All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Sawah padi merupakan hub pembiakan tikus sawah. Habitat sawah padi kerana sesuai untuk pembiakan serta kaya dengan bekalan makanan akan menyebabkan populasinya meningkat sekiranya tidak terkawal. Tikus akan merosakkan tanaman padi dengan memakan biji padi dan mengunyah umbut pokok, selanjutnya menyebabkan pokok rebah, reput dan mati. Serangan tikus sekiranya tidak diawasi akan mendatangkan kerugian yang besar terutama kadar pembiakannya yang pesat mampu merencatkan hasil padi di sawah dalam masa yang singkat.
Rattus argentiventer merupakan spesis tikus yang paling utama menyerang tanaman padi. Serangannya wujud pada semua peringkat umur padi bermula dari semaian padi sehingga ke peringkat padi masak. Salah satu punca berlakunya serangan tikus serangan tikus sawah adalah disebabkan oleh perbezaan musim menanam dan menuai yang mengakibatkan bekalan air ke semua tempat adalah tidak sama. Maka itu, serangan tikus amnya berlaku di sempadan-sempadan kawasan tersebut. Tikus akan berpindah tempat daripada kawasan sedang dituai kepada tempat tanaman padi di peringkat beranak atau bunting kecil.
Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Kes ini pernah berlaku pada tahun 1987 di dua kawasan penanaman padi di Projek Barat Laut Selangor, iaitu Sg Nipah dan Pasir Panjang yang bersempadan di antara satu sama lain dengan perbezaan masa menanam selama 2.5 bulan. Serangan tersebut telah menyebabkan kawasan padi seluas 800 ha tidak dapat dituai. Hasil padi merosot sebanyak 41% telah dilaporkan di kawasan padi Pasir panjang.










