You are currently viewing Tupai 226

Tupai 226

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Pada tahun 2003, Encik Chew Chee Wan menjumpai durian Tupai King di Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang semasa menguruskan sebuah kebun durian di kawasan itu. Beliau berasa aneh atas ramai penggemar durian datang kembali mencari durian ini di kebun tersebut. Selepas mencubainya, beliau memutuskan untuk menjalankan cantuman mata tunas dari pokok induk tersebut. Kini kebunnya mempunyai 46 pokok Tupai King yang sudah dewasa dan berumur 20 tahun. Dengan kata lain, ini selaras dengan kata orang bahawa Tupai King yang ada di pasaran kini berumur sekitar 15 tahun selepas matang.

Pada 15 Mei 2020, Encik Chew membawa durian ini untuk didaftarkan di Jabatan Pertanian. Pada 26 Februari 2021, pendaftaran berjaya dan diberikan kod D214 serta nama rasmi Tupai 226.

Kenapa pakai jenama Tupai? Barangkali disebabkan oleh anggapan bahawa deria menghidu tupai lebih peka daripada manusia dan mampu mengesan durian berkualiti tinggi justeru mengaitkan kedua-duanya. Papan Cap Tupai yang tergantung di atas warung Encik Chew barangkali mengimpliasikan perkara ini. Namun ini hanyalah agakan peribadi dari penulis.

Oleh kerana pada masa ini buah durian Tupai King belum banyak, maka penggemar durian perlu menunggu beberapa tahun lagi sementara anak-anak benih durian ini yang telah banyak dibeli oleh pekebun dari merata tempat matang nanti, atau mencuba nasib di Pulau Pinang dalam musim buah antara bulan Jun – Julai.

Pada tahun 2014, wartawan durian dari Amerika Syarikat Lindsay Gasik pernah mengunjungi warung ini. Ketika itu beliau baru menjejaki bidang durian justeru kurang mahir dengan buah ini. Demikian beliau menganggap durian Tupai King yang dijaul RM40 ketika itu sebagai penipuan (scam) lalu tidak membelinya.

Pada tahun 2019, Lindsay mengunjungi semula warung itu atas permintaan ahli-ahli pasukan lawatan Durian Tours yang dikendalinya. Ketika itu harga sudah melambung ke RM70/kg. Pada tahun berikutnya, harga terus meningkat ke tahap RM100/kg yakni separas dengan durian Duri Hitam dan mendahului harga durian Musang King yang pada RM60/kg. Inilah secebis sejarah mengenai durian Tupai King. Harga yang meningkat dari 2014 – 2019 dan tahun seterusnya adalah bukti bahawa durian ini sudah berjaya mengumpul populariti dalam tempoh masa tersebut dan tentu bukan satu penipuan.

Apakah keunikan buah ini? Tentu bukan pada bentuknya yang kurang canggih dengan bentuk kurang sekata, berduri rapat dan besar serta berbentuk ovat seperti bentuk telur. Pangkal buah adalah membulat manakala hujung buah menajam serta ada tompokan perang yang agak jelas menimbul di situ. Peliknya ialah kulit buahnya sangat tebal, agak sukar dikopek seperti Tekka. Warna kulit berwarna hijau keperangan. Sesetengah orang menganggapnya tidak berbaloi apabila melihat pada harganya yang mahal. Jika dibeli dengan RM100/kg, sekurang-kurangnya 50% wang itu dibazirkan pada kulitnya.

Namun selepas menikmati isinya, tanggapan ini akan berubah kerana keunikan rasa yang disampaikan oleh isi buah yang harum, manis (39 brix), pahit serta sensasi alkohol yang kuat. Sama-sama unik ialah ada tompokan gelap di bahagian isi yang rata-rata berwarna jingga kekuningan yang memudahkan orang ramai membezakannya daripada buah durian lain. Agak besar bentuk buah ini dengan purata 2.1kg serta secara purata mempunyai 9 ulas isi dalam setiap buah. Isi buah berpurata 0.7kg/buah.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Tupai King kini hanya terdapat di kebun Encik Chew sementara menunggu anak-anak benih yang dijualnya kepada ramai pekebun itu matang. Oleh kerana hanya 46 pokok, atau pembuahan 4,000 biji setahun, beliau menjaganya dengan penuh teliti kerana harga buah sangat bernilai. Tupai King yang ada di pasaran semasa ini kebanyakan adalah buah A atas sebab ini. Apabila buah sudah banyak nanti, dijangka kualiti mungkin akan berubah melainkan pengurusan baik terus diberikan oleh pekebun secara umum.

Tompokan lebam berwarna biru hijau gelap pada isi buah umumnya berasal dari pokok lebih dewasa tetapi buah dari pokok muda kadang-kadang membawa gejala yang sama, cuma berbeza dari segi kegelapan. Pada hakikat, tompokan lebam ini berkaitan dengan masa simpanan buah selepas gugur dari pokok. Lagi lama maka fermentasi semula jadi lebih banyak berlaku dan membentuk gejala ini.

Akhirnya menyebut sekali lagi tentang cita rasa buah ini, ramai yang mencubai buat julung kali kagum dengan rasanya yang pekat, isi yang halus, pahit, kebas, lekit serta agak kering dan tidak mudah berair. Justeru itu Tupai King boleh disimpan sehingga 3 hari tanpa merekah. Begini menurut sumber.

Durian Tupai King juga kononnya tidak cerewet dengan suasana penanaman, dengan erti kata lain, ia hidup baik di atas pelbagai jenis tanah, tumbuh cepat, buah tidak mudah rekah dan hasil juga agak tinggi. Adakah ciri-ciri ini cukup untuk menghambat hati peminat atau menandingi Musang King hanya akan terbukti pada masa berikutnya.

 

Bahan rujukan :

Lindsay Gasik, Year of the Durian Blog.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :