All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Pokok durian yang telah matang dan kelihatan sihat dari luaran tetapi tidak sudi berbuah sering menimbulkan perasaan hampa dalam hati pekebun. Gejala ini amnya berlaku di kebun durian yang tidak dijaga dengan baik dari segi agronomi atau tidak mengamalkan penanaman baka campuran di tempat yang sama.
Secara umum, masalah bagi pokok seumpama ini disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah viabiliti debungan yang lemah, kadar pendebungaan yang rendah, kekurangan nutrien, sifat semula jadi keperluan pendebungaan bersilang pokok durian, kadar keserasian yang lemah di antara baka-baka yang ditanam bersama, kekurangan air, kerosakan bunga oleh serangga perosak, jangkitan penyakit serta gangguan cuaca semasa pembungaan dan pembuahan.
Gejala awal pokok tidak berbuah ialah pokok tidak berbunga atau hanya mengeluarkan bunga yang sedikit sahaja. Jika bunga di atas pokok tidak dapat dikekalkan, ia juga akan mengakibatkan pokok tiada buah nanti. Kedua-dua aspek ini adalah berbeza iaitu faktor penyebabnya adalah berlainan. Oleh yang demikian, teknik merangsang pembungaan dan kemudian mengekalkan putik buah sehingga ke peringkat buah matang amat penting bagi pekebun supaya dapat memperkasakan pembuahan yang sewajarnya.
Dilihat daripada sudut lain, penerimaan cahaya matahari sama ada cukup atau tidak juga mampu mengakibatkan masalah tersebut di atas. Keadaan ini biasa berlaku di kebun durian yang ditanam dengan terlalu rapat ataupun tidak menjalankan pangkasan pelepah semasa pokok di peringkat belum matang sehingga dahan dan ranting berlebihan mengganggu penerimaan pancaran cahaya matahari oleh pokok-pokok yang ada di situ.
Begitu juga dengan aspek tanah yang mungkin kurang sesuai jugalah faktor sampingan yang menimbulkan masalah tersebut. Sekiranya tiada cuaca kering selama 7 – 14 hari secara berturut-turut ataupun ketiadaan kesejukan tertentu pada waktu malam, pokok durian juga susah untuk berbunga kerana pokok durian memerlukan cuaca seumpama ini untuk merangsang pembungaan.
Menurut pengetahuan am mengenai tanaman durian, ia difahamkan sebagai tumbuhan yang amat lemah dari segi pendebungaan sendiri sehingga kadar kejayaan tersebut selalunya di bawah 10%. Ini bermaksud pokok durian memerlukan pendebungaan bersilang iaitu debunga daripada baka lain adalah diperlukan untuk bersenyawa dengan bunga betina dripada baka yang lain dengan kata lain pendebungaan sesama baka ataupun sesama pokok tidak mudah menghasilkan buah.

Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Oleh yang demikian, bagi kebun yang hanya menanam baka durian tunggal ataupun tiada baka-baka durian lain ditanam di sekitaran oleh pekebun lain, maka meskipun pokok durian di situ berjaya mengeluarkan bunga yang banyak, tetapi kadar pembentukan buah masih akan di tahap yang rendah. Masalah ini disebabkan oleh kadar kejayaan persenyawaan yang cukup rendah sesama baka. Dalam keadaan tertentu, pendebungaan sesama baka ataupun sesama pokok walaupun boleh berlaku sehingga menghasilkan buah, namun putik buah akan mengalami kadar guguran yang tinggi ataupun menghasilkan buah yang tidak normal seperti buah yang tidak betul dari segi bentuk malahan juga akan menjejaskan kualiti isi buah.
Sifat tanaman durian yang umumnya bermusim genting setiap dua tahun jugalah sebab kepada kadar pembuahan yang rendah pada tahun berikutan. Demi mengurangkan gejala ini maka amalan penjarangan buah di musim genting telah dipraktikkan oleh sesetengah pekebun khususnya pekebun di negara Thailand dengan mengekalkan sebiji putik buah sahaja di setiap jambak.
Dengan kata lebih spesifik lagi, setiap ukuran satu meter dahan pokok yang berbuah itu mengekalkan 3 7 biji putik buah sudah memadai. Amalan ini dapat menguragkan kehilangan sumber makanan dalam pokok di samping membantu pokok memulih dengan kadar lebih cepat selepas kutipan hasil supaya terus berbuah dengan baik pada tahun berikutnya. Amalan penjarangan buah juga dapat meningkatkan kualiti buah durian.
Selain itu, pengairan dan pembajaan yang tidak mencukupi akan menyebabkan kehilangan kesimbangan pelbagai proses dalaman pokok durian sehingga pokok tidak dapat berbunga selanjutnya tiada buah berikutnya. Pendekata, pokok matang durian tidak berbuah tentunya ada masalah ataupun faktor penghalang di sebaliknya. Melalui pemerhatian secara terperinci, dipercayai puncanya dapat dikesan kemudian disusuli dengan amalan penyelesaian jika punca itu dapat diperbaiki dengan kemampuan yang ada seperti pembajaan dan pengairan dijalankan dengan sewajarnya melainkan faktor luaran yang susah dikawal oleh kemampuan kita terutama cuaca dan faktor lain yang berkenaan.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336