Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Pendahuluan
Secara umumnya, mikoriza merupakan satu hubungan bersifat mutualistik di antara kulat tanah dengan akar-akar tumbuhan. Hubungan kedua-duanya mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Satu tanaman itu dapat memberikan hasil yang baik melalui pertumbuhannya apabila hidup dan bekerjasama dengan kulat mikoriza Vasikular-Arbuskular (MVA). Banyak kajian telah menunjukkan bahawa MVA dapat meningkatkan pengambilan nutrien oleh akar dalam tanah dan seterusnya mempertingkatkan tumbesaran tanaman. Kadar aplikasi baja kimia turut dapat dijimatkan berikutan pengambilan nutrien lebih berkesan oleh tumbuhan. Dari sudut ekonomi, aspek ini sangat penting kepada pengusaha tanama kerana pembajaan amnya merangkumi kos pengurusan ladang yang agak besar.
Populasi penduduk dunia kian meningkat, permintaan makanan juga turut meningkat. Keadaan ini telah mendesak ke arah pelaksanaan sistem pertanian yang lebih berkesan dan intensif. Adalah menjadi satu cabaran kepada saintis kini untuk mencari satu amalan pertanian yang dapat meningkatkan pengeluaran di sebalik pengurangan kos dan juga aspek pemeliharaan kemampanan alam sekitar.
Kos pengurusan ladang umumnya tinggi terutama di tanah kekurangan nutrien. Dianggarkan kos melibatkan pembajaan adalah melebihi 20% dari jumlah kos pengeluaran ladang. Penambahan baja berlebihan adalah tidak ekonomik teruatam baja fosforus. Ini disebabkan baja fosforus mudah larut lesap dan tidak semua nutrien sempat diserap oleh pokok. Begitu juga hampir 90% fosforus dalam tanah terutama tanah di kawasan tropika adalah sukar diambil oleh pokok. Ini kerana ia hadir sebagai mineral fosforus yang tidak larut atau telah diikat oleh kompleks ferum dan aluminium dalam tanah.
Sehubungan itu bagi mengurangkan kos pembajaan, satu kombinasi aplikasi baja dengan penggunaan mikroorganisma tanah telah dikaji dan hasilnya amat memberangsangkan. Kulat mikoriza adalah mikroorganisma yang berpotensi sebagai biobaja. Kulat mikoriza berkemampuan meningkatkan pertumbuhan pokok terutama di tanah yang kurang subur.
Takrifan perkataan mikoriza (mycorrhiza) perlu merujuk ke bahasa Greek yang mana myco bermaksud kulat dan rhiza bermaksud akar. Perkataan ini telah diungkapkan oleh Frank (1885) untuk menerangkan pertalian di antara dua jenis organisma yang berlainan untuk membentuk suatu organ morfologi yang mana kedua-dua organisma mendapat faedah antara satu sama lain. Perubungan yang memanfaatkan kedua-dua pihak ini dipanggil simbiosis mutualistik, iaitu memperlihatkan tumbuhan perumah mendapat nutrien galian dalam tanah yang disalurkan oleh kulat sementara kulat mendapat sebatian karbon hasil dari fotosintesis yang dijalankan oleh tumbuhan.
Secara umumnya, kulat mikoriza terbahagi kepada dua jenis iaitu ektomikoriza dan endomikoriza. Pengkelasan ini berdasarkan kepada susun atur fileman vegetatif kulat iaitu hifa pada tisu akar perumah.
Ektomikoriza
Kulat ektomikoriza hidup secara intrasel (antara sel) dalam korteks akar tumbuhan. la menghasilkan struktur hifa berjaring. Jaringn miselium yang membentuk selaput ini dipanggil jaringan Hartig. Walau bagaimanapun, penembusan ke dalam sel tidak berlaku. Biasanya suatu mantel tebal menyeliputi sekeliling akar dan ini menyebabkan perubahan bentuk morfologi akar tersebut. Kulat ektomikoriza boleh menghasilkan hifa dalam kuantiti yang banyak pada akar dalam tanah. Hifa ini berfungsi dalam proses penyerapan dan translokasi nutrien tak organik dan juga air. la juga menghasilkan enzim yang berfungsi dalam proses mineralisasi bahan organik. Biasanya kulat ektomikoriza boleh dijumpai pada tumbuhan berkayu dari pokok-pokok renek sehinggalah pokok hutan. Kulat ini memainkan peranan penting dalam kitaran ekosistem hutan.
Endomikoriza
Kulat endomikoriza tumbuh dengan cara intersel (dalam sel) dan juga intrasel (di antara sel) serta membentuk struktur khusus di dalam sel korteks. Endomikoriza terbahagi kepada beberapa subjenis iaitu Mikoriza Vasikular-Arbuskular (MVA), Ektendomikoriza, Mikoriza Arbutoid, Mikoriza Monotripid, Mikoriza Ericoid dan Mikoriza Orkid. Jenis mikoriza yang tersebar luas di seluruh dunia dan menjangkiti hampir kebanyakan tumbuhan ialah Mikoriza Vasikular-Arbuskular (MVA). Kulat MVA ini wujud dalam keadaan alamiah bersama-sama dengan hampir semua tumbuhan tropika dan subtropika. Kulat MVA termasuk dalam order Glomales.
Kulat MVA memerlukan faktor-faktor fizikal dan biologi yang spesifik untuk membiak dan berkembang. Tumbuhan yang bermikoriza lazimnya menunjukkkan tumbesaran lebih baik jika dibandingkan dengan tumbuhan yang tidak bermikoriza. Ini kerana mikoriza berupaya untuk terus hidup dalam keadaan iklim yang ekstrim dan membantu perkembangan tumbuhan melalui peningkatan pengambilan nutrien dan toleransi tumbuhan terhadap tekanan persekitaran.
Kulat MVA berperanan membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan perumahnya dengan kehadiran hifa yang bertindak membekalkan nutrien yang diperlukan kepada akar tumbuhan. Kehadiran hifa ini membantu akar tumbuhan menjangkau kawasan yang lebih luas kerana hifa mampu menjadi penyambung fungsi akar untuk menjelajah kawasan yang tidak dapat dijangkau oleh akar sebenar. Dengan ini luas permukaan yang mampu diliputi oleh gabungan akar dan hifa ini menjadi bertambah luas. Maka proses penyerapan unsur-unsur yang diperlukan oleh tumbuhan seperti fosforus, kuprum dan zink dapat berlaku dengan lebih cepat dan dalam kuantiti yang lebih banyak. Ini kerana unsur-unsur tersebut adalah terhad dan mempunyai mobiliti yang perlahan.
Kulat mikoriza dijumapi secara alamiah dalam ekosistem daratan. Mengikut sumber, kebanyakan tumbuhan di daratan adalah bermikoriza. Dianggarkan 70.9% tumbuhan tropikal menjalinkan hubungan dengan kulat MVA manakala 15.7% tumbuhan menjalinkan hubungan dengan kulat selain kulat MVA dan hanya 13.4% tumbuhan hidup tanpa jalinan gubungan dengan sebarang kulat. Tanaman tropika seperti kacang soya, jagung, sekoi, tembakau, ubi kayu, ubi keledek, padi, tebu, koko, getah, teh, kapas, kelapa sawit, durian, rumput dan kekacang selalunya dikoloni oleh kulat MVA.
Biasanya tumbuhna yang mempunyai sistem akar ekstensif amat bergantung kepada kulat MVA seperti ubi kayu, buah-buahan sitrus, bawang dan kebanyakan tumbuhan tropika. Spesies tumbuhan yang mempunyai sistem akar rerambut yang panjang dan banyak kurang bergantung kepada MVA. Sementara tumbuhan yang mempunyai sistem akar rerambut yang pendek dan sedikit sangat bergantung kepada MVA.
