You are currently viewing Smart Herbicide Management / Kaedah Pengurusan Rumpai Pintar Di ladang Sawit

Smart Herbicide Management / Kaedah Pengurusan Rumpai Pintar Di ladang Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Rumpai yang tumbuh di ladang kelapa sawit amnya diurus dengan semburan racun rumpai. Terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan untuk menyelesaikan masalah rumpai yang wujud. Antaranya ialah kaedah yang dikenali sebagai Smart Herbicide Management yang menumpukan kerja meracun rumpai secara bulatan di bawah pokok dan juga lorong tuai.

Seksyen Ladang Penyelidikan Felda Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB) telah memulakan amalan merumput dengan kaedah ini di Ladang Penyelidikan FASSB mulai tahun 2008 secara berperingkat. Sehingga Oktober 2008, hampir 100% ladang FASSB telah melaksanakan Smart Herbicide Management.

Kawasan rumpai yang telah diurus dengan kaedah ini menyerupai angka 8 melalui sistem angka 8. Berbeza penggunaan dengan kaedah biasa yang mana pekerja merumput bergerak dalam satu baris pokok sawit, kaedah Smart Herbicide Management pula menjalankan kerja merumput 2 baris pokok sawit dalam satu pergerakan.

Dengan cara ini, pekerja akan melintasi lorong tuai ketika bergerak dari satu pokok ke satu pokok yang lain. Dengan menggunakan kaedah ini, didapati produktiviti merumput telah meningkat. Bagi melancarkan pelaksanaan, pembarisan pelepah seharusnya berselang sebaris. dengan kata lain, akan terdapat lorong susunan pelepah dan lorong tuai yang khusus.


Smart Herbiside Management merupakan satu kaedah pengurusan rumpai yang sistematik serta menepati piawai Prinsipal 4 Kriteria 4.1 – 4.8 dalam RSPO. Pemilihan racun yang bersesuaian serta dos penggunaan yang tepat adalah antara perkara yang difokuskan supaya mencapai sasaran penjimatan kos di samping meningkatkan kesannya. Jadual 1 menunjukkan skop penggunaan termasuk kosnya.

 

Selain itu, peralatan penyemburan racun juga aspek yang dipentingkan termasuk cara penggunaan dan penjagaan alat-alat tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan operasi yang baik. Tidak kurang pentingnya juga, iaitu prosedur penjagaan keselamatan pekerja merumput harus dipatuhi.

Pekerja mesti melengkapi diri dengan Alat Pelindungan Diri (Personal Protection Equipment, PPE) PPE) yang merangkumi pakaian, alat pelindung muka, alat penutup hidung, sarung tangan, apron dan kasut boot yang disyorkan. Kursus dan latihan adalah diberikan kepada mereka sebelum tugas pengurusan rumpai di ladang bermula. Begitu juga dengan aspek pengendalian dan penyimpanan racun serta peralatannya dikehendaki mengikut peraturan yang disyorkan.

Melalui pelaksanaan Smart Herbicide Management di ladang-ladang FASSB sebelum cukup setahun, hasil yang diperolehi adalah disenaraikan di jadual 2 dengan menunjukkan pencapaianberbandingan sasaran dan konvesional dari segi produktiviti merumput. Darinya didapati bahawa kedua-dua aspek ini telah menunjukkan kesan yang positif menandakan kaedah pengurusan merumput ini berpotensi untuk digunakan sekiranya dilaksanakan dengan betul.

 

Sumber Maklumat :

Mat Sahar Senin dan rakan-rakan, “Pelaksanaan ‘Smart Herbicide Management’ Di Ladang Penyelidikan Sawit FASSB”, Kemajuan Penyelidikan, Bil. 52, Jun 2009, Felda Agricultural Services Sdn Bhd.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :