You are currently viewing Sawit Klon Perlu Kadar Baja lebih Tinggi Berbanding Sawit DxP, Lagi Penting lalah…..

Sawit Klon Perlu Kadar Baja lebih Tinggi Berbanding Sawit DxP, Lagi Penting lalah…..

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sawit klon memberi hasil lebih tinggi daripada sawit DxP, oleh itu keperluan baja juga lebih tinggi. Woo dan rakan-rakan (1994) pernah melaporkan, hasilan minyak sawit klon yang dikutip pada 6 tahun pertama berjumlah 32.3 tan manakala DxP hanya 19.4 tan, dan keperluan baja kalium (K20) masing-masing ialah 1,865kg dan 1,687kg. Sifat sawit klon lebih konsisten, keadaan ini mungkin disebabkan kadar pengambilan nutrien lebih tinggi (17.32) berbanding DxP (11.50). Keputusan ini diperolehi dari analisis nutrien dalam daun serta penyaluran keluar nutrien dari pokok bagi tujuan merumus baja yang lebih cekap ke atas pokok belum matang dan pokok matang sawit.

Ng dan rakan-rakan (1999) juga melakukan kajian serupa dan menunjukkan sawit klon seluas satu hektar memerlukan 400kg baja sebatian NPK + Mg + Boron. Sebaliknya DxP hanya perlu 360kg. Dalam keadaan sedemikian, hasilan minyak oleh sawit klon ialah 8 tan/ha berbanding 6 tan/ha untuk sawit DxP. Keadaan ini menggambarkan masing-masing memperolehi hasilan minyak pada 20.0kg dan 16.7kg untuk satu kg baja itu yang ditaburkan.

Kadar penggunaan baja kelihatan lebih cekap pada sawit klon berbanding sawit DxP. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kadar pertukaran jirim kering sawit kepada minyak yang lebih tinggi. Sesungguhnya keputusan ini hanya akan tercapai apabila sawit klon menggunakan ortet berkualiti tinggi sebagai bahan tanaman.

Pada hakikat, perbezaan keperluan baja oleh sawit klon dan sawit DxP tidaklah besar sangat, yang penting ialah keseimbangan nutrien di dalam rumusan baja yang digunakan. Keseimbangan nutrien berhubung rapat dengan pengeluaran hasil sawit sama ada hasilan minyak ataupun buah tandan segar. Umpamanya jika kadar kalium tidak seimbang dengan kadar magnesium, boron, sulfat dan kalsium dalam rumusan baja yang sama, hasilan minyak mungkin akan berkurangan berdasarkan keadaan berikut :

●Sintesis minyak memerlukan pengaktifan enzim tertentu dan magnesium akan memainkan peranannya di sini.

● Boron berperanan dalam pendebungaan, persenyawaan dan pengeluaran hasil sawit.

● Sulfat berperanan dalam sintesis minyak.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

● Apabila nisbah kalsium: kalium : magnesium tidak seimbang akibat penaburan lebihan kalsium dari sumber serbuk fosferus atau dolomite, maka ia akan merencatkan pengambilan kalium dan magnesium, selanjutnya menurunkan hasilan minyak dan buah tandan sawit.

Oleh itu, pengeluar baja perlu mengambil kira kesan selari atau kesan songsang dalam tindakbalas antara nutrien supaya mengelak hasil sawit menurun. Pemahaman mendalam mengenai sifat nutrien serta kesan tindakbalasnya membolehkan peningkatan hasilan minyak selepas aplikasi. Begitu juga keadaan sebaliknya. Jadual 1 menunjukkan reaksi antara nutrien ke atas pengeluaran hasil sawit.

Akhir kata, jika nutrien tidak seimbang digunakan, ia akan menyekat pengambilan nutrien tertentu oleh pokok sawit dan menyebabkan pokok akan kekurangan nutrien tersebut. Menyebut lebih terus-terang, iaitu jika hasil sawit tidak meningkat selepas pembajaan untuk satu tempoh berpatutan, keadaan ini mungkin mengimplikasi bahawa baja kurang seimbang telah digunakan di ladangnya.

 

Sumber maklumat :

Ng Siew Kee et al., ‘Clonal oil palm: production, yield performance and nutritional requirements’, Oil Palm:Management for large and sustainable yields, Thomas Fairhurst and Rolf Hardter (editors), PPI &PPIC, 2003.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com