You are currently viewing Varieti Di Thailand Jelma Menjadi Varieti Malaysia – Durian D177 (Penang 15/ Juara 90)

Varieti Di Thailand Jelma Menjadi Varieti Malaysia – Durian D177 (Penang 15/ Juara 90)

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Durian D177 dari Balik Pulau, Pulau Pinang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian pada tahun 1990. Oleh kerana durian ini pernah menjadi juara dalam pertandingan durian di Pulau Pinang pada tahun 1990, ia justeru juga dikenali sebagai durian Juara 90. Pada hakikat, D177 adalah varieti yang berasal dari Thailand dengan gelaran Chanee. Varieti ini tidak dikenali sebagai Chanee di sini, tetapi sebagai D177 atau Penang 15. Chanee kemudian didaftarkan sebagai D123 pada tahun 1971. Asal-usul nama Penang 15 bagi varieti ini tidak dapat lagi dikesan. Menurut sumber, varieti ini didaftarkan oleh Lee Tek Hin yang kononnya mendapatnya dari seorang kawan di Gurun, Kedah.

D177 ini mempunyai isi buah yang sangat lembut dan kadang-kadang agak lecek. Lebih dari itu, isinya membawa bau alkohol dan merupakan salah satu varieti yang paling dikenali dengan bau ini. Ketika menikmati buah ini, rasa sedap menusuk ke dalam hati.

D177 macam seperti durian Chanee, cuma warna kulitnya perang. Ini yang membezakannya dengan durian Chanee di Thailand yang berisi hijau. Bentuk buahnya seperti bentuk pir, durinya besar tetapi tumbuh renggang. Keunikan D177 wujud di bahagian isinya yang sangat tebal, padu serta penuh menutupi keseluruhan pangsa buah. Dengan kata lain, durian ini sangat berbaloi untuk dimakan kerana isi yang banyak. Namun, isinya hendaklah dimakan cepat, kalau tidak ia mudah berbuih dan menukar ke bau masam.

Di luar musim, durian Chanee dari Thailand selalu dijual di Pulau Pinang sebagai D177. Oleh kerana kedua-dua varieti ini adalah melainkan warna kulitnya, sesetengah pembeli juga tidak tersedar akan tektik penjual durian ini.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Durian Chanee dari Thailand adalah dipetik dari pokok, maka itu isinya secara umum lebih keras berbanding D177. Inilah salah satu cara untuk membezakan kedua-dua varieti durian ini.

D177 adalah juara durian tahun 1990 di Pulau Pinang. Mutunya diyakini setaraf dengan dua varieti juara Pulau Pinang lain iaitu Udang Merah dan Hor Lor.

 

Bahan rujukan :

Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :