Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Melihat gambar buah durian ini, pasti bersetuju bahawa ia bersifat kasar. Bentuknya, durinya malahan isinya kesemua wujud dalam keadaan besar dan kasar menyerupai durian Thailand. Pada hakikat, varieti ini memang berpunca dari Thailand tetapi asal-usulnya tidak dapat diketahui. Ada orang mengatakan pangsa dalam buahnya menyerupai bantal, mengimplikasi bahawa ruang di bahagian pangsa agak besar justeru dapat memuat isi yang besar dan padat. Lebih daripada itu, empulur di dalam buah juga besar dan lebar.
Kulit D18 berwarna coklat cetek dan durinya wujud menyerupai blok besar. Buah yang besar juga datang dengan tangkai kasar serta gemuk. Hujung buahnya selalu tidak rata dan menggerutu. Kulit buah sebagaimana disangkakan, juga agak tebal. Adakah buah seperti ini lazat dimakan? Didapati isi buah adalah berkrim serta berlemak tetapi kemanisan hanya sederhana sahaja. Bagi mengenyangkan perut, inilah varieti boleh dipilih kerana isinya tebal dan banyak.

Dari segi komersial, durian D18 kelihatan tidak memenuhi kehendak pasaran khasnya bentuk buah yang menggerutu. Namun untuk pasaran domestik, ia tetap satu varieti yang unik terutama isinya yang banyak. Jangan ketinggalan untuk mencubai kesedapan buah ini yang sering menandakan musim durian akan berakhir kerana musim buahnya selalu lebih lewat serta di penghujung musim.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Sumber maklumat :
Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com










