Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Daun pokok pisang lebar dan lembut, justeru menjadi tarikan kupu-kupu Erionota thrax L. untuk bertelur di permukaan kemudian menetas dan membentuk larva penggulung daun. Larva ini mengerat dan menggulung daun untuk membentuk kelongsong kemudian bersembunyi di dalam kelongsong itu sehingga menjadi kepompong. Ketika di dalam, ia akan mengunyah daun dan dijadikan sumber makanan. Serangan jika berlaku dengan serius, maka daun-daun pokok akan habis dimakan, yang tinggal hanyalah tulang daun kelihatan pada pokok.

Mengutip kelongsong daun dan musnahkan larva dan kepompong di dalam adalah amalan biasa oleh pekebun semasa memantau kebun mereka. Ada kala larva akan dimakan oleh pemangsanya seperti burung atau oleh sejenis parasitoid telur yang dikenali sebagai Ocencyrtus. Semburan racun serangga juga digunakan apabila perlu seperti trichlorfon (contoh: Dipterex, 20g/10 liter air) disembur pada daun.
Selain serangga perosak ini, terdapat sejenis serangga lain turut merosakkan daun muda pokok pisang. Serangga ini ialah ulat ratus yang juga menyerang tembikai, tembakau dan kubis. Ulat ratus dilahirkan oleh kupu-kupu Spodoptera litura dan merupakan perosak sangat ganas memakan daun pisang. Dalam beberapa hari sahaja, lai daun hanya tertinggal rangka sahaja. Hasil akan terjejas apabila kebanyakan daun sudah dimakan kerana kehilangan fungsi fotosintesis.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Sedangkan virus nucleopolyhedrosis adalah agen kawalan biologi semula jadinya, pekebun mungkin lebih gemar mengawalnya dengan racun serangga yang terdiri daripada fenvalerate (contoh: Sumicidin, 15 ml/10liter air), trichlorfon (contoh : Dipterex 95, 20g/10 liter air) atau cartap hydrochloride (contoh: Padan, 10g/10 liter air) disembur bergilir-gilir selang 7 hari pada daun.
Sumber maklumat :
Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-buahan Tropika Malaysia, 2008, MARDI.
FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com