Hifa Dan Miselium
Bentuk MVA yang paling penting ialah jaringan-jaringan hifa yang berselirat di bahagian luar akar dalam tanah. Pada amnya hifa MVA terdiri daripada dua jenis iaitu fifa pelari yang bersifat agak kasar serta hifa penyerap yang berbentuk lebih halus berukuran lebih kecil dan lebih bercabang-cabang sert berdinding nipis untuk tujuan penyerapan. Himpunan hifa-hifa ini dipangil miselium. Hifa tumbuh bercabang-cabang menembusi celah-celah partikel tanah. Hifa MVA adalah suatu sistem yang mampu mengambil nutrien dari tanah dan mengangkut ke dalam tumbuhan. Hifa kulat merangkumi lebih kurang 70% daripada biomas kulat yang wuju dalam tanah.
Arbuskul
Arbuskul ialah cabang-cabang hifa yang terbentuk dengan banyak di dalam lingkungan sel plasmalema. Arbuskul terbentuk di dalam sel korteks sebaik sahaja penembusan hifa luaran ke dalam sel berlaku iaitu 2 – 5 hari selepas penjangkitan.
Vesikel
Vesikel ialah hifa apikal atau interkalari yang membengkak dan mengandungi lipid. la terbentuk pada hifa dalaman di dalam korteks akar. Vesikel berfungsi sebagai organ penyimpanan makanan. Bekalan makanan ini akan diambil oleh kulat apabila tumbuhan perumah gagal menghasilkan bekalan metabolit secukupnya sebagai makanan kulat MVA. Mikoriza juga membentuk spora dan jasad auksilari yang sama-sama berupaya menjangkiti akar perumah.
Faedah Kulat MVA Dalam Bidang Pertanian
Kepentingan kulat mikoriza dilihat dari aspek peranannya sebagai suatu komponen yang men- ghubung di antara akar dengan tanah. Perhubun- gan simbiosis di antara MVA dan tumbuhan perumah adalah bersifat mutualistik dan sifat ini amat penting dalam kemandiran kulat. Perhubun- gan simbiosis antara kulat MVA dengan tumbu- han ini telah mendatangkan beberapa kebaikan yang diperolehi oleh tumbuhan perumah seperti berikut :
1. Meningkatkan Penyerapan Unsur Fosforus Dalam Tanah
Fosforus merupakan unsur sangat penting dalam proses tumbesaran tumbuhan. Ia adalah entiti yang terdapat dalam nukleus, DNA dan RNA. Selain itu molekul bertenaga tinggi seperti ATP, ADP dan NADP yang terlibat secara langsung dalam proses fisiologi tumbhan seperti fotosinte- sis, respirasi, metabolisme nitrogen dan lemak juga memerlukan unsur fosforus.
Sebahagian besar unsur fosforus dalam tanah terdapat dalam bentuk tidak larut dan kurang sedia untuk diambil oleh akar tanaman. Kulat MVA dapat meningkatkan pengambilan unsur fosforus oleh tumbuhan bermikoriza justeru mampu meningkatkan hasil pengeluaran berbanding tumbuhan tidak bermikoriza. Tumbuhan yang mengalami kekurangan fosforus akan menghadapi kekurangan proses pembentukan tisu vaskular dalam tumbuhan.
2. Meningkatkan Pengambilan Nutrien Lain Oleh Tumbuhan
Kebanyakan tumbuhan yang diinokulasi dengan kulat MVA mengalami pertumbuhan yang baik melalui pengambilan lebih berkesan oleh akar. Misalnya kulat MVA mampu meningkatkan pengambilan unsur nitrogen, zink, kuprum, kalsium, sulfur, klorin dan bromin. Kulat MVA bukan sahaja cekap mengekstrak nutrien dari tanah tetapi juga menghasilkan enzim endogenus seperti fostatase, fitase dan nitrat reduktase yang penting bagi pengambilan dan metabolisme nutrien.
3. Menolong Pengikatan Nitrogen Dalam Tanah
Tanaman kekacang bertindak balas secara positif dengan kulat MVA. Ini kerana pengikatan nitrogen dikaitkan denga keperluan fosforus yang terlibat dalam pembentukan tenaga yang diperlukan untuk membentuk ADP dan ATP. Kulat MVA banyak membantu proses pengikatan nitroegn oleh rizobium yang bersimbiosis dengan akar tumbuhan. Oleh itu pengkolonian kulat MVA dan penyebarannya mempengaruhi hos kekacang untuk membentuk lebih banyak nodul dan meningkatkan aktiviti pengikatan nitrogen dalam tanah.
