Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Tahun 2022 membawakan berita baik kepada pemain dalam industri nanas Malaysia kerana pendaftaran varieti nanas baru Crystal Honey yang membawa kod AC 14. Nanas ini berbentuk selinder serta bersaiz agak besar berpurata 1.3 kg. Varieti ini sudah ditanami oleh penanam di sekitar Melaka termasuk Johor Utara dan Negeri Sembilan Selatan. Oleh kerana penanamannya belum meluas di seluruh negara, justeru harga pasarannya sangat menarik serta mempunyai permintaan tinggi di kalangan pengguna.
Kemanisan Nanas Crystal Honey adalah bergantung kepada jenis tanah mengusahakan tanaman ini. Jika ditanam di tanah mineral, buahnya berperisa lebih manis, rangup serta matang lebih awal sedikit berbanding penanaman di tanah gambut yang juga boleh mengusahakan tanaman ini, cuma prestasi tanaman tidak setinggi berbanding penanaman di tanah mineral.
Pada hakikat, Nanas crystal Honey ini adalah berasal dari keluarga Nanas Moris, namun kemanisan Moris hanya di tahap sederhana dan membawa perisa masam manis sedangkan Crystal Honey adalah manis secara umum serta membawa kemanisan 13 – 15 brix. Isi buah bagi Crystal Honey menampil warna kuning cetek sehingga keputihan bagaikan kristal yang berlinang.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Corak buah Nanas Crystal Honey ini agak menonjol dari aspek jambulnya kerana agak menonjol dan besar. Di samping itu, mata buah tumbuh terkeluar sedikit serta berkilat justeru mudah dibezakan dengan nanas biasa. Selain itu, Buah yang matang tetap berwarna hijau serta dengan daun berwarna hijau kebiruan. Saiz daunnya adalah sederhana tetapi berduri dan tumbuh menegak menjadikan pengursan tanaman ini memerlukan pakaian seluar yang tahan lasak.
Bagaimanapun, kelebihannya Nanas Crystal Honey selain perisanya yang disambut baik oleh orang ramai, bagi penanam, mereka suka menanam varieti ini kerana pokoknya mengeluarkan sulur yang banyak berpurata 6 – 8 sulur sepokok. Sulur ini boleh digunakan sebagai bahan tanaman pada pusingan tanaman akan datang justeru merupakan satu pendapatan tambahan kepada penanam. Sulur biasanya dijual 35 sen setiap satu. Bagi penanam baru, permintaan sulur untuk satu ekar lebih kurang 15,000 pokok, maka nilai jualan sudah melebihi RM5,000/ekar. Ini satu pendapatan tambahan yang menarik.
Penanam yang sudah mengusahakan tanaman ini berpendapat potensi masa hadapan bagi varieti ini adalah cerah memandangkan kualiti buah yang tinggi serta agak mudah untuk ditanami kerana daya rintangan terhadap penyakit agak baik. Bagaimanapun, tanaman nanas bagi varieti ini tidak terkecuali daripada penggunaan baja yang mencukupi untuk mengeluarkan hasil lebih tinggi serta dengan kemanisan dan kerangupan isi yang meningkat.
Selain baja butiran, baja foliar adalah perangsang kepada pokok supaya meningkatkan prestasi pokok termasuk memupuk kemanisan buah, keranggupan isi buah malahan memendekkkan tempoh matang buah. Bagi mendapat saiz buah yang lebih besar, jarak tanaman hendaklah dikawal kerana penanaman terlalu rapat akan membentuk buah bersaiz lebih kecil.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350