Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Dulu dianggap sebagai tanaman liar di pekarangan atau pinggir sawah, ciplukan (Physalis peruviana) kini menjelma menjadi salah satu buah eksotik yang paling diburu di pasar premium. Buah kecil berwarna kuning keemasan ini tidak hanya memikat kerana tampilannya yang unik dan eksotik, tapi juga kerana rasa manis-asamnya yang segar serta khasiat kesihatannya yang melimpah.
Dari Tanaman Liar ke Superfood Premium
Ciplukan, yang juga dikenal dengan nama golden berry atau cape gooseberry, berasal dari Amerika Selatan namun tumbuh liar di banyak tempat tropikal, termasuk Indonesia. Kini, permintaan terhadap ciplukan meningkat tajam, terutama dari pasar eksport seperti Jepun, Korea, Eropah, dan Timur Tengah. Di pasaraya kelas atas dan kedai organik, buah ini dijual dengan harga sehingga mencapai Rp 200.000–300.000/kg (RM52-RM78), jauh di atas harga buah tempatan biasa.
Keunikan Fizikal dan Rasa
Ciplukan memiliki bentuk bulat kecil (diameter ±1,5–2 cm), berwarna kuning keemasan saat matang, dan terbungkus oleh kelopak kering menyerupai lentera. Rasa buahnya manis dengan sedikit asam segar, sering digambarkan sebagai perpaduan antara nanas, tomat, dan anggur.
Manfaat Kesihatan: Mini Tapi Kaya Khasiat
Buah ciplukan dikenal sebagai sumber antioksidan, vitamin C, beta-karoten, dan polifenol. Kajian juga menunjukkan kandungan withanolide dalam ciplukan berpotensi sebagai anti-inflamasi, antikanker, dan imunitas booster. Tak hairan jika buah ini masuk dalam daftar superfood dunia.
Potensi Penanaman dan Nilai Ekonomi
Penanaman ciplukan relatif mudah dan tidak memerlukan tanah luas. Tanaman ini dapat tumbuh di dataran rendah hingga tinggi, dengan masa tuaian sekitar 70–90 hari setelah tanam. Dalam satu hektar, petani boleh menanam sekitar 10.000 batang dan menuai 3–5 ton buah segar per musim.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Di pasar eksport, buah yang dikemas rapi dan lulus standard kualiti mampu dihargai lebih dari USD 10/kg, terutama jika berlabel organik. Ini menjadikan ciplukan sebagai salah satu komoditi kecil bernilai tinggi yang layak diperhitungkan oleh petani muda dan agripreneur.
Cabaran dan Peluang
Meski menjanjikan, budidaya ciplukan untuk pasar premium memerlukan perhatian khusus terhadap:
- Standard kualiti buah (ukuran, warna, kematangan)
- Pengendalian selepas tuai agar buah tidak mudah rosak
- Pensijilan organik atau GAP (Good Agricultural Practices) jika ingin menembus pasar ekspor
- Rantai pendingin (cold chain) untuk pengedaran segar
Namun, peluang terbuka lebar kepada petani yang mahu menceburi dalam sistem pertanian berorientasi pasaran.
Kesimpulan
Ciplukan bukan lagi buah liar pinggir sawah, tapi “buah mini emas” yang punya tempat terhormat di rak-rak supermarket premium dunia. Dengan potensi ekonomi tinggi, kandungan khasiat luar biasa, dan permintaan pasaran yang terus tumbuh, ciplukan layak dilabelkan sebagai komoditi masa depan yang menjanjikan.
Sumber : Platform Profesional
Nota : Untuk Rujukan Sahaja
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com































