You are currently viewing Penyakit Layu Hujung Pelepah Muda Mengurangkan Hasil Sawit

Penyakit Layu Hujung Pelepah Muda Mengurangkan Hasil Sawit


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Penyakit layu hujung pelepah muda (wither tip disease) adalah kejadian yang pernah dikesan di Sumatera, Malaysia, Ecuador, Columbia dan Costa Rica. Ia bukan penyakit biasa ditemui tetapi adalah kejadian terdapat di merata tempat. Pada amnya, kadar kejadian penyakit ini adalah di bawah 1% tetapi dalam progeni tertentu kejadian mungkin setinggi 5%. Pokok berumur 8 tahun ke atas lebih mirip menghidapi penyakit ini. Dalam sesetengah keadaan, ia adalah kejadian lanjutan daripada penyakit jemala (crown disease), cuma pelepahnya tidak bengkok seperti yang terjadi pada penyakit jemala.

Penyakit layu hujung pelepah muda walaupun tidak menyebabkan kematian pokok tetapi gejala tersebut akan wujud untuk jangka masa yang panjang. Namun begitu, juga terdapat pokok sakit yang telah pulih daripadanya. Oleh kerana penyakit ini menyebabkan jumlah dan keluasan daun pokok semakin kurang, maka kadar fotosintesis turut menurun dan selanjutnya mengganggu pertumbuhan pokok kemudian mengurangkan hasilnya pula.

Simtom pertama penyakit ini bermula dengan reputan pada hujung pelepah muda yang masih belum berkembang. Bahagian reputan nampaknya basah serta berwarna hitam coklat dan dihinggapi oleh fungi serta mikroorganisma termasuk spora fusarium. Perkembangan pelepah muda selanjutnya menunjukkan 1/2 atau 1/3 daripada pelepah tersebut ketiadaan lai daun di bahagian rakis akibat reputan sebelum ini. Proses reputan akan berhenti apabila pelepah semakin matang. Bahagian rakis yang reput akan terus kering dan layu, kemudian gugur ke permukaan tanah apabila ditiup angin.

Saiz jemala pokok dan kecergasannya akan berkurangan jika gejala penyakit berlanjutan. Kerosakan lai daun ditambah pula dengan ketiadaan buah tandan tumbuh di aksil pelepah, pelepah akan tumbuh secara lebih condong ke atas dan bersifat kaku, jemala pokok pula berimbun menyerupai simptom kegagalan pokok (plant failure).

Menurut kajian ke atas bahagian jangkitan, didapati fungi fusarium wujud di situ dan telah di kenal pasti sebagai agen patogennya. Spesis fusarium ditemui di situ ialah F. oxysporum dan F. solani. Oleh kerana penyakit layu hujung pelepah muda dianggap sama dengan penyakit patch yellow yang pernah dikesan di Afrika, justeru itu ia dikategorikan sebagai penyakit genetik. Sesetengah progeni dura x tenera di Sumatera mirip mengakibatkan penyakit ini, secara langsung atau tidak, menerangkan kaitan di antaranya. Maka, kejadian penyakit ini boleh dicegah dengan cara tidak menggunakan bahan tanaman berkenaan dalam proses pembiakbakaan.


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my

Penyakit layu hujung pelepah muda tidak akan merebak dari pokok ke pokok tetapi boleh merebak dari pelepah ke pelepah pada pokok yang sama melalui sentuhan pelepah dijangkit dengan pelepah sihat. Hinggapan spora yang dibawa oleh aliran air hujan atau angin juga akan mencetuskan kejadian. Walau bagaimanapun, reputan secara amnya hanya terhad pada bahagian hujung pelepah muda sahaja kerana tindihan jarang berlaku antara pelepah yang sedang berkembang.

Rawatan

Penyakit ini boleh dipulih semula dengan cara memotong dan membuangkan bahagian- bahagian reputan, kemudian dirawat dengan ubat fungi seperti thiabendazole (0.1% Thibenzo) secara semburan. Cara ini didapati memberi kesan positif. Walaupun begitu, aspek genetik penyakit ini akan mengurangkan keberkesanan rawatan fizikal. Memandang kos rawatan fizikal adalah tinggi dan juga tidak ekonomi. pokok sakit tenat dicadangkan supaya diracun dan dibuang bagi menyediakan ruangan lebih besar kepada pokok-pokok sekeliling supaya tumbuh dan berbuah dengan lebih baik.

 

Sumber maklumat :

P. D. Turner, Oil Palm Diseases and Disorders, Oxford University Press, 1981.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com