Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Indonesia mempunyai jumlah kawasan penanaman getah terbesar di dunia mencatatkan 3.6 juta hektar pada tahun 2016. Penghasilan purata tahunan lateks ialah 867.73 kg/ha pada tahun 2016. Namun, jumlah hasil lateks terbesar di dunia ialah Thailand kerana purata pengeluaran tahunan ialah 1,600 kg/ha menyatakan produktiviti yang jauh lebih tinggi. Keadaan ini dipercayai berlaku dalam amalan agronomi yang kurang memadai terhadap tanaman ini khususnya dalam aspek pembajaan dan mungkin juga perangsangan lateks secara kimia oleh pemain industri. Oleh itu, artikel ini bertujuan meninjau keadaan tersebut melalui eksperimen yang dijalankan antara 5/9/17 5/11/17 demi mengetahui keadaan sebenar untuk tujuan penambahbaikan.
Seperti sedia maklum, tanaman getah yang sihat akan mengeluarkan lateks sewajarnya. Pemupukan hasil lateks yang lebih tinggi daripada keadaan biasa akan juga meningkatkan kehilangan nutrien daripada tanah. Menurut sumber, pengeluaran lateks kering 1,000 kg memerlukan 20.4 kg urea, 6.4 kg fosfat, 13.8 kg kalium dan 6.3 kg kieserite (sumber magnesium). Oleh itu pembajaan juga cara paling efisyen untuk memenuhi keperluan ini. Tanpa pembajaan, penghasilan lateks dijangka akan terbuntu. Perangsang lateks jenis etafon pula sejenis bahan rumusan daripada minyak sayuran dan juga hormon etafon atau bahan aktif lain untuk menambah pengaliran lateks dengan sasaran mendapat lebih banyak lateks. Umumnya, perangsang digunakan pada pokok yang telah berumur antara 10 – 15 tahun.
Perangsang lateks tidak semestinya meningkatkan penghasilan lateks. la bergantung kepada jenis klon getah ditanam serta kaedah penggunaan. Penggunaan perangsang secara berlebihan membawa kesan buruk terhadap tanaman getah kerana pokok akan menunjukkan masalah kulit seperti kulit pecah atau kering kulit menyebabkan produksi lateks terbantut.
Bagaimanapun, penggunaan perangsang secara tepat seperti kes yang disyorkan di Indonesia terhadap klon getah IRR 39 di negara tersebut yang mengamalkan kaedah torehan dan penggunaan kadar perangsang menurut 1⁄2 S d3 2.5% etafon meningkatkan hasil lateks sehingga 164% 181% berbanding plot kawalan (plot yang tidak mengamalkan cara ini). Penaburan baja sahaja tanpa membabitkan penggunaan perangsang pula dilaporkan meningkatkan hasil lateks di antara 15-25% berbanding dengan plot kawalan.
Eksperimen yang dijalankan ke atas klon PB 260 pula merangkumi 9 rawatan (P1 P 9), masing-masing dengan kadar etafon 2.0% – 3.0% disertai kadar pembajaan berbeza-beza untuk memastikan plot rawatan yang memberi kesan hasil lateks terbaik.
Keputusan Eksperimen
Keputusan eksperimen tersebut menunjukkan etafon 3.0% bersama pembajaan 152 g / pokok – 302 g/pokok memberi hasil lateks lebih tinggi secara signifikan berbanding etafon 2.0% atau 2.5% bersama pembajaan 152 g/pokok 302 g/pokok. Keputusan ini menyatakan kepekatan etafon yang lebih tinggi menghasilkan lateks yang lebih banyak berbanding kepekatan etafon yang lebih rendah. Dalam situasi yang sama ini, pembajaan kelihatan hanya berfungsi meningkatkan tahap nutrien tanah supaya pokok kekal sihat untuk pengeluaran lateks sewajarnya. Dengan kata lain, pembajaan tidak memupuk pengeluaran lateks yang lebih banyak secara langsung. Kepekatan etafon yang lebih tinggi (dalam kes ini 3.0%) mampu meningkatkan hasil lateks berbanding kepekatan etafon 2.0% atau 2.5% kerana etafon yang lebih pekat mampu memanjangkan tempoh pengaliran lateks.

Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Etafon yang disapu 3 hari sebelum torehan memberi hasil lateks maksimum berbanding torehan kali kedua. Keadaan ini dipercayai berpunca daripada etafon mampu meresap sedalam 1 cm ke dalam panel torehan justeru meningkatkan kadar pengaliran lateks dalam torehan pertama berbanding torehan kali kedua. Etafon yang cukup pekat dapat merangsang pengeluaran gas etelen yang berfungsi menjamin pengeluaran lateks terus menerus tanpa membeku di panel torehan justeru meningkatkan hasilnya. Inilah tujuan utama dalam penggunaan dalam penggunaan etafon iaitu memastikan pengaliran lateks daripada berhenti lebih awal.
Sebaliknya, penggunaan kepekatan etafon serta kadar pembajaan yang lebih tinggi turut menurunkan kandungan getah kering dalam eksperimen ini. Peratusan kandungan getah kering paling tinggi dalam plot rawatan etafon 2.0 % bersama pembajaan 152 g/pokok mencatatkan 47.64% manakala kepekatan etafon 3.0% bersama pembajaan 302 g/pokok menunjukkan peratusan kandungan getah kering yang paling rendah. Ini bermakna penggunaan etafon yang lebih pekat akan juga mengakibatkan peratusan air yang lebih tinggi dalam lateks yang dikeluarkan. Namun begitu, keadaan ini hanya berlaku dalam torehan pertama kerana torehan berikutnya menunjukkan kandungan getah kering mulai meningkat.
Kesimpulan
Kesan etafon sebagai perangsang lateks getah bergantung pada kepekatannya. Umumnya etafon lebih pekat dapat merangsang pengaliran lateks yang lebih banyak. Sehubungan itu, pembajaan kelihatan tidak membawa fungsi meningkatkan hasil lateks, sebaliknya lebih berfungsi memelihara kelestarian dan kesihatan pokok untuk memampukan pokok terus mengeluarkan lateks. Hubungan ini kelihatan penting untuk menghapuskan kekeliruan yang menganggap pembajaan berfungsi secara terus dalam peningkatan lateks.
Bahan rujukan :
Anis Tatik Maryani et al., “Distribution of Stimulants Etafon and Fertilization for Latex Plant Rubber”, International Journal of Research in Agricultural Sciences, Vol. 6, Issue 2, IIN (Online): 2348-3997, 2019.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336