Rumpai tegar yang biasanya terdapat di ladang tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit dan koko meningkatkan kos pengurusan. Rumpai ini jika tidak dikawal akan bersaing dengan tanaman utama untuk mendapatkan nutrien, air, ruang dan cahaya. Oleh yang demikian, rumpai tegar hendaklah dihapuskan supaya tidak mendatangkan kesan negatif terhadap tanaman.

Rumpai tegar wujud dalam pelbagai jenis mengikut corak daun dan juga morfologi lain. Di antara beribu-ribu jenis rumpai yang wujud itu, Eleusine indica, Imperata cylindrica, Paspulum commersonii dan Pennisetum polystachion adalah 4 jenis yang biasa ditemui di ladang. Kawalan secara kimia merupakan kaedah berkesan. Namun, pemilihan racun yang tepat amat penting supaya semburan yang dijalankan itu memberi kawalan yang diingini. Jadual 1 adalah cadangan kawalan menggunakan racun rumpai untuk menghapuskannya.

Dari segi kadar penggunaan, ia bergantung kepada umur, pertumbuhan dan kerimbunan rumpai tegar itu. Untuk membasmi rumpai tegar ini, penilaian hendaklah dilakukan selepas semburan kali pertama untuk melihat kesan yang diperolehi. Selepas itu, semburan susulan mungkin diperlukan. Untuk kawalan rumpai Bambusa sp. (buluh liar), sodium chloride disembur pada pangkal batang sehingga ketinggian pokok 1.3 meter. Semburan susulan juga digalakkan.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Sumber maklumat :
Chee Yan Kuan and Chung Gait Fee, Efficient Weed Management To Enhance Rubber Production, 2014.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336










