sama iaitu Sapindaceae tetapi dari spesies yang berlainan. Namun begitu, kaedah penanaman bagi kedua-dua jenis tanaman ini adalah sama sebab ia mempunyai pertalian yang rapat. Untuk menanam rambutan dan pulasan secara komersial, bahan tanaman yang dipilih hendaklah dibiak secara cantuman ataupun tut kerana ketinggian pokok dapat direndahkan ke bawah 10 meter dan berbuah lebih awal iaitu 3-4 tahun selepas ditanam.

Bunga pokok rambutan terdiri daripada 3 jenis iaitu bunga hermafrodit betina dan bunga hermafrodit jantan serta bunga jantan. Bunga jantan hanya wujud di pokok jantan sahaja dan oleh itu pokok jantan lazimnya tidak akan berbuah. Hanya bunga hermafrodit betina yang berfungsi mengeluarkan buah. Bagi pulasan pula, terdapat pokok betina dan pokok jantan yang mana pokok jantan hanya mengeluarkan bunga jantan tetapi tidak akan berbuah. Oleh yang demikian, pemilihan bahan tanaman menjadi penting dalam usaha mendapatkan pokok-pokok yang mampu mengeluarkan buah.

Terdapat beberapa klon rambutan yang berpotensi dikomersialkan. Setiap klon ini memiliki keistimewaan tersenidiri. Klon-klon ini termasuklah R3, R4, R7, R134, R156, R160, R162 dan R170 manakala bagi pulasan pula, klon-klon yang didaftar dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan disyorkan untuk penanaman ialah P6, P28 dan P65.

Pada masa dahulu, tanaman rambutan dan pulasan ditanam mengikut jarak tanaman yang agak jauh ekoran pokok yang berasal dari biji benih mempunyai struktur pokok yang besar, lebar dan tinggi sehingga 25 m. Untuk penanaman komersial, bahan tanaman cantuman telah digunakan dan pokok yang lebih rendah dan rendang kini boleh ditanam dengan jarak lebih dekat untuk memaksimumkan jumlah tanaman per hektar.

Justeru itu, jarak tanaman 5 m dalam barisan dan 8 m di antara barisan dianggap sesuai untuk kedua-dua jenis tanaman ini. Dengan jarak tanaman ini, kepadatan pokok dapat ditingkatkan kepada 250 pokok sehektar berbanding 100 – 150 pokok sehektar jika menggunakan jarak tanaman dulu kala selebar 8 – 10 m dalam barisan dan 10 m di antara barisan dalam sistem empat segi atau segi empat tepat.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Pengurusan dari segi pembentukan pokok yang elok selanjutnya dijalankan melalui pangkasan di peringkat umur 6-8 bulan selepas ditanam. Pada masa tersebut, banyak dahan sisi telah tumbuh dan pengusaha tanaman perlu memilih 3 atau 4 dahan sisi yang seimbang kedudukannya di sekeliling batang utama dan pangkas dahan-dahan lain. Biar dahan-dahan yang terpilih itu membesar dan membentuk pokok yang rendang.

Rambutan dan pulasan berbuah di hujung pucuk seperti mangga. Oleh itu pengeluaran hasilnya adalah bergantung pada pengeluaran pucuk tahunan. Untuk menjamin pengeluaran buah yang lebat setiap tahun, maka hujung pucuk lama perlu dipangkas selepas tuaian hasil dijalankan. Dengan itu, pokok tersebut akan mengeluarkan hasil buah yang banyak pada tahun berikutnya.

Bagaimanapun, pangkasan berlebihan sebaliknya akan menjejaskan pengeluaran hasil pada tahun seterusnya sama ada dengan hasil sedikit sahaja atau langsung tidak berbuah. Pada hakikat, pemetikan buah rambutan dan pulasan sekali dengan tangkai sudah sedikit sebanyak melakukan pangkasan yang diperlukan, tetapi kadar pangkasan yang lebih ke atas pucuk yang belum berbuah amat penting untuk menjamin pembuahan yang baik pada tahun seterusnya.

 

Sumber maklumat :

Zabedah Mahmood et al., Siri Buah-Buahan Komersial Malaysia-Rambutan dan Pulasan, DBP, 2016 (cetakan kedua).

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :