You are currently viewing Masa Berkesan Pendebungaan Tanaman Durian

Masa Berkesan Pendebungaan Tanaman Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Di Asia Tenggara, pengeluaran buah durian berada di tahap yang rendah kerana kadar pembentukan buah yang sama-sama rendah. Ini disebabkan oleh tanaman durian memerlukan pendebungaan silang untuk memperolehi kadar pembuahan yang baik. Namun begitu, walaupun pendebungaan silang adalah penting dalam memperolehi kadar pembuahan yang tinggi, tetapi keadaan ini juga bergantung pada masa berkesan pendebungaan (Effective Pollination Period, EPP). Dengan kata lain, hanya persenyawaan yang berjaya akan membentuk putik buah kemudian berkembang ke peringkat matang.

Istilah EPP buat pertama kali disebutkan oleh Willaims pada tahun 1965. Istilah ini merujuk kepada masa yang berkesan untuk pendebungaan. Tempoh masa sangat penting untuk menentukan kadar pembentukan buah. Semakin pendek masa itu maka semakin rendah kadar pembentukan buah. Kajian di sisi ini khususnya tanaman durian amat kurang.

Kajian sebelumnya menyatakan hasil buah durian boleh ditingkatkan melalui pendebungaan silang secara manual, tetapi proses pendebungaan durian hanya berlaku pada waktu malam mengakibatkan tindakan menjalankan pendebungaan silang secara manual pada waktu malam membahayakan penanam.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk meninjau masa berkesan pendebungaan bagi tanaman durian. Sekiranya masa tersebut jatuh pada waktu siang, maka hasil durian akan dapat ditingkatkan melalui pendebungaan silang manual yang dijalankan pada siang hari.

Kajian berkenaan dijalankan di tiga tempat berasingan di Thailand, iaitu Chantaburi Horticulture Research Center (CHRC), Kebun Swasta Chantaburi (KSC) dan Kebun Swasta Trat (KST). Di CHRC dan KSC, bunga betina baka Chanee dan debunga baka Kradum Thong digunakan manakala di KST, hanya baka Monthong digunakan kerana tiada baka lain yang boleh diperolehi di situ.

Ketiga-tiga tempat ini terletak di kawasan Timur Thailand. Bunga berkembang pada jam 17.00, oleh itu proses pendebungaan manual dimulakan pada masa ini. Debunga dikumpul kemudian disapu pada stigma bunga betina pada beberapa peringkat masa sebelum dan selepas bunga kembang iaitu -12, 0, 6, 12, 24 dan 48 jam. Di KST, debunga juga disapu pada bunga betina pada masa sebelum dan selepas bunga berkembang iaitu -6, 0, 24 dan 48 jam. Di KSC, debunga disapu pada bunga betina sebelum dan selepas bunga berkembang iaitu -6, -3, 0, 6, 12, 24 dan 48 jam. Setiap proses pendebungaan dijalankan dengan menggunakan debunga yang diperolehi dalam dalam masa 24 jam iaitu dalam tempoh masa debunga masih berkesan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Hasil Kajian

Hasil kajian menunjukkan bahawa tempoh masa berkesan pendebungaan bagi tanaman durian ialah 12 jam iaitu dari petang 5.00pm sehingga awal pagi 5.00am. Tempoh masa ini sangat singkat kerana secara umum, kebanyakan tanaman mempunyai masa berkesan pendebungaan yang panjang sehingga melebihi 24 jam. Oleh itu, di CHRC dan KSC, kadar pembentukan putik buah masing-masing adalah 37.5% dan 50.00% apabila pendebungaan dijalankan semasa bunga berkembang dan juga 6 jam selepas bunga berkembang. Namun di KST, pendebungaan yang dijalnkan selepas 6 jam bunga berkembang itu hanya memperolehi kadar pembentukan putik buah sebanyak 12.0% (keadaan ini mungkin juga disebabkan oleh pendebungaan diri yang biasanya menghasilkan kadar pembentukan putik buah yang rendah).

Apabila pendebungaan dijalankan selepas 12 jam bunga berkembang, CHRC hanya memperolehi kadar pembentukan putik buah sebanyak 3.4% manaka di KSC adalah 0%. Hasil kajian ini juga menyatakan pendebungaan yang dijalankan selepas 24 jam bunga berkembang tidak menghasilkan sebarang pembentukan putik buah (0%).

 

Sumber maklumat :

Chitose Honsho et al., “Effective Pollination Period for Durian and the Factors Regulating It”, Scientia Horticulture 111 (2007) 193-196.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :