
Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Sambungan dari : Penanaman Jagung Bijian Di Malaysia Cabaran Dan Hala Tuju (Bahagian 1/2)
5. Kos Pengeluaran yang Tinggi
Peningkatan harga barangan khasnya baja dan racun pertanian serta tenaga buruh sudah meningkatkan kos pengeluaran jagung bijian. Kawasan kurang 10 hektar dianggap bukan skala ekonomi untuk tanaman ini kerana mekaniasi tidak dapat dijalankan dengan optimum. Tanaman jagung bijian adalah perumah kepada banyak penyakit dan perosak. Sebarang serangan akan meningkatakan kos pengeluaran malahan membawa kerugiuan kepada petani. Kos penuaian dan lepas tuai adalah antara dua kos pengeluaran yang tinggi di bidang penanaman ini. la memerlukan penggunaan jentera penuaian yang sesuai dengan keluasan dan juga corak penuaian yang boleh mengurangkan peratus kehilangan hasil. Kos penuaian dianggarkan RM450/ha. Kos lepas tuai termasuk kos pengeringan adalah sebanyak RM130/ha menggunakan kaedah pengeringan dipanggil mobile dryer.
6. Penerimaan Petani dan Swasta
Sehingga kini, terdapat 4 syarikat swasta dalam penanaman dan pengeluaran jagung bijian, masing-masing dengan keluasan 35 ha, 11.5 ha, 65 ha dan 15 ha. Mereka mengakui bahawa tiada keupayaan untuk membangunkan kemudahan pengeringan dan penyimpanan yang kualitinya setanding dengan syarikat pengeluar jagung bijian di dunia. Kemudahan pengeringan dan penyimpanan yang berkualiti sangat penting supaya kualiti jagung bijian yang dituai kekal berada pada tahap terbaik sebelum diproses menjadi makanan ternakan.
Satu lagi isu ialah petani didapati tidak berminat lagi meneruskan penanaman ini. Hasil mereka kini di sekitar 3 – 4 tan/ha manakala harga jualan jagung bijian ialah RM1.30/kg. Jika tiada harag lantai disediakan dan jaminan pasaran tidak kukuh, petani tidak berani mengambil risiko meneruskan pengusahaan ini.
Bantuan atau insentif tidak disediakan juga salah halangan kepada petani untuk terus kekal di bidang ini. Meeke mambandingkan tanaman jagung manis dengan jagung bijian, tempoh matang sehingga 110 hari bagi jagung bijian sedangkan jagung manis hanya memerlukan 70 75 hari untuk matang di samping harga pasaran yang lebih stabil merupakan tarikan lebih besar kerana lebih menguntungkan berbanding penanaman jagung bijian.
Proses penanaman jagung bijian memerlukan kemudahan pengeringan dan penyimpanan. Ketiadaan kemudahan ini menyukarkan pengembangan sektor ini kerana petani tidak mampu menanggung kos tambahan untuk pengeringan dan penyimpanan sebelum boleh dijual. Malahan, tidak ada ladang benar-benar berjaya untuk dipelajari atau diteladani justeru lebih baik menjauhkan diri dari sektor penanaman ini.
7. Rantaian Pasaran
Rantaian pasaran merupakan satu proses lengkap yang diperlukan bagi memajukan indusri jagung bijian. Beberapa masalah sudah dikenal pasti dalam kajian seperti berikut :
A) Tiada polisi kerajaan secara berstruktur dalam industri bijian.

Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
B) Tiada penetapan dana untuk pengimport / feed millers membeli hasil jagung bijian dalam negara. Tanpa dasar penetapan pembelian jagung bijian dalam negara menyebabkan pengilang mungkin akan mengimport sepenuhnya jagung bijian dari luar. Oleh itu, dasar pembelian jagung bijian tempatan hendaklah diwujudkan sebelum pengimport boleh mengimportnya dari luar negara bagi menjaga kepentingan petani tempatan.
