You are currently viewing Kernel Jagung Berwarna Kuning Muda Lebih Digemari Pengguna: Improved Masmadu

Kernel Jagung Berwarna Kuning Muda Lebih Digemari Pengguna: Improved Masmadu


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com

Jagung manis adalah tanaman jangka pendek yang sangat digemari oleh pekebun kecil. Pada masa lalu, beberapa varieti telah diperkenalkan oleh MARDI bermula dengan Thai Supersweet pada tahun 1981, kemudian Manis Madu pada tahun 1987 dan akhir sekali Masmadu pada tahun 1989.

Kernel masmadu mempunyai kemanisan seperti madu (lebih manis daripada Manis madu), tongkol besar dan hasil yang lebih daripada varieti lain. Namun, oleh kerana kernelnya berwarna kuning keemasan (bercampur sedikit warna jingga), keadaan ini telah mengurangkan penerimaannya kerana pengguna biasanya lebih menggemari jagung manis yang mempunyai kernel kuning muda (seperti Taiwan Supersweet). Untuk meningkatkan penerimaannya, langkah penambahbaikan telah diambil supaya membiak baka kultivar baru yang mempunyai kernel berwarna kuning muda di samping menambah baik beberapa ciri pada kernel dan pokok. Penerokaan baru ini berjaya menghasilkan jagung manis Improved Masmadu.

Improved Masmadu diwujudkan sebagai satu varieti melalui pemilihan semula daripada Masmadu. Justeru itu kebanyakan sifatnya adalah sama seperti Masmadu. Namun, perbezaan paling ketara boleh dilihat dari segi warna kernel Improved Masmadu yang kuning muda. Beberapa perubahan lain yang tidak begitu ketara ialah tinggi pokok dan aras tongkol Improved Masmadu yang rendah sedikit. Kernel Improved Masmadu juga lebih lembut daripada Masmadu.

Jagung manis Improved Masmadu sesuai ditanami di kebanyakan kawasan di Malaysia dan kaedah pengeluarannya adalah sama seperti varieti jagung manis lain yang telah disyorkan sebelum ini. Hasilnya juga lebih kurang sama seperti Masmadu.


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com

 

Sumber maklumat :

A. H. Abdul Wahab dan O. Hashim, “Improved Masmadu: varieti jagung manis pilihan semula berwarna kuning muda”, Teknologi Pelbagai Tanaman, MARDI, 1994.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com