You are currently viewing Teknik Pengaruhan Pembungaan dan Pembuahan Di Luar Musim Untuk Tanaman Rambutan dan Durian

Teknik Pengaruhan Pembungaan dan Pembuahan Di Luar Musim Untuk Tanaman Rambutan dan Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 0082
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Pengeluaran hasil buah-buahan tropika di luar musim amnya boleh mendapat harga pasaran yang lebih baik. Oleh itu, teknik mengaruh pokok buah-buahan supaya mengeluarkan hasil di luar musim amat diberatkan khususnya di Thailand. Rambutan dan durian merupakan dua jenis buah-buahan yang boleh diaruh dengan teknik tertentu untuk mengeluarkan hasil di luar musim. Di daerah Dong Nai kawasan Long Khanh, Thailand, teknik berkenaan pernah diuji dan terbukti membawa kesan positif. Teknik tersebut merangkumi pengawalan kelembapan tanah untuk menjana stres kepada pokok, penggunaan baja dan perangsang tumbuhan yang sesuai untuk mencapai matlamat itu. Dalam konteks ini, penggunaan dos yang relevan supaya tidak membahayakan tanaman serta benar-benar membawa manfaat ekonomi merupakan dua aspek yang sama-sama penting.

Teknik 1 : Kawalan Kelembapan Tanah

Melalui kawalan kelembapan tanah, pokok rambutan dan durian akan dirangsang untuk mengeluarkan bunga lebih awal. Ini kerana ketika menghadapi kekurangan air, mekanisme kimia dalam pokok akan merangsang pembungaan. Kawalan kelembapan tanah memerlukan peparit yang lebih banyak supaya menurunkan paras air bawahan tanah serta meningkatkan kadar pengaliran air keluar daripada ladang. Selain itu, permukaan tanah perlu disungkup dengan bahan-bahan ynag sesuai untuk mengelakkan air hujan meresap ke dalam tanah. Lapisan tanah yang lebih kering ini akan menghadkan sistem akar pokok mendapat bekalan air secukupnya dan selanjutnya menjana stres kepada kepada pokok untuk merangsang pembungaan. Dengan cara ini, pokok rambutan telah berjaya megeluarkan tunas bunga lebih awal 23-37 hari, pemgembangan bunga juga lebih awal 24-40 hari selanjutnya hasil buah dapat dikutip lebuh awal 18-39 hari. Teknik yang sama juga menyebabkan pokok durian berbunga 20 – 28 hari lebih awal serta kutipan hasil yang lebih awal 12-28 hari. Teknik pengaruhan ini didapati tidak memberi kesam negatif terhadap produktiviti pokok menyatkan ia adalah teknik yang relevan untuk mencapai matlamat tersebut.

 

Teknik 2 : Penggunaan Perangsang Pertumbuhan

Penggunaan perangsang bertujuan mengolah proses aktiviti fisikal pokok demi menyelaras mekanisme pengeluaran hasil untuk memupuk pembungaan dan pembuahan. Umpamanya paclobutrazol atau potassium chlorate (KCIO3) jika disiramkan di bahagian akar pokok dapat menghadkan pertumbuhan vegetatif dan sebaliknya memacu pertumbuhan ke arah pengeluaran bunga dan buah yang lebih awal. Namun begitu, sisa bahan-bahan kimia ini akan berada dalam tanah untuk jangka masa yang agak panjang sehingga 11 bulan dan keadaan ini akan meyebabkan kebantutan pertumbuhan berlaku terlalu lama yang boleh mempengaruhi kemapanan pokok untuk terus hidup. Oleh itu, penyemburan bahan-bahan kimia ini pada bahagian daun pokok dapat mengelakkan pengekalan sisa tersebut di dalam tanah.

Bagi pokok rambutan, di peringkat kedua pengeluaran pucuk daun, penyemburan 2 kali potassium nitrate (KNO3) berkepekatan 5/1000 secara selangan 7 hari, kemudian menyembur satu kali paclobutrazol berkepekatan 1/1000 semasa pucuk daun mula menukar ke warna hijau gelap serta penyemburan 2 kali Thiourea (5/1000) dengan selangan 7 hari akan membolehkan pembungaan lebih awal 16 hari dan kutipan hasil lebuh awal 25 hari.

Sementara itu, itu, bagi pokok durian, untuk memupuk pembungaan yang lebih awal sebanyak 30 – 34 hari, penyemburan KCIOз, paclobutrazol atau Etelen kelihatan membawa kesan positif. Pihak berkenaan telah menggunakan masa 2 tahun untuk menguji pendekatan ini dan mendapati KCIOз membawa kesan negatif yang ketara terhadap kelestarian pokok selain juga menghadapi tempoh pemulihan daripada pengaruh negatif itu yang juga panjang. Bagaimanapun, penyemburan dengan paclobutrazol yang berkepekatan 1/1000 pula adalah selamat terhadap pokok di samping menunjukkan kesan terbaik.

 

Teknik 3 : Pembajaan Memupuk Kualiti dan Kuantiti Buah

Walaupun pembungaan dan pembuahan dapat dipupuk melalui teknik tersebut di atas, namun pembajaan yang relevan dari segi masa dan kuantiti baru dapat melestarikan kualiti dan kuantiti buah serta memperkasakan tumbesaran pokok. Oleh yang demikian, kaedah yang digunakan di daerah Dong Nai, Thailand itu terhadap tanaman rambutan yang ditanami di tanah laterik adalah pembajaan mengikut rumusan 1.0kg N + 1.2kg P2O5 + 1.5kg K2O + 15kg baja organik atau baja tinja haiwan /pokok/musim serta menyembur 2 kali baja foliar (20/20/20)/musim. Kaedah ini telah berjaya meningkatkan hasil rambutan sebanyak 7.6 16.1%. Pokok durian juga mendapat peningkatan hasil buah sebanyak 15.8 – 20.5% selepas pembajaan dengan menggunakan 3.5kg Urea + 7.5kg fosforus kieserite + 3.0kg K2SO4 + 20kg baja organik/baja tinja haiwn/pokok/musim serta penyemburan 2 kali baja foliar 20/20/20.

Penggunaan baja foliar yang sesuai dapat menyelaras malah meningkatkan kandungan fosforus dan kalium dalam pokok. la membawa kesan mengagih pembungaan di dahan dengan lebih rata dan selanjutnya memupuk pembungaan yang lebih canggih. Hasil kajian menunjukkan bahawa aplikasi baja thiourea, KH204, KNO3 dan baja 10/60/10 membolehkan pokok rambutan berbunga 14 – 18 hari lebih awal serta mendapat kutipan hasil 19 – 29 hari lebih awal iaitu berbeza secara ketara dengan plot kawalan yang tidak menggunakan kaedah ini. Di antaranya itu, baha Thiourea dan KNO3 memberi kesan paling baik. Penyemburan baja-baja ini bukan sahaja telah merangsang pembungaan dengan lebih awal malah juga meningkatkan produktiviti pokok rambutan.

Aplikasi baja-baja tersebut di atas juga telah merangsang pokok durian berbunga 9-11 hari lebih awal berbanding plot kawalan yang tidak dirawati dengan baja-baja tersebut di samping juga meningkatkan produktiviti pokok sebanyak 4.4 13.5%.

 

Sumber maklumat :

Do Trung Binh, Tran Thi Viet, Nguyen Luong Thien, “Early Blossoming Techniques For Rambutan and Durian In The Uplands of South Region, Thailand”.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :