You are currently viewing Peninjauan Faktor-Faktor Yang Menurunkan Kadar Perahan Minyak (OER) Kelapa Sawit

Peninjauan Faktor-Faktor Yang Menurunkan Kadar Perahan Minyak (OER) Kelapa Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Kadar perahan minyak sawit (oil extraction rate, OER) sesungguhnya satu topik penting kepada pengusaha tanaman sawit kerana ia melibatkan kadar pendapatan mereka. Pada hakikat, persoalan OER kebangsaan yang menurun telah dibincangkan pada tahun 90-an oleh para penyelidik dalam satu seminar (1993 National Seminar on Palm Oil Extraction Rate : Problems and Issues, Ariffin & Jalani, 1994). Topik-topik berkenaan melibatkan cuaca, taburan hujan, pencemaran Dura, pembajaan, standard penuaian buah sawit, masalah buah relai, umur pokok, operasi kilang sawit dan sebagainya telah dibentangkan.

Dalam seminar tersebut, secara umumnya diakui bahawa penurunan OER yang berpunca daripada pihak kilang minyak sawit berada pada tahap yang boleh diterima menyatakan ia bukanlah faktor utama. Sebaliknya masalah kekurangan buruh ladang yang menyebabkan penurunan produktiviti penuaian buah tandan segar dan juga pengutipan buah relai sawit adalah faktor yang tidak boleh dipandang ringan.

Sungguhpun demikian, adalah tidak menyeluruh sekiranya menumpukan perhatian terhadap permasalah tersebut semata-mata pada aspek tenaga buruh sahaja kerana tentu adanya faktor-faktor lain yang berkaitan dengan OER. Oleh yang demikian, hasil kajian daripada para penyelidik Sime Darby Plantation antara tahun 1988/89-1995/96 boleh dijadikan rujukan supaya memahami faktor-faktor lain yang sanggup mempengaruhi OER.

1. Pengaruh Standard Penuaian Buah Sawit

Jumlah hari berselang merupakan komponen penting dalam standard atau piawai penuaian buah tandan sawit. Adakah pembaikan aspek ini mampu meningkatkan OER? Menurut kajian tersebut, pemendekan hari selangan penuaian buah tandan sebaliknya telah menurnkan OER iaitu antara 1989/90 1991/92 yang menggunakan selangan hari 13.4 hari itu masing-masing memperolehi OER 19.73%, 19.50% dan 19.20% tetapi sudah menurun kepada 19.05% dan 18.99% selepas selangan hari dipendekkan kepada 11.2 hari (sila lihat jadual 1). Peningkatan buah relai di permukaan tanah kelihatan berkaitan dengan penurunan OER walapun kadar pengaruh itu tidak besar.


2. Pengaruh Pencemaran Dura

Dura adalah baka sawit yang kandungan minyaknya lebih rendah sebanyak 30% berbanding baka Tenera. Pencemaran Dura bermaksud dalam rantai pembekalan bahan tanaman sawit kepada pengusaha tanaman itu terdapat baka Dura di dalam. Kadar pencemaran Dura didapati telah meningkat selepas tahun 1981 apabila kumbang pendebunga E. Kamerunicus diperkenalkan kepada ladang sawit di seluruh Malaysia. Buah tandan Dura pada amnya bersaiz lebih besar menyebabkan buah sawit di bahagian dalaman dan luaran tidak masak secara konsisten. Faktor ini dipercayai telah menyebabkan OER menurun.

Dalam kajian yang sama, data antara tahun 1981 – 1991 menunjukkan kadar pencemaran Dura bagi pokok sawit ditanam sebelum tahun 1981 amatlah rendah. Penanaman selepas tahun 1981 pula menunjukkan kadar pencemaran yang meningkat sehingga mencatat paras tertinggi iaitu 12.5% pada tahun 1986 – 1988. Selepas gejala ini dimaklumbalaskan kepada pihak pengeluar bahan tanaman sawit, kadar pencemaran Dura berjaya diturunkan ke paras 1.4% pada tahun 1991.

Melalui analisis pemerahan minyak daripada sejumlah 1.46 juta tan buah tandan segar pada tahun 1993/94 yang mana 2/3 jumlah itu datang dari ladang Sime Darby sendiri yang mana 30% itu berasal daripada pokok sawit ditanam antara tahun 1981-1991 yang mempunyai kadar pencemaran Dura sehingga 7.31%. Bagaimanapun, 70% pokok pula ditanam sebelum 1981 hanya dengan kadar pencemaran Dura yang amat rendah. Secara purata, kadar pencemaran Dura tersebut ialah 2.2%.

Dengan andaian perbezaan OER di antara Tenera dan Dura adalah 5%, maka 2.2% pencemaran Dura dianggarkan telah menyebabkan penurunan OER sebanyak 0.11%. Jika kadar ini digabungkan dengan kadar penurunan OER 0.25% yang berasal dari 1/3 jumlah buah tandan daripada ladang bukan Sime Darby dengan kadar pencemaran Dura lebih tinggi sehingga 4.96%, maka purata besar kadar pencemaran Dura yang setakat 0.15% dianggap bukan faktor penting dalam penurunan OER pada masa itu.

  

3. Pengaruh Umur Pokok

Kandungan minyak buah tandan segar pokok sawit berumur 25 tahun dianggarkan sebanyak 20% dan ke bawah manakala bagi pokok matang pula adalah lebih tinggi iaitu lebih kurang 25%. Bagaimanapun, ini adalah angka O/B, iaitu OER di peringkat makmal yang tidak melibatkan kehilangan OER semasa pungutan hasil atau semasa perahan minyak di kilang. Antara sebab yang dikenal pasti ialah buah sawit dalam buah tandan segar daripada pokok tua tidak masak secara konsisten.

Selain itu, nisbah mesocarp basah kepada buah tandan juga menurun mengikut lanju- tan umur pokok sawit kerana isirung sawit akan bertambah besar apabila umur pokok semakin meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan isipadu mesokarp menjadi kecil selanjutnya mengurangkan kandun- gan minyaknya.


Mengikut kajian, jumlah buah sawit dalam buah tandan adalah lebih kurang sama di semua peringkat umur pokok sawit menyatakan aspek ini tidak mem- beri pengaruh terhadap OER. Kajian awal juga mendapati kandungan minyak dalam mesokarp buah tandan daripada pokok muda adalah lebih tinggi dari- pada pokok tua.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Dalam kajian yang sama, sudah dikenal pasti bahawa umur pokok yang semakin meningkat menunjukkan penurunan OER secara songsang (sila lihat rajah 1) iaitu peningkatan setiap tahun umur pokok, OER akan menurun lebih kurang 0.25%. Berasaskan penemuan ini, maka punca penurunan OER antara tahun 80-90-an dapat diketahui iaitu dalam tempoh masa tersebut, kebanyakan pokok sawit adalah ditanam pada tahun 60-an yang walaupun mempunyai saiz buah tandan segar yang lebih besar, tetapi kandungan minyaknya sudah menurun akibat penuaan pokok.


4. Pengaruh Suasana Sekitaran

Tanaman sawit di Malaysia ditanam sama ada di kawasan pedalaman atau pesisir pantai yang mempunyai sedikit sebanyak perbezaan dari segi cuaca setempat dan juga taburan hujan tahunan. Apakah kaitan aspek ini dengan OER ? Pada hakikat, OER boleh berbeza mengikut sifat tanah, cuaca serta aspek biologi tanah dan sebagainya.

Dalam kajian itu, didapati bahawa buah tandan di kawasan pedalaman mempunyai jumlah buah sawit yang lebih banyak manakala buah tandan di kawasan pesisir pantai mempunyai kandungan minyak yang lebih tinggi di bahagian mesokarp basah buah sawit. Penemuan ini diperolehi melalui analisis buah tandan untuk 8.5 tahun pertama selepas pokok sawit memasuki tempoh matang dengan berdasarkan pokok-pokok sama baka supaya mengelakkan sebarang kemusykilan yang mungkin wujud daripada campuran baka sawit. Misalnya, Dura dan Tenera sudah jelas mempunyai OER yang berbeza.

Analisis itu telah menunjukkan OER buah tandan daripada kawasan pedalaman dan pesisr pantai sama-sama meningkat pada 1.5 tahun pertama, kemudian stabil untuk 2.5 tahun seturutnya, selanjutnya mulai menurun sehingga tahun 1993 walaupun terdapat sedikit peningkatan kembali pada tahun 94/95.

Berdasarkan analisis O/B (oil to bunch), iaitu OER di peringkat makmal, aspek OER bagi buah tandan di kedua-dua kawasan pedalaman dan pesisir pantai adalah dipengaruhi terutamanya oleh kandungan minyak dalam mesokarp basah buah sawit (oil to wet mesocarp, O/WM) diikuti oeh jumlah buah sawit (fruitlets) dalam buah tandan, akhirnya barulah pengaruh daripada nisbah mesokarp basah dalam buah sawit (wet mesocarp to fruit, WM/F).

