Kekurangan magnesium sering mengakikatkan pengeluaran hasil kelapa menjadi rendah. Ini satu fenomena yang biasa ditemui di ladang kelapa. Kalium adalah nutrien paling banyak mengalami kekurangan di ladang kelapa kemudian diikuti oleh magnesium. Bagi pokok kelapa matang, apabila gejala kekurangan magnesium muncul, biasanya kieserite dicadangkan untuk memulihannya dengan kadar 1kg/pokok dan 2 kali aplikasi setahun sehingga pokok pulih. Sebagai langkah pencegahan, dolomite sering digunakan dalam ladang kelapa sebagai sumber Mg yang murah dengan kadar 1kg/pokok/tahun. Dos ini diyakini dapat memenuhi keperluan Mg oleh pokok kelapa.
Dolomite adalah bahan galian semula jadi diperolehi daripada lombong. la mengandungi 18% magnesium oksida, bahan carbonate dan juga kalsium. Kadar larut air bagi dolomite sangat lemah iaitu hanya 1% sahaja berbanding kieserite 40%. Daripada sini, tidak hairanlah kenapa kieserite lebih disambut baik oleh penanam. Kieserite mengandungi 24% magnesium oksida tetapi memandangkan harganya lebih mahal daripada dolomite sebanyak 8.8 kali, oleh itu ramai penanam tetap memilih dolomite sebagai sumber magnesium untuk tanamannya.
Di dalam air, dengan nisbah 1:1, dolomite menunjukkan nilai pH 9.0. Oleh itu dolomite juga satu sumber yang baik untuk memulihkan tanah masam ke tahap neutral. Walau bagaimanapun, dolomite tidak boleh ditabur bersama dengan baja nitrogen kerana ia akan menghasilkan tindak balas kimia menyebabkan kehilangan 6 – 22% nitrogen. Demikian halnya, penaburan dolomite hendaklah dijalankan sama ada sebelum atau selepas penaburan baja-baja lain. Lokasi penaburan baja dolomite ialah dalam bulatan merumput ditabur secara sekata.
Simptom kekurangan magnesium pada pokok kelapa ialah di pinggir daun sudah kelihatan menukar ke warna merah cerah tetapi bahagian tengah daun masih kekal hijau. Keadaan ini berlainan daripada simptom kekurangan kalium yang memperlihatkan keseluruhan daun menukar ke warna oren tembaga jika kekurangan kalium adalah serius.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Sumber maklumat :
1. Horticulture: Plantation Crops-Coconut Physiological Disorders-Minor Nutrients.
2. K.S. Jayasekera, Coconut Research Institute.