You are currently viewing Kaedah Kawalan Serangan Kutu Lada Hijau Terhadap Lada Hitam

Kaedah Kawalan Serangan Kutu Lada Hijau Terhadap Lada Hitam


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Tanaman lada hitam seperti tanaman lain turut menghadapi serangan serangga perosak, dan di antaranya ialah kutu lada hijau (Green Pepper Bug) atau nama saintifik Dasynus piperis. Kutu ini di peringkat dewasa walaupun boleh terbang tetapi hanya terbang berdekatan sahaja serta sensitif terhadap kejutan manakala kutu di peringkat nimfa pula adalah aktif di waktu pagi dan petang.

Kutu lada hijau ini tidak kira yang dewasa atau yang nimfa, sama-sama mendatangkan kerosakan terhadap beri lada hijau dengan cara meresap cecair buah beri sehingga buah beri muda menukar ke warna coklat, berlekukan serta mungkin akan gugur daripada tangkai buah manakala bagi beri matang, serangan akan menyebabkan buah beri menukar ke warna coklat dan hitam di bahagian kulit selanjutnya menurunkan kualitinya. Serangan kutu ini ke atas beri matang sering disalahfahamkan sebagai penyakit beri hitam.

Melalui kawalan kultur dengan cara menyamakan masa pembungaan tanaman lada hitam di ladang serta membuangkan tangkai buah di luar musim adalah disarankan supaya memutuskan kitaran hidup spesies kutu ini.

Penggunaan racun serangga juga adalah berkesan dan jenis yang sesuai untuk diguna pakai termasuklah deltamethrin dan lambdacyhalothrin. Jika ingin menggunakan biopestisid maka Bioblitz adalah salah satu jenis yang disarankan.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

 

Sumber maklumat :

Lai Kui Fong and Sim Soon Liang (editors), Malaysian Pepper Production Technology Manual, Lembaga Lada Malaysia, 2011, hal. 71-73.

 


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com