All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Durian tembaga didaftarkan di Jabatan Pertanian Malaysia pada tarikh 17 Jun 1970 oleh Lee Lam Siew dari Kuala Kangsar dan membawa kod D118. Tidak mudah untuk mendapatkan baka durian ini di pasaran tempatan di masa sekarang kerana ia lebih popular di Indonesia.

Sejak pendaftarannya, 52 tahun sudah berlalu dan ia tetap berada dalam minda sesetengah peminat menandakan potensinya sebagai durian komersial tetap ada. Ekoran banyak baka durian sudah bangkit di pasaran kini justeru agak susah untuk mana-mana satu baka durian ingin mendapat perhatian berat orang ramai termasuk durian tembaga. Walaupun pengeluarannya agak terhad di pasaran tempatan, tetapi masih boleh menjumpainya di tempat tertentu jika bernasib baik.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Sungguhpun begitu, dari segi cita rasa, durian ini adalah setanding dengan beberapa baka durian bermutu di pasaran kerana isinya bertekstur halus, berlemak, tebal, manis dan membawa rasa kepahitan. Justeru itu bagi mereka yang ingin mencuba durian lain rasa serta mendapat kepuasan penikmatan isi durian yang tebal, inilah pilihan.
Durian tembaga mendapat nama panggilannya melalui warna isi buah seakan warna tembaga iaitu kuning pekat. Buahnya agak besar dan kebiasaan melebihi 2kg serta berbentuk lonjong dan tidak sekata. Jika kamu menemuinya di mana-mana tempat, jangan membiar peluang ini terlepas lagi.
Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my










