You are currently viewing Dron Memberi Kesan Menggalakkan Dalam Mengawal Populasi Ulat Bungkus

Dron Memberi Kesan Menggalakkan Dalam Mengawal Populasi Ulat Bungkus

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Pada 15 November 2013, kerajaan Malaysia mengistiharkan ulat bungkus (bagworm) sebagai perosak merbahaya. Di bawah Akta Malaysia 167 (Perkara Kuarantin Tumbuhan 1967), pekebun kecil dan peladang jika didapati tidak mengawal serangan ulat bungkus di ladang mereka akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara 2 tahun. Pengumuman ini menunjukkan sebaran perosak ini sudah mencapai peringkat membimbangkan.

Perangkaan tahun 2017 selanjutnya menunjukkan keluasan pekebun kecil melebihi 30,000 ha sudah diserangi ulat bungkus melibatkan kerugian tahunan melebihi RM100 juta. Di Malaysia, dua jenis ulat bungkus mendatangkan impaks besar iaitu M. plana dan Pteroma pendula dan menyebabkan hasil sawit mengalami kerugian sehingga 33 – 47%.

Dari tahun 90-an, serangan ulat bungkus tidak pernah berkurangan atas sebab kawalan tidak mendatangkan kesan berpanjangan. Sebilangan pemerhati dan penyelidik merasakan kaedah kawalan kurang munasabah telah membangkitkan masalah ini. Racun serangga kimia amnya digunakan untuk menangani perosak ini. Di antaranya ialah cypermetherin, tetapi racun kimia ini setelah digunakan akan turut mengancam kadar hidup musuh semula jadi ulat bungkus seperti parasitoid dan pemangsa. Kebiasaannya, kawalan dengan racun kimia ini mendatangkan kadar serangan yang lebih besar lagi selepas seketika waktu rawatan dijalankan.

Justeru itu, untuk mengawal ulat bungkus dengan baik dan berkesan, sejenis racun berasaskan kulat Bacillus thuringiensis iaitu sejenis agen kawalan biologi telah dieksperimenkan untuk melihat keberkesanan. B. thuringiensis ini adalah racun mesra alam dan tidak menimbulkan kesan buruk ke atas musuh semula jadi ulat bungkus. Penyemburan racun B. thuringiensis pernah diuji di Slim River, Perak melalui semburan menggunakan kapal terbang yang berterbang di atas kanopi pokok dan melakukan semburan mengikut atur cara yang ditetapkan. Eksperimen ini mendatangkan kesan menggalakkan kerana berjaya mengawal populasi ulat bungkus ke aras yang selamat. Namun, kapal terbang seumpama ini agak besar dan ia dikendali oleh pemandu. Ia juga mirip menimbulkan masalah teknikal. Misalnya pada 25 Feb 2018, sebuah kapal terbang sewaktu menyembur racun telah terhempas. Oleh yang demikian, minat kemudian sudah tertumpu ke atas penggunaan dron sebagai alternatif.

Dron adalah kapal terbang kecil yang tidak diduduki pemandu, sebaliknya ia dikawal secara jarak jauh oleh seorang pengawal di atas tanah. Oleh kerana tiada pemandu serta faktor lain, penerbangan dron tidak perlu mendapat permit dari pihak berkuasa, tidak seperti penerbangan dengan kapal terbang pertanian yang amnya lebih besar serta mempunyai pemandu di dalam dan memerlukan permit sebelum boleh naik ke udara untuk menyembur.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Eksperimen menggunakan dron pernah dijalankan di sebuah kawasan tanaman sawit di Sepang, Selangor. Ladang ini menghadapi serangan ulat bungkus yang serius. Dron ini berterbang 2 meter di atas kanopi pokok, dipasang dengan nozel penyembur 3VP110, bertekanan 0.2MPa serta berupaya menyembur pada kelajuan 2.8 meter/saat. Pusingan semburan pertama dilakukan ada 4/7/2017 dan berjaya mengurangkan populasi M. plana dari 304.5 ekor/pelepah kepada 12.1 ekor/pelepah selepas 28 hari semburan dilakukan. Kesan ini mencatatkan 96% kejayaan. Namun, sebilangan ulat bungkus yang tidak mati terus berkembang menjadi pupa dengan anggaran 64.52 ekor/pelepah selepas 28 hari semburan dijalankan.

Semburan pusingan kedua diteruskan ada 27/8/2017. Kali ini berjaya menurunkan populasi ulat bungkus dari 109.25 ekor/pelepah kepada 9.3 ekor/pelepah selepas 28 hari semburan tanpa mengesan sebarang pupa. Kesan kejayaan kali ini ialah 91.5%. Hal sedemikian menunjukkan bahawa dron adalah alat yang boleh digunakan untuk mengawal ulat bungkus dengan kadar cepat serta membawa kesan yang baik.

 

Sumber maklumat :

Mohamed Mazmira Mohd Masri et al., ‘Effectiveness of Bacillus thuringiensis aerial spraying against the bagworm, Metisa plana Walker outbreak in oil palm using drone’, Journal of Oil Palm Research vol. 34(2) June 2022 pp. 276-288.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sila kongsi kepada kawan :