30 tahun yang lalu, pengembangan kawasan tanaman sawit yang cepat telah memacu pengusaha tanaman beralih ke tanah gambut untuk bertanam. Melalui aplikasi teknologi baru, tanah gambut sudah berjaya menjadi tanah yang sesuai untuk tanaman sawit biarpun kos pembangunannya lebih tinggi daripada pengendalian di tanah mineral.
Sehingga tahun 2016, kawasan sawit di tanah gambut di Malaysia telah mencecah 666,308 ha. Sarawak merangkumi keluasan 437,174 ha, Sabah 21,406 ha dan Semenanjung Malaysia 207,458 ha. Ekologi kawasan gambut yang seimbang sebelum ini telah diusik dan menyebabkan berlakunya pelbagai kejadian serangan perosak serangga (ulat pemakan daun, anai-anai, ulat bungkus, kumbang dan sebagainya) serta juga serangan tikus. Tirathaba mundella iaitu sejenis kupu-kupu juga wujud sebagai salah sejenis perosak utama di ladang bertanah gambut. ini membiak di jambak bunga betina dan jantan serta buah tandan kemudian menjalankan kerosakan sehingga kerugian 50% hasil tanaman pernah dilaporkan.
Serangan serangga ini ke atas pokok sawit baru matang amnya lebih berleluasa khasnya apabila buah tandan telah masak dan tidak dituai. Di peringkat ini, jika buah tandan tidak didebungakan secara sempurna, pembesaran buah akan terbantut kemudian reput. Keadaan ini juga salah satu faktor yang menarik kedatangan Tirathaba mundella. Buah tandan yang sudah diserangi mungkin akan gugur. Walaupun kitaran hidup serangga ini hanya bertempoh satu bulan tetapi larvanya boleh makan buah sawit sehingga 14 – 17 hari berturut-turut justeru merupakan sejenis perosak yang tidak boleh dipandang rendah.
Peladang amnya menyingkirkan buah tandan awalan sebulan sekali apabila pokok berumur 12 – 18 bulan. Langkah ini bertujuan mencegah serangan Tirathaba mundella di samping juga percaya langkah ini akan memupuk tumbesaran pokok. Hasil satu kajian telah menafikan kebolehan langkah ini menyekat serangan seterusnya oleh serangga ini.
Kajian ini dilakukan di Sarawak. Ladang kajian tersebut seluas 314.68 ha dengan pokok di bawah 5 tahun. Di peringkat umur 20 bulan, 21.5 bulan dan 23 bulan, 3 pusingan pembuangan jambak bunga betina dan buah tandan awalan telah dijalankan. Kajian ini juga menyediakan satu plot yang tidak dibuang apa-apa daripada pokok untuk tujuan perbandingan.
Hasil pengumpulan data pada setiap 2 bulan selepas pembuangan jambak bunga betina dan buah tandan awalan untuk 3 pusingan mendapati kadar serangan meningkat lebih tinggi mencatatkan 41.63% di peringkat 20 bulan selepas ditanam, 13.24% di peringkat 21.5 bulan selepas ditanam dan 7.68% di peringkat 23 bulan selepas ditanam. Jika dibandingkan dengan kadar serangan di plot kawalan masing-masing yang pada 17.21%, 4.78% dan 4.55%, jelas kelihatan langkah pembuangan jambak bunga betina dan buah tandan awalan tidak mendatangkan kesan.
Tambahan, bancian ke atas populasi larva di plot yang sudah dirawat juga lebih tinggi berbanding plot kawalan. Umpamanya, plot rawatan mencatatkan 28.68 ekor larva selepas 20 bulan ditanam berbanding plot kawalan yang hanya pada 12.84 ekor, iaitu kelebihan 123.44%.
Sebagai rumusan, hasil kajian ini menunjukkan 3 pusingan pembungaan jambak bunga betina dan buah tandan awalan tidak dapat menurunkan kadar serangan di ladang. Oleh yang demikian, langkah lain perlu juga diambil serentak untuk mengawal perosak ini seperti penggunaan racun serangga.
Sumber maklumat :
Su Chong Ming et al., “Field Ablation As Cultural Control For Bunch Moth Tirathaba mundella Infestation In Young Mature Oil Palm”, Journal of Oil Palm Research Vol. 28 (4) December 2016 p. 463-470.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336