Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Lebih 90 buah negara di dunia menanam kelapa membabitkan jumlah keluasan 12 juta hektar. Di antaranya, 35 buah negara menanam kelapa secara komersial. Di Malaysia, kepentingan kelapa berkedudukan ke-4 selepas sawit, getah dan padi. Malaysia merupakan pengeksport kelapa ke-10 di dunia.
Pada tahun 2020, jumlah keluasan kelapa di Malaysia ialah 85,630 ha. Jumlah pengeluaran pula 541,972 metrik tan. Sektor pekebun pekebun kecil merangkumi 95% keluasan (80,887 ha) dengan pengeluaran 471,351 metrik tan atau bersamaan 87%. Sektor estet hanya merangkumi keluasan 4,743 ha (5%). Justeru itu, industri kelapa Malaysia masih dikuasai oleh sektor pekebun kecil.
Tahun 2019 Malaysia mengeksport kelapa berjumlah RM 58.42 juta tetapi import kelapa lebih tinggi sehingga RM 231 juta. Senario ini menyatakan permintaan domestik terhadap kelapa sangat tinggi. Kini, Malaysia masih memerlukan 200,000 metrik tan kelapa setiap tahun untuk menampung keperluan industri.
Menurut sumber, 63% pengeluaran kelapa dalam negara digunakan oleh industri tempatan dalam pembuatan produk kelapa. Keseluruhan permintaan kelapa dalam negara mencatatkan 625,800 metrik tan tetapi bekalan dalam negara hanya dapat memenuhi 88%. Keadaan ini menyebabkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia terpaksa membenarkan import kelapa bagi menampung permintaan domestik.
Pada suatu ketika lalu, industri kelapa mengalami trend yang menyusut, ramai pekebun menukar ke tanaman lain akibat harga kelapa yang rendah. Namun, keadaan semasa ini memperlihatkan minat pekebun terhadap kelapa sudah meningkat. Ramai pekebun berminat menanamnya kerana adanya baka katek yang berhasil tinggi serta mampu menggandakan pendapatan mereka. Walau bagaimanapun, beberapa isu berikut perlu ditangani dahulu sebelum industri ini boleh diperkasakan.
1. Harga kelapa segar tempatan lebih mahal daripada kelapa import. Pemain industri lebih gemar membeli kelapa import atas sebab ini. Perkara ini disebabkan oleh penanaman dalam negara adalah berskala kecil justeru sukar menandingi ladang besar di negara lain. Keadaan sedemikian akhirnya menjurus pekebun tempatan terpaksa menjual kelapa mereka dalam bentuk segar untuk pasaran air kelapa.
2. Kebanyakan pekebun tempatan sudah berumur tinggi serta menanam baka pokok tinggi. Purata hasil buah bagi pokok tinggi hanya 7,000 biji/tahun. Ramai pekebun kelapa terdesak oleh kemiskinan lalu menukar ke tanaman lain khasnya sawit. Disebabkan oleh kemiskinan, mereka kurang mampu membaja dan seterusnya menurunkan produktiviti. Petani kelapa secara purata memiliki tanah dalam keluasan 1.0 – 2.5 ha. Keluasan ini hanya mendatangkan pendapatan RM500/bulan. Jika mereka menanam kelapa Matag, hasil purata ialah 25,000 buah/ha/tahun dan akan menyediakan pendapatan RM1,500/bulan.
3. Sehingga tahun 2019, baka pokok tinggi merangkumi 92.2% daripada jumlah keluasan kelapa dalam negara manakala kelapa Matag hanya merangkumi 4.3%, Mawa 1.7%, kelapa pandan 1.7% dan Malayan Dwarf 0.2%. Baka pokok tinggi hanya mula berhasil selepas 6 – 7 tahun ditanam. Hasilnya juga lebih rendah berbanding baka katek. Buah Malayan Dwarf pula bersaiz kecil justeru kurang diminati oleh penanam. Baka Matag F1 kekurangan anak benih di pasaran. Satu anak benih Matag kini dijual pada harga melebihi RM60/pokok malahan perlu menunggu lama untuk mendapatkannya.
Anak benih Malayan Dwarf (MYD & MRD) walaupun hanya dijual RM10/pokok serta berhasil tinggi, tetapi isinya nipis justeru kurang diminati penanam. Baka Matag paling digemari oleh penanam ekoran buahnya lebih besar dan isi juga lebih tebal justeru sesuai untuk prosesan minyak kelapa, minyak kelapa dara serta santan, malahan untuk pasaran air kelapa juga sesuai. Malangnya bekalan bahan tanaman untuk Matag sangat kurang di pasaran.

Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
4. Kos penanaman baka terkini meningkat dengan ketara menyebabkan niat pekebun untuk menanam kelapa terpadam. Kos tersebut hanya RM5,577.00 pada tahun 2011, tetapi meningkat melebihi RM8,000/ha pada tahun 2018.
Pihak kementerian telah membentangkan kertas untuk memperkasakan industri ini dalam kabinet tahun 2018. Biarpun kelapa bukan buah nombor satu di Malaysia, tetapi oleh kerana ia mempunyai pelbagai fungsi justeru dipandang berat oleh kerajaan sebagai tanaman berpotensi meningkatkan pendapatan petani. Langkah-langkah berikut telah diambil untuk tujuan tersebut.
1. Tanam semula dan memulihara kebun kelapa terbiar. Kerajaan telah memperuntukkan RM 50 juta dalam bajet 2020 untuk membantu pekebun membeli anak benih, baja dan racun dalam rancangan tanam semula mereka. Kerajaan juga menyediakan 6 kebun tauladan berjumlah 20.15 ha sebagai tempat pembelajaran teknik agronomi yang betul kepada mereka yang ingin menanam semula atau menanam baru kelapa. Sementara itu, kebun kelapa terbiar dan kebun pokok tua dikenal pasti untuk dipulihara atau ditanam semula dengan kadar segera. Input pertanian dibekal untuk tujuan ini bagi meningkatkan produktiviti pokok.
2. Kerajaan bercadang agar menghasilkan satu juta anak benih berkualiti menjelang tahun 2020 bagi menampung permintaan tempatan. Untuk menjayakan misi ini, kerajaan menerusi MARDI Hilir Perak akan menggunakan ladang pengeluaran bahan tanaman seluas 3.1 ha bagi menghasilkan 30,000 anak benih berkualiti. Jumlah anak benih ini cukup untuk membangunkan ladang bahan tanaman seluas 500 ha. Selanjutnya pada tahun 2023, pasaran tempatan akan mempunyai satu juta anak benih kelapa berkualiti untuk ditanam di kebun masing-masing.
3. Kerajaan juga menggalakkan pekebun menjalankan integrasi antara kelapa dan tanaman lain khasnya koko di kebun mereka. Projek integrasi mampu menjana pendapatan tambahan. Mengikut kajian berkenaan, hasil koko setahun ialah satu tan manakala hasil kelapa ialah 20,000 biji/tahun. Gabungan kedua-duanya akan menjana pendapatan bulanan RM1,747.00/ha iaitu RM690 dari koko dan RM1,057.00 dari kelapa.
4. Pekebun juga digalakkan menubuh atau menyertai koperasi bagi mendapat harga kelapa yang lebih baik. Pada tahun 2009, pekebun di Bagan Datuk dan Hutan Melintang pernah menggabungkan sejumlah 123 orang pekebun kelapa dalam pemasaran buah kelapa mereka. Tenaga kolektif ini membawa kesan positif.
5. Membesarkan keluasan kelapa adalah cara mantap untuk meningkatkan pengeluaran kelapa. Andai kata satu hektar mampu mengeluarkan 25,000 biji/tahun, maka untuk mengurangkan import kelapa 100 juta biji, 5,000 ha kawasan baru diperlukan. Misi ini perlu dimulakan oleh syarikat perladangan kerana mereka mempunyai kewangan lebih kukuh untuk pembiayaan projek seumpama ini. Tambahan, keluasan tanaman yang besar akan mendatangkan kesan ekonomi yang lebih baik.
Kerajaan kini sedang menuju ke sasaran pengeluaran 1.2 bilion buah kelapa setahun dalam negara. Bagi mencapai misi ini, produktiviti per ha hendaklah ditingkatkan dari 4.8 tan kepada 15.1 tan serta mencapai kadar pertumbuhan 8.7%. 8.7%. keadaan keadaan ini memberi implikasi bahawa industri kelapa bermula dari sekarang akan lebih bergantung pada input pertanian khasnya baja dan racun. Perkara ini tentu satu berita baik kepada industri berkenaan.
Sumber maklumat :
Rozhan Abi Dardak et al., “Strengthening the coconut industry in Malaysia”, FFTC Agricultural Policy Platform, 2021.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350