Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Covid-19 menyebabkan ekonomi dunia meleset. Pelbagai sektor dihempap dengan teruk. Minyak sawit sedunia juga mengalami situasi tidak menentu sebagaimana digambarkan oleh harga tidak stabil. Keadaan ini memberi kesan ketara kepada sara hidup pekebun khususnya penanam sawit apatah lagi hendak membaja tanaman ini kelihatan satu tanggungan yang berat.
Namun begitu, tanaman sawit jika tidak diberikan baja akan memberi hasil yang rendah selepas 1 – 2 tahun kemudian. Oleh yang demikian, ikhtiar juga hendak diadakan agar pokok tidak kekurangan nutrien dalam proses tumbesaran. Baja kompos berasaskan buah tandan kosong sawit, air buangan kilang sawit (POME) dan kek dekanter sawit merupakan sumber nutrien yang mampu menggantikan baja kimia serta menyerlah kelebihan yang tidak terdapat dalam baja kimia.
Di layang, Johor, Pusat Penyelidikan Sime Darby pernah menjalankan kajian berkenaan pada tahun 2013-2017. Pokok Sawit di ladang kajian berumur 7 tahun selepas tanam, baja kompos ditaburi di bawah setiap pokok pada kadar 0, 50, 100 dan 150kg/tahun manakala plot satu lagi ditaburi dengan baja kimia pada kadar 0, 50% dan 100% kadar standard setiap tahun untuk membuat perbandingan.
Seperti disangkakan, hasil kajian menunjukkan hasil buah tandan segar kedua-dua plot telah meningkat selepas 3 tahun atas sebab utama peningkatan berat buah tandan segar. Hasil buah di plot yang ditaburi 100kg baja kompos meningkat dari 23.24 tan/ha/tahun kepada25.55 tan/ha/tahun mencatatkan kadar peningkatan 2.31 tan/ha/tahun. Manakala bagi plot taburan baja kimia, hasil meningkat dari 23.24 tan/ha/tahun kepada 25.49 tan/ha/tahun dengan kadar peningkatkan 2.25 tan/ha/tahun. Keadaan ini mengekal selama 3 tahun. Dengan kata lain, penaburan 100kg baja kompos menjana hasil buah yang setanding dengan penaburan baja kimia 100%.
Jika dilihat secara terperinci, kandungan N, P, K dan Mg dalam baja kimia adalah bersamaan dengan 100% N, 194% P, 55% K dan 79% Mg dalam baja kompos tetapi tetap memberi hasil yang setanding. Keadaan ini boleh diterangkan bahawa baja kompos telah meningkatkan kesan tanah seperti meningkatkan kandungan bahan organik, pemupukan aktiviti organisme tanah dan sebagainya selanjutnya memberi hasil setanding. Dengan memecahkan kandungan baja kompos didapati 100kg baja kompos mengandungi nutrien NPK dalam baja kimia yang bersamaan 3.36kg N, 2.0kg P, 3.75kg K dan 1.25kg Mg/pokok. Jika dilihat secara makro dalma kiraan kiraan hektar, maka kandungan ini juga bersamaan dengan 483.84kg N (ammonium chloride), 288kg P (ERP), 540kg K (MOP) dan 180kg Mg (kieserite).
Kesimpulannya, baja kompos mampu menggantikan baja kimia pada harga yang dipercayai lebih murah di samping turut mendapat hasil buah yang setanding. (Nota Di plot penaburan baja kimia, setiap pokok juga dibekal dengan boron pada kadar 0.1kg/tahun.)
Sumber maklumat :
Lai Guan Yi et al.,”Enhancing Sustainable Oil Palm Cultivation Using Compost”, Journal of Oil Palm Research, Vol. 31(3) September, 2019, pp. 412-421.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com