You are currently viewing Durian Di antara Malaysia dan Thailand

Durian Di antara Malaysia dan Thailand

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Pokok buah-buahan tropika untuk tujuan komersial umumnya mempunyai batang pokok yang semakin tinggi berikutan peningkatan umur pokok. Keadaan ini mendatangkan masalah pungutan hasil terutama pada situasi semasa yang mana kekurangan tenaga buruh ladang menjadi isu kritikal terhadap pengusah tanaman.

Dengan teknologi biak baka tanaman yang lebih maju, kini tanaman seumpama itu seperti durian, mangga, kelapa, papaya dan sebagainya telah wujud dalam bentuk hibrid ataupun penghasilan melalui pembiakan tampang selanjutnya menghasilkan bahan tanaman yang lebih rendah serta dengan bentuk pokok yang lebih kompak.

Berikutan perkembangan pasaran durian yang semakin meningkat ekoran hebahan media serta perubahan cita rasa pengguna domestik dan global terhadap buah-buahan yang membawa rasa eksotik, industri penanaman durian dalam negara dijangka akan menyambut era kemakmuran yang mungkin tidak pernah disangkakan sebelum itu. Oleh yang demikian, pengusaha tanaman buah-buahan ataupun mereka yang sedia mencebur ke bidang tersebut diseru supaya mengambil peluang ini untuk menanam baka durian berkualiti tinggi.

Oleh kerana baka Musang King (D197) mendapat sambutan paling baik di kalangan pengguna domestik dan juga negara China khususnya, ditambah dengan kemungkinan besar pihak negara China akan meluluskan pengimportan durian baka ini dalam bentuk buah segar dalam masa terdekat ini, potensi pasaran Musang King terbuka luas di depan mata kalian sehingga ia telah digelar sebagai “pokok emas” oleh pihak berkuasa kerana ia adalah tanaman yang akan menjana kekayaan kepada kepada pengusaha tanaman sebagaimana dihasratkan oleh pihak kerajaan yang menginginkan semua pemain dalam industri ini meningkatkan taraf hidup masing-masing melalui harga pasaran yang cukup baik.

Trend pasaran durian semasa bukan sahaja difahami oleh pengusaha tanaman durian dalam negara, mesej tersebut bahkan juga diterima oleh negara pengeluaran durian lain khususnya Thailand dan juga Indonesia. Persaingan hebat dijangka akan buka tirai dan pihak Thailand dipercayai akan terus menerajui arena ini memandangkan ia adalah pengesksport durian terbesar di dunia serta mempunyai keluasan tanaman durian yang luas.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Namun begitu, Malaysia pula mempunyai kelebihan penghasilan buah durian berkualiti tinggi dari segi isi dan keharuman buah seperti baka Duri Hitam (D200), 101 (D168), Kim Hong (D198) dan sebagainya. Kelebihan ini wujud dalam dua aspek iaitu penanaman baka berkualiti tinggi serta pembiaran durian runtuh dengan sendiri selanjutnya menghasilkan isi yang cukup masak berbanding durian Thailand bersifat memetik daripada pokok yang mana kualiti isinya terjejas. Baka durian Malaysia ini dijangka akan mendapat perhatian wajar oleh penanam di negara Thailand kerana potensi pasaran yang tinggi tetapi dipercayai akan mengambil masa yang agak panjang kerana kedudukan durian Monthong sudah berakar umbi di negara itu dan sukar digegarkan walaupun Musang King kelihatan lebih sedap untuk dimakan bagi ramai pengguna.

Pada hakikat, baka durian Thailand sepanjang masa ini lebih tertumpu pada Monthong (D 159), Chanee (D123), Kan Yau (D158) serta beberapa baka tempatan. Seperti biasa, baka-baka ini juga ada kelemahan iaitu Monthong didapati rentan terhadap serangan kulat P. palmivora yang akan menyebabkan penyakit Canker manakala Kan Yau difahamkan lebih sukar untuk dirus semasa musim hujan. Chanee pula menunjukkan tempoh simpanan yang lebih singkat daripada baka lain walaupun dituai secara memetik daripada pokok sebelum masak. Durian-durian ini sering dijual di pasaran Malaysia dan sebahagian durian Monthong diimport oleh pengilang tempatan secara buah segar untuk dikopek dan diproses menjadi pes durian.

Memandangkan industri penanaman durian secara komersial di Thailand mempunyai sejarah lebih lama, maka teknik kultur tanaman ini memang ada perbezaan dengan keadaan di Malaysia. Perkara ini berlaku atas beberapa sebab, di antaranya ialah iklim bermusim kering yang lebih ketara daripada Malaysia justeru sistem pengairan amnya dipasangkan di bawah setiap pokok di situ agar prestasi pokok tidak terjejas semasa musim kering. Di Thailand, amnya terdapat hanya satu musim durian sahaja manakala di Malaysia, musim durian sekurang-kurangnya ada dua dan ada kala sehingga 4 – 5 musim walaupun hasil buah di luar musim itu tidaklah tinggi. Ini salah satu kelebihan industri durian di Malaysia berbanding Thailand.

Amalan pemasangan sistem pengairan di kebun durian adalah baik dan elok dicontohi kerana pokok durian agak sensitif terhadap keadaan kekurangan air yang mana prestasinya akan merosot berikutan musim kering yang agak lama. Bagi penanam durian yang tidak memasang sistem pengairan di kebun, mereka terpaksa menyiramkan pokok durian dari sepohon ke sepohon semasa musim kering berpanjangan. Keadaan ini pernah berlaku pada dua tahun lalu apabila musim kering selama 3 bulan berturut-turut telah menimpa di Malaysia dan menjejaskan prestasi banyak tanaman.

Sebab lain termasuk amalan pemetikan buah durian di Thailand untuk dipasarkan dan keadaan ini memacu penanam menjalankan kawalan ke atas ketinggian pokok pada paras 5 – 6 meter dengan cara memangkas pucuk tengah batang pokok. Kaedah ini jarang dipraktikkan di Malaysia kerana buah durian akan jatuh dengan sendiri apabila masak. Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa pokok yang lebih rendah lebih mudah untuk diuruskan baik dari segi kutipan hasil ataupun pengurusan penyakit dan perosak.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :