Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Potensi pasaran buah payaya yang amat cerah di peringkat domestik dan antarabangsa telah menjadikan tanaman ini digemari oleh ramai pengusaha dalam negara. Keadaan ini dirancakkan lagi oleh pengeluaran hasil pokok payaya yang umumnya tinggi dalam kawasan agro-iklim yang sesuai berikutan amalan agronomi yang baik.
Sungguhpun begitu, dua ancaman besar selalu mendatangkan kerugian kepada pengusaha iaitu serangan penyakit dan tiupan angin kencang sehingga pokok rebah. Di sesetengah tempat khasnya di kawasan rentasan angin, kerugian daripada penumbangan pokok adalah jauh lebih tinggi daripada kerugian serangan penyakit.
Oleh yang demikian, teknik mengatekkan pokok papaya semakin mendapat perhatian kalian penanam dalam negara bahkan sebahagian mereka telah mengamalkan sistem penanaman ini. Bagaimanapun, berbanding dengan negara lain seperti Taiwan sebagai pengeksport buah papaya serta sering mengalami serangan angin, amalan teknik ini masih kurang popular di Malaysia.
Terdapat beberapa cara dalam mengatekkan pokok papaya dan kelihatan bukan semuanya adalah sesuai untuk diterapkan. Penerapan mana-mana satu cara adalah bergantung pada situasi setempat. Umpamanya, di Taiwan pokok papaya sama ada yang matang atau belum matang dibuat beberapa potongan menegak dengan pisau tajam di tengah-tengah batang pokok kemudian membengkokkannya ke arah permukaan tanah dengan disokong oleh batang kayu atau besi di bawah.
Dengan kaedah ini, kutipan buah papaya dapat dijalankan dengan mencangkungkan badan sahaja iaitu satu cara kutipan hasil yang amat menyenangkan. Bagaimanapun,
kanopi pokok yang berbuah lebat ini dengan jarak sangat mendekati permukaan tanah mudah dirosakkan oleh binatang sekiranya pagar berjaring tidak dibangunkan di sekeliling kebun.
Pada hakikat, dengan menurunkan ketinggian pokok papaya ia sebenarnya memudahkan kerja ladang seperti memungut hasil, kawalan penyakit dan serangga perosak . Tambahan, pokok yang telah dikatekkan secara paksa dan manual kononnya dapat melanjutkan hayat ekonominya kepada 7 kepada 7 tahun berbanding 3 tahun sahaja bagi pokok biasa yang tidak dikatekkan. Begitu juga dengan aspek pengeluaran hasil yang dikatakan akan meningkat dengan ketara.
Sifat pokok payaya yang berakar cetek, bahagian dalaman batang pokok yang kosong semacam buluh serta selalu berbuah lebat atas pokok menyebabkan daya pegangan pada tanah mudah diancam oleh tiupan angin kencang sehingga mudah rebah dan mencederakan sistem akar menyebabkan gejala reput akar. Selain itu, daya serapan nutrien pokok yang baik sering mempercepatkan kadar ketinggian pokok dan akhirnya menyukarkan urusan ladang termasuk kutipan hasil. Walaupun masalah rebah pokok dapat diminimumkan dengan cara mendirikan penyokong kayu atau besi di tepi pokok, tetapi kaedah ini akan meningkatkan kos secara mendadak.
Kaedah menyelesaikan masalah ketinggian pokok papaya dengan membengkokkan batang pokok secara paksa jika tidak disesuaikan dengan tenaga sepadan, sistem akar mungkin juga tercedera selanjutnya membangkitkan masalah reput akar. Bahan kimia bagi mengurangkan kadar pertumbuhan atas pokok seperti Paclobutrazol juga dicubakan oleh sesetengah pengusaha. Bagaimanapun sisa bahan tersebut sering kali menimbulkan kesan negatif kepada prestasi tanaman kelak.
Oleh yang demikian, ada pihak yang cuba mengatekkan pokok payaya melalui kombinasi beberapa cara kultur tanpa melibatkan pembengkokan pokok secara paksa ataupun penggunaan bahan kimia. Ia bermula dengan membajak tanah sedalam melebihi 80cm, kemudian menaburi baja asas setebal 30cm ke atas serta diikuti dengan penjagaan tanah sewajarnya supaya memupuk sistem akar tumbuh mendalam ke bawah tanah. Dengan cara ini, pokok dijangka akan membentuk sistem akar serta tumbuh dengan lebih kuat selanjutnya meningkatkan daya pegangan tanah. Ini satu lakaran bagi menghasilkan pokok yang lebih katek.
Namun begitu, kaedah ini dipercayai juga bergantung pada kaltivar papaya yang digunakan kerana kaltivar di antara negara-negara penanam adalah berbeza terutama di negara lebih maju, baka papaya hibrid telah digunakan dan baka ini amnya lebih katek daripada kaltivar konvensional. Hala tuju ini amat penting kerana hanya dengan bahan tanaman berkualiti termasuk mengandungi ciri genetik kekatekan barulah dapat menghasilkan pokok lebih katek.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com