C) Harga pasaran jagung bijian tempatan yang kurang stabil.
D) Tiada syarikat ulung di bidang ini biarpun setakat ini ada 2 syarikat swasta bergiat di bidang ini, namun keluasan penanaman mereka masih kurang mantap berbanding syarikat antarabangsa di bidang ini.
E) Tiada pusat pengumpulan jagung bijian yang strategik dan jarak kawasan tanaman jagung bijian dengan kilang pemprosesan makanan ternakan berjauhan di antara satu sama lain. Sebagai contoh, di Sabah ada petani mengusakan tanaman ini seluas 25 hektar secara kelompok di Keningau. Seleas tuaian, mereka terpaksa menaggung kos logistik sebanyak RM700/lori (3 tan) bagi perjalanan dari keningau di Tenom kerana pusat pengeringan berada di Tenom. Masalah logistik ini mengakibatkan petani tidak ingin meneruskan penanaman ini selepas satu musim bertanam.
F) Petani tidak didedahkan dengan rantaian pasaran yang lengkap dalam penanaman jagung bijian.
Mengenai hala tuju industri jagung bijian ini, sebenarnya banyak perkara perlu diambil perhatian malah dikaji semula. Selain masalah tanah dan cuaca, kesanggupan petani terus kekal di bidang ini merupakan akar umbi kepada pembangunan jagung bijian. Justeru itu, pihak penyelidik MARDI menyarankan insentif pengeluaran jagung bijian sebanyak RM1/kg. Cadangan ini diyakini tepat pada tempatnya memandangkan kos pengeluaran semakin tinggi di sebalik pengeluaran yang rendah supaya petani terus kekal dalam industri ini.
Sebagai contoh, purata hasil semasa ialah 4 tan/ha dengan kos pengeluaran RM7,900/ha. Maka hasil bijian jagung yang diperolehi petani ialah RM6,000. Pendapatan ini merugikan petani. Dengan adanya insentif, petani boleh mendapat tambahan pendapatan RM4,000 menjadikan keseluruhan RM10,000 semusim. Insentidf ini adalah motivasi kepada petani supaya dapat menjalankan penanaman secara konsisten untuk jangka masa panjang. Jika pengeluaran petani dapat ditingkatkan kepada 8 tan/ha, maka insentif ini boleh dikaji semula.
Demi melindungi kebajikan petani, harga lantai RM1.20/kg disyorkan kepada petani kerana mereka bersusah payah mengeluarkan jagung bijian untuk keperluan industri ternakan amnya.
Harga lantai ini hanya perlu sekiranya harga jagung bijian sedunia jatuh ke bawah tahap RM1.20/kg. Jika harga dunia RM1.00/kg, maka kerajaan perlu menambah RM0.20/kg kepada petani.
Kerajaan juga perlu mewartakan pelaksanaan undang-undang membeli balik jagung bijian tempatan sebelum dibenarkan syarikat mengimport dari sumber luar negara. Dasar ini penting bagi mewujudkan kitaran permintaan dan pengeluaran jagung bijian di pasaran domestik dan secara perlahan-lahan ia akan mewujudkan industri jagung bijian yang kukuh dan berdaya saing tinggi. Pada hakikat, sokongan kerajaan sangat penting melalui penetapan polisi yang mesra terhadap industri ini.
Tambahan, pusat pengumpulan dan pengeringan di tempat strategik hendaklah diwujudkan oleh kerajaan kerana kemudahan seperti ini bermodal tinggi dan hanya mampu ditanggung oleh kerajaan. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga harus memainkan peranan lebih penting dalam pembangunan industri ini kerana mereka mempunyai kesanggupan kewangan untuk menjalankan penanaman secara komersial.
Sumber maklumat :
Mohd Syauqi Nazmi et al., “Penilaian Penanaman Jagung Bijian Di Malaysia, Pusat penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisines, MARDI.

Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336