You are currently viewing Benua Afrika Dan Amerika Latin Bakal Menjadi Pusat Pembekal Minyak Sawit Global

Benua Afrika Dan Amerika Latin Bakal Menjadi Pusat Pembekal Minyak Sawit Global

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Jumlah pengeluaran minyak sawit global pada tahun 2012 mencatatkan 65 juta tan. Menurut sumber boleh dipercayai bahawa permintaan terhadap minyak sawit global akan mencapai 77 juta tan pada tahun 2018 dan seterusnya meningkat lagi ke paras 156 juta tan menjelang tahun 2050. Untuk menangani trend ini, trend ini, negara penanam sawit hendaklah meningkatkan pengeluaran buah tandan serta minyak sawit mereka melalui penggunaan bahan tanaman berhasil tinggi. Segala persiapan termasuk penyelidikan juga hendak dilakukan agar dapat menampung permintaan yang meningkat dengan pesat.

Sehingga kini, 85% minyak sawit global adalah dihasilkan oleh Malaysia dan Indonesia. Masa akan datang, pengembangan tanaman sawit di kedua-dua negara ini akan menghadapi cabaran. Umpamanya Malaysia mempunyai keluasan tanah pertanian yang terhad manakala Indonesia berdepan dengan isu alam sekitar yang berkehendakkan negara itu lebih bertanggungjawab dalam menanganinya. Justeru itu, ramai pemain industri kini telah mengalih perhatian mereka ke luar negara untuk menanam sawit. Benua Amerika Latin dan Afrika menjadi destinasi pemilihan mereka.

Negara-negara di Amerika Tengah dan Selatan seperti Colombia, Ecuodor dan Honduras mampu menghasilkan 2 juta tan minyak sawit. Ketiga-tiga negara ini beserta Peru berupaya membuka keluasan tanah secara sederhana untuk menanam sawit. Namun, Brazil wujud sebagai negara paling berpotensi untuk menanam sawit secara besar-besaran kerana adanya keluasan tanah yang sangat besar serta sesuai untuk tanaman sawit. Keluasan tanah di Brazil mencatatkan 32 juta ha (tidak termasuk tanah hutan hujan khatulistiwa). Keluasan ini adalah dua kali ganda jumlah keluasan tanaman sawit global semasa.

Afrika Barat walaupun merupakan tempat berasalnya tanaman sawit terutama Nigeria wujud sebagai pengeluar utama minyak sawit sedunia pada tahun 60-an, namun malangnya pergolakan politik di negara itu serta pengurusan kurang memadai terhadap pekebun kecil sawit telah menyebabkan kemunduran dalam industri sawit. Sehingga tahun 2000, Nigeria masih tidak mampu menampung permintaan minyak sawit domestik. Beberapa negara di Afrika Tengah dan Afrika Barat kini mula menanam sawit di ladang terbiar di negara mereka, walaupun begitu, langkah ini hanya untuk menghasilkan sedikit sebanyak minyak sawit untuk keperluan domestik serta mengurangkan tekanan import. Misalnya tahun 2010 Afrika telah mengimport 2 juta 40 ribu tan minyak sawit yang kebanyakan datang dari Malaysia. Jumlah minyak sawit ini kelihatan tidak sukar untuk dihasilkan dengan sendiri, tetapi penanaman sawit bukan semacam menanam tanaman buah-buahan, ia memerlukan kemudahan jalan raya, alat pengangkutan, kilang minyak malahan kewangan yang mencukupi sebelum boleh menjadi minyak untuk digunakan. Maka itu, Afrika bukan pesaing minyak sawit pada masa terdekat ini kerana biarpun mereka mula meningkatkan pengeluaran minyak sawit, namun itu untuk menampung keperluan domestik semata-mata.

Menurut sumber, Nigeria mempunyai keluasan tanah sebanyak 24 juta ha yang sesuai untuk tanaman sawit. Untuk membangunkan tanah-tanah ini, dianggarkan memerlukan 50 tahun. Pesisir pantai di negara Congo pernah dilaporkan turut memiliki tanah sesuai untuk tanaman sawit oleh sebab kesesuaian iklim dan sekitaran penanaman.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Secara keseluruhan, beberapa kawasan tanah di Afrika kini telah digunakan oleh syarikat perladangan antarabangsa termasuk Malaysia untuk mengusahakan tanama sawit, seperti berikut:

1. Demokratik Republik Congo – 108,0000 ha
2. Libya – 600 ribu ha
3. Gabon – 250,000 ha
4. Nigeria – 110,000 ha
5. Republik Congo – 110,000 ha
6. Sierra Leone – 100,000 ha
7. Cote d’Ivoire – 55,000 ha
8. Cameroon – 40,000 ha

Di antara kesemua keluasan tanah ini, sekurang-kurangnya 1 juta ha boleh ditukar menjadi ladang sawit pada bila-bila masa. Syarikat antarabangsa seperti Kumpulan SIFCA dari Perancis telah mengumumkan suntikan modal USD 417 juta di negara Ghana, Nigeria dan Libya untuk membuka ladang sawit.

Afika Tengah, Afrika Barat, Amerika Tengah dan Amerika Selatan mempunyai keseruhan tanah untuk penanaman sawit sebanyak 30 juta – 40 juta ha bagi menghasilkan sejumlah 130 juta 171 juta tan minyak sawit. Bagaimanapun, pembangunan kesemua tanah ini dijangka sangat sukar untuk direalisasikan. Namun jika 1/4 kesemua tanah tersebut dapat dibangunkan untuk penanaman sawit, maka akan menghasilkan minyak sawit antara 50 juta – 60 juta tan. Justeru itu, menggandakan jumlah pengeluaran minyak sawit dalam masa berpuluh-puluh tahun akan datang kelihatan boleh menjadi kenyataan.

 

Sumber maklumat :

Denis J Murphy, “The future of oil palm as a major global crop Opportunities and challenges”, Journal of Oil Palm Research vol. 26(1) March 2014, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :