You are currently viewing Mencegah Masalah Kekurangan Kuprum Terhadap Tanaman Sawit

Mencegah Masalah Kekurangan Kuprum Terhadap Tanaman Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Kekurangan nutrien kebiasaan boleh dilihat daripada pertukaran warna daun daripada hijau menjadi kuning atau oren. Sesetengah kekurangan nutrien menampil gejala yang menonjol manakala sesetengah pula tidak. Bagi kuprum iaitu sejenis nutrien surih wajib untuk tanaman sawit, simptom kekurangannya agak ketara. Pokok sawit kekurangan nutrien ini akan menampil tompokan kuning oren berumuran 0.5 – 1mm di bahagian daun muda. Dalam keadaan kritikal, saiz daun baru akan menjadi lebih kecil daripada daun lama serta urat daun mulai menguning bermula daripada hujung daun. Hujung daun akan kering dan layu selepas itu.

Masalah kekurangan kuprum pada asalnya berlaku di tanah gambut. Masalah ini dikenali sebagai mid-crown chlorosis. Gejala ini kemudian turut berlaku di tanah biasa khasnya di tanah berpasir dan tanah berbatu. Simptom ini jika berlaku di tanah gambut, ia juga dikenali sebagai peat yellow. Amnya semasa kekurangan unsur kalium, masalah ini timbul dengan lebih lumrah. Mengikut sumber, aplikasi nitrogen dan fosforus akan meningkatkan kadar berlaku masalah kekurangan nutrien ini.

Hubungan antara kuprum dengan sawit adalah rapat. Pada hakikat, satu kg biojisim sawit akan mengandungi 7 – 10mg kuprum. Kandungan tersebut banyak terdapat di bahagian umbut pokok serta bahagian dalaman batang pokok. Di bahagian rakis daun, kandungannya paling rendah. Anak pokok sawit yang berumur satu tahun hanya mengandungi 47 – 70mg unsur kuprum. Angka ini meningkat ke aras 350 – 1,000mg/pokok apabila pokok sudah matang. Satu tan buah sawit merangkumi 5g kuprum bersamaan 1.15kg/ha akan disalur keluar melalui buah tandan segar. Oleh yang demikian, ia perlu ditokok tambah bagi mengelak pengurangan berlaku.

Kuprum diperlukan oleh tanaman sawit untuk menjalankan penyaluran dalam proses fotosintesis serta merupakan unsur wajib dalam pembentukan protein, enzim tanaman serta adalah kandungan polyphenol oxidase yang penting bagi sintesis lignin. la juga unsur penting dalam pembentukan karbohidrat, minyak lipid serta dalam fungsi metabolisme pokok. Kekurangan kuprum dalam tanaman akan menurunkan viabiliti debunga. Kesemua ciri ini menyatakan kepentingan kuprum untuk tanaman sawit.

Untuk merawat kekurangan kuprum pada tanaman sawit, dos 10 – 25g copper sulphate boleh ditabur di sekitar pokok. Jika kekurangan ini berlaku di tanah gambut, maka meningkatkan dos aplikasi (0.1kg/pokok) adalah memadai. Kurprum dalam bentuk kelaan lebih cekap diambil oleh tanaman sawit.

Di tanah gambut juga, rawatan ke atas pokok yang mengalami kekurangan kuprum boleh dilakukan dengan semburan larutan kuprum pada kadar 4.5 liter (dicampur dengan air pada nisbah 200mg 1 liter air). Amalan ini akan memulihkan pokok selepas 4 – 6 minggu rawatan dijalankan. Jika menggunakan baja kuprum dan ditabur di sekitar pokok, kesannya mungkin lebih rendah kerana baja ini mungkin diserap oleh bahan sebatian organik yang terdapat di situ. Namun begitu, masih ada baja kuprum tertentu yang tetap memberi kesan positif.

 

Sumber maklumat :

1. Kah-Joo-Goh and Rolf Hardter, “General Oil Palm Nutrietion”, Oil Palm Management For Large And Sustainable Yields, Editors Thomas Fairhurst and Rolf Hardter, PPI and IPI, 2003.
2. Thomas Fairhurst et al., Oil Palm Nutrient Disorders and Nutrients Management, PPI and IPI, 2003.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :