Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Permintaan terhadap durian premium dari Malaysia di pasaran China kini berdepan realiti yang semakin jelas: harga yang lebih mahal telah melemahkan daya saing berbanding durian dari Thailand dan Vietnam. Walaupun durian Malaysia — terutamanya Musang King — diiktiraf dari segi rasa, aroma dan kualiti, hakikat pasaran tidak dapat dinafikan bahawa harga buah yang lebih murah akhirnya menjadi penentu utama pilihan pengguna, terutamanya dalam pasaran besar dan sensitif harga seperti China.
Pada peringkat awal kemasukan durian Malaysia ke China, Musang King diposisikan sebagai produk eksklusif. Strategi ini berjaya mencipta gelombang permintaan, didorong oleh faktor “rare”, cerita asal-usul (storytelling) serta pemasaran agresif di platform e-dagang dan media sosial. Namun, strategi premium ini mempunyai had. Apabila pengguna China semakin biasa dengan durian, keutamaan mereka beralih daripada simbol status kepada nilai praktikal : rasa yang memuaskan pada harga yang mampu dibeli secara kerap.
Thailand dan Vietnam memahami realiti ini dengan lebih pantas. Thailand, sebagai pembekal durian terbesar dunia, mempunyai kelebihan skala, logistik matang dan kos pengeluaran yang lebih rendah. Vietnam pula muncul sebagai pencabar agresif dengan durian segar yang lebih murah, jarak penghantaran yang dekat ke China serta sokongan kerajaan yang kuat. Walaupun kualiti durian Vietnam sering diperdebatkan, perbezaan harga yang ketara menjadikannya pilihan popular untuk pasaran umum.
Sebaliknya, struktur industri durian Malaysia menyumbang kepada harga yang tinggi. Kos tanah, buruh, input pertanian, pensijilan serta hasil per hektar yang lebih rendah berbanding Thailand menyebabkan kos seunit buah meningkat. Tambahan pula, kebanyakan kebun di Malaysia berskala kecil dan sederhana, menyukarkan standardisasi serta rundingan logistik secara besar-besaran. Akibatnya, durian Malaysia sukar ditawarkan pada harga kompetitif tanpa menjejaskan margin pekebun.
Dalam konteks pasaran China yang sangat besar, segmen premium sebenarnya kecil. Majoriti pengguna terdiri daripada golongan pertengahan dan muda yang membeli durian sebagai snek atau pencuci mulut, bukan sebagai barangan mewah. Bagi mereka, perbezaan harga sering lebih penting daripada perbezaan rasa yang halus. Jika dengan harga yang sama mereka boleh membeli dua biji durian Thailand berbanding satu durian Malaysia, pilihan menjadi jelas.
Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Ini tidak bermakna durian Malaysia tiada masa depan di China, tetapi naratif perlu disesuaikan dengan realiti pasaran. Bergantung sepenuhnya kepada strategi “durian paling sedap di dunia” tanpa penyelesaian kos adalah berisiko. Malaysia perlu mempertimbangkan pembahagian pasaran yang lebih jelas : premium sebenar untuk pasaran tertentu atau khusus, dan pada masa yang sama membangunkan varieti, sistem penanaman dan rantaian bekalan yang mampu menurunkan kos.
Kesimpulannya, dalam pasaran komoditi seperti durian, kualiti sahaja tidak mencukupi. Harga yang lebih murah, bekalan stabil dan kebolehcapaian akan menentukan siapa menguasai pasaran. China telah menunjukkan isyarat jelas : durian yang mampu dimakan dengan kerap akan menang, bukan semata-mata durian yang paling mahal. Malaysia perlu menilai semula strategi jika tidak mahu terus tersisih dalam persaingan serantau yang semakin sengit.
Sumber : Platform Profesional
Nota : Untuk Rujukan Sahaja
Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com










