Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Pokok kelapa sawit mempunyai batang yang besar dan tegap bagi menyokong bahagian jemala, pelepah dan daun yang rimbun. Bahagian dalaman batangnya terdiri daripada serabut vaskular menyambungkan bahagian-bahagian tunas daun dan meristem pokok bagi menyalur air dan zat makanan kepadanya. Salah satu fungsi utama batang pokok adalah menyimpan zat-zat makanan untuk kegunaan tumbesaran serta pembuahan.
