
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah melancarkan Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 di Padang A Angsana Mall Johor Bahru sempena Hari peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 pada 30 Novermber 2019 lalu. Pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri MOA YB Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Katanya, industri kelulut mampu menjadi salah satu sumber kekayaan negara yang menyumbang kepada keluaran Dalam Negara Kasar tahun 2020. Menurutnya, sebanyak RM2.38 bilion setahun dapat dijana jika industri ini dijalankan dengan serius. Pelan ini bertujuan menyediakan satu jadual pembangunan jangka panjang demi memperkasakan industri ini ke taraf antarabangsa. Pelan pembangunan ini adalah hasil daripada usaha pelbagai pihak termasuk MOA, MARDI, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Akademi Kelulut Malaysia (AKM) selain pemain industri.

Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
YB Datuk Seri Salahuddin juga berkata lebah kelulut adalah sejenis madu berkualiti tinggi malah lebih baik daripada madu manuka dari New Zealand kerana kandungan khasiat yang unggul di dalam. Ini adalah hasil kajian daripada Universiti Malaysia Terengganu sejak 10 tahun lalu.
Sehingga kini, katanya, terdapat kira-kira 712 penternak lebah kelulut yang berdaftar dengan MOA menghasilkan 133 tan madu kelulut setahun. Jumlah hasil ini dipercayai juga datang dari penternak yang belum berdaftar dengan kementerian. Kini Malaysia menghasilkan sejumlah RM19.27 juta madu kelulut yang hanya merangkumi 1 % sahaja daripada kemampuan sebenarnya industri ini. Keadaan ini menyatakan bahawa industri ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk berkembang seterusnya.

Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com