Seterusnya didapati bahawa kandungam minyak dalam mesokarp buah sawit di kawasan pesisir pantai menunjukkan trend meningkat iaitu berbeza dengan keadaan di kawasan pedalaman yang mana OER sudah mulai menurun secara sederhana selepas mencapai paras tertinggi pada tahun ketiga. Daripada sini, boleh disimpulkan bahawa sememangnya terdapat perbezaan OER di antara kedua-dua kawasan penanaman tersebut. Perbezaan ini mungkin disebakan oleh aspek keseimbangan antara nutrien magnesium, kalium dan nitrogen sebagaimana pernah dilaporkan (Foster et al, 1988; Zin et al. 1994; Chew, 1996). Namun begitu, kajian lebih mendalam terhadap perkara ini masih diperlukan supaya mewujudkan kaedah pembajaan yang sesuai untuk aspek ini demi memanfaatkan pihak-pihak berkepentingan.

Huraian tersebut menampilkan satu fakta penting iaitu kandungan minyak mesokarp adalah faktor utama yang menentukan kadar OER berbanding dengan dua faktor lain seperti disebutkan tadi. Seterusnya, keadaan ini memberi implikasi bahawa kualiti mesokarp mungkin lebih penting penting daripada daripada kuantiti (isipadu) mesokarp dalam aspek OER dengan kata lain pemupukan kualiti mesokarp supaya mengandungi minyak lebih tinggi adalah lebih penting daripada pemupukan buah sawit yang lebih besar saiz atau lebih banyak kuantiti. Bagaimanapun, ini hanya pandangan peribadi daripada pengarang.

5. Pengaruh Taburan Hujan

Taburan hujan juga mempengaruhi OER. Dalam kajian tersebut, taburan hujan yang lebih rendah daripada paras purata antara bulan Jun hingga September 1993 telah menyebabkan penurunan OER 2 bulan selepas itu. Selanjutnya taburan hujan yang baik pada bulan Oktober hingga Disember 1993 pula meningkatkan OER selepas 2 bulan itu. Namun begitu, OER mengalami batasan pada bulan November 1993 dan bulan Mac & November 1994 akibat taburan hujan yang tinggi menyebabkan buah sawit banyak melerai ke lantai dan juga peningkatan kandungan air dalam buah tandan.

Di Negeri Sabah, gejala kadar pembentukan buah sawit yang kurang baik di antara bulan April hingga Ogos pernah dilaporkan sebagai kesan daripada taburan hujan yang tinggi (>400mm/bulan) serta banyak hari berhujan selama melebihi 2 bulan berturut-turut. Keadaan ini diburukkan lagi oleh pengurangan aktiviti kumbang pendebunga pada hari berhujan serta pengurangan viabiliti debunga dalam mayang jantan akibat penjejasan oleh air hujan. Apabila kesan pendebungaan menurun, ia akan menurunkan kualiti buah kualiti buah tandan termasuk penurunan OER.

Bahan rujukan :

1. Ho Chai Yee et al, “Effects of Harvesting Standards, Dura Contamination, Palm Age and Environmental Differences on Recent Oil Extraction Rates”, 1996 PORIM International Palm Oil Congress, PORIM, 1996, hal. 221-237.
2. Ariffin Darus & Jalani, B. S. (1994), Proceeding of National Seminar on Palm Oil Extraction Rate: Problems and Issuess. Palm Oil Research Institute of Malaysia: Kuala Lumpur, 146pp.
3. Chew, P. S. (1996). Industry’s Low OER Problems, Impact, Outlook and Implications. The Planters, 72:pp 274-290.
4. Foster, H.L.; Mohd Tayeb Dolmat & Gurmit Singh (1988). The Effect of Fertilisers on Oil Palm Bunch Components in Peninsular Malaysia. Proceedings of 1987 International Oil Palm Conference-Progress and Prospects. PORIM/ISP: Kuala Lumpur, pp 294-304.
5. Ho, C. Y. (1994). Climatic Effects on Oil Extraction Ratios. Proceedings of National Seminar on Palm Oil Extraction Rate: Problems and Issues. Palm Oil Research Institute of Malaysia: Kuala Lumpur, pp. 36-52.
6. Tan, Y.P., Mukesh, S & Ho, Y. W (1995), Oil Palm Planting Material-Current and Future Trend in Malaysia. Paper Presented at the 1995 PORIM International Oil Palm Conference-Technologies in Plantation “The Way Forward”.
7. Wood. B.J. (1988). Batch Processing to Benchmark Yield Potential of Commercial Plantings. Ebor Research-Sime Darby Plantations (unpublished).
8. Zin, Z.Z. Hamdan, A.B. & Gurmit, S. (1994). Palm Oil Extraction Rates in Peninsular Malaysia: The Effect of Fertilizers. Proceedings of National Seminar on Palm Oil Extraction Rate: Problems and Issues. PORIM, Kuala Lumpur. Pp. 91-96.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sila kongsi kepada kawan :