4. Kawalan Penyakit Tumbuhan
Kulat MVA dapat membantu dalam kawalan penyakit tumbuhan dan berupaya mengurangkan keparahan penyakit tersebut. Peranan yang dimainkan oleh kulat MVA ialah melalui penambahbaikan daya ketahanan tumbuhdan terhadap infeksi daun dan pucuk. Tumbuhan tidak mempunyai sistem imunologi seperti terdapat dalam haiwan dan manusia. Kulat MVA berupaya merintangi penyakit yang disebabkan oleh patogen akar. Pencegahan lebih baik daripada rawatan, justeru itu pengkolonian kulat MVA lebih awal sebelum jangkitan penyakit memberi kesan yang lebih baik. Mekanisme kawalan patogen oleh kulat MVA berkaitan dengan perubahan morfologi seperti peningkatan dalam sistem vaskular tumbuhan dan pembentukan lignin dalam dinding sel supaya patogen sukar menembusi tisu perumah. Kulat MVA juga berperanan dalam mengawal nematod pada tumbuhan.
5. Meningkatkan Aktiviti Mikroorganisma Dalam Tanah
Kulat MVA mengeluarkan enzim dalam aktiviti mereka dan mengubah struktur koloni kulat ke arah yang dapat menggalak aktiviti organisma dalam tanah dengan lebih aktif. Tindak balas simbiosis antara mikroorganisma dan tanah akan memupuk penghasilan lebih banyak nodul pengikat nitrogen dan selanjutnya mengurangkan tokokan baja nitro- gen. Mikrooganisma pengurai fosforus juga diting- katkan pada tumbuhan bermikoriza dan selanjutnya menjimat pembajaan fosforus. Kadar penjimatan kedua-dua baja ini dianggarkan 10 – 25% bagi tum- buhan bermikoriza.
6. Meningkatkan Daya Penyesuaian Tumbuhan Terhadap Iklim Ekstrim
Tumbuhan bermikoriza lebih mampu menyesuaikan dirinya terhadap keadaan iklim buruk dan ektrim. Ini kerana adanya lapisan pelindungan ke atas sistem akar serta adanya bekalan makanan yang dise- diakan dalam vesikel untuk kegunaan dalam sekita- ran yang buruk. Tumbuhan bermikoriza juga lebih tahan terhadap kemasinan tanah serta mampu mengurangkan kesan pencemaran logam berat dan bertoksik melalui pengeluaran enzim spesifik bagi membantuinya.
7. Membaiki Struktur Tanah
Sistem akar tumbuhan yang telah dikoloni oleh hifa kulat MVA lambat-laun akan memperbaiki struktur tanah melalui perapatan serta jalinan antara butiran tanah yang membentuk struktur tanah tersebut. Ini kerana kulat MVA membawa banyak fungsi termasuk fungsi memperbaiki keberkesanan tanah justeru tanah bermikoriza akhirnya menjadi lebih subur ekoran tekstur tanah yang mempunyai jalinan hifa telah bertambah baik.
Rumusan
Memandangkan kulat MVA membawa banyak manfaat di bidang penanaman, ia sangat berpotensi untuk digunakan secara meluas. Walaupun kulat MVA umumnya wujud secara alamiah dalam tanah, penokokan dari luar melalui baja berasaskan mikoriza diyakini akan membantu serta akar mempercepatkan koloni ke atas tumbuhan. Semakin banyak jumlah kulat MVA dalam tanah maka semakin berkesan tanah itu mewujudkan kesan unggul terhadap tanaman prestasi termasuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang menggalakkan.
Sumber maklumat :
Norman Haji Kasiran, “Potensi Kulat Mikoriza Sebagai Biobaja Dalam Industri Pertanian”, UTM Cawangan Pahang.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd