All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Keluasan tanaman sawit di tanah gambut Malaysia tidak kurang daripada 2.6 juta hektar. Di Sarawak sahaja sudah melebihi 1.6 juta hektar atau bersamaan dengan 13% jumlah keluasan tanah di negeri tersebut. Seperti sedia maklum, penanaman di tanah gambut menimbulkan banyak masalah termasuk tahap nutrien kalium (K), kuprum (Cu) dan zink (Zn) yang rendah, tanah sangat masam serta risiko jangkitan penyakit yang agak tinggi khususnya penyakit Ganoderma. Memandangkan abu buah tandan kosong sawit mampu meneutralkan kemasaman tanah dengan baik di samping mengandungi nutrien K yang tinggi, justeru disyorkan untuk penggunaan di tanah gambut.
Tidak kurang 25% kos pengeluaran minyak sawit berpunca daripada pembajaan. Kebiasaan, dos aplikasi baja NPK yang disarankan ke atas tanaman sawit matang di tanah gambut adalah K 5.0 kg manakala N dan P masing-masing 1 kg setahun. Namun oleh kerana Sarawak mempunyai taburan hujan yang tinggi menyebabkan kadar larut resap yang juga tinggi, pembajaan justeru itu hendaklah ditokok mengikut keperluan pokok. Dalam era harga baja yang mahal di arena global dan juga Malaysia, kos pembajaan menjadi detik renungan kepada ramai penanam. Dengan kata lain, pemilihan baja yang murah tetapi cekap menjadi subjek pilihan mereka.
Dalam hal ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pernah menjalankan satu eksperimen ke atas 3 jenis sumber K iaitu MOP (kandungan K2O 60%), SOP (kandungan K2O 50%) dan abu buah tandan kosong sawit (kandungan K2O 30%) bagi membandingkan kesan mereka. Pokok sawit berumur 5 tahun selepas ditanam dijadikan sasaran eksperimen tersebut. Setiap jenis baja tersebut itu diaplikasi dalam bulatan merumput sebanyak 2 kali setahun. Setahun selepas rawatan, data pengeluaran hasil terkumpul dicatatkan berturut-turut selama 6 tahun 6 tahun termasuk bilangan dan berat buah tandan.

Hasil Eksperimen
Hasil eksperimen itu menunjukkan apabila aplikasi abu buah tandan kosong sawit bersamaan dengan 1.2 kg K2O ditingkatkan kepada 2.4 kg bersamaan K2O, hasil buah tandan segar turut meningkat daripada 21.2 tan/ha/tahun kepada 26.0 tan/ha/tahun iaitu peningkatan hasil sebanyak 23%. Bagaimanapun, jika dos aplikasi ditingkatkan lagi kepada 3.6 kg bersamaan K2O, hasil tidak pula meningkat secara ketara. Sebaliknya MOP dan SOP hanya meningkatkan hasil buah tandan segar di antara 4% – 8%. Daripada sini jelas kelihatan abu buah tandan kosong sawit memberi kesan lebih baik. Hasil eksperimen ini juga menunjukkan untuk sawit sudah matang di tanah gambut yang bertaburan hujan tinggi (umpamanya 3,600mm/tahun), dos aplikasi abu buah tandan kosong sawit yang paling optimum ialah 8.0 kg/pokok/tahun (rajah 1).
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Dari segi analisis kandungan nutrien dalam daun pula, ketiga-tiga baja tersebut masing-masing berjaya meningkatkan kandungannya, tetapi plot aplikasi abu buah tandan kosong sawit memperolehi kesan yang lebih baik sedikit jika dibandingkan dengan dua jenis baja K yang lain (rajah 2). Namun, aras kandungan nutrien yang dikira baik hanya boleh diperolehi jika kesemua baja K itu menggunakan kadar baja melebihi 2.4 kg bersamaan K20.
Akhir sekali, didapati abu buah tandan kosong sawit menampilkan kesan terbaik dalam meneutralkan tanah. tanah. Keadaan ini turut meningkatkan kandungan K dalam daun serta juga hasil buah tandan segar kerana apabila tanah sudah kurang masam, pengambilan nutrien yang lebih cekap oleh sistem akar sawit akan berlaku dan selanjutnya memupuk pengeluaran hasilnya (rajah 3).
Analisis kewangan pula menunjukkan harga abu buah tandan kosong sawit adalah lebih murah di samping memberi hasil lebih tinggi justeru setiap pokok jika ditaburi 8.0 kg/tahun akan memberi kesan paling optimum serta mendapat kos pengeluaran minyak sawit pada RM88.39/tan iaitu satu aras yang juga paling cekap.
Sumber maklumat :
Hasnol Othman et al., ‘Bunch Ash: An Efficient And Cost – Effective K Fertilizer Source For Mature Oil Paln On Peat’, MPOB TT. NO. 254, 2005.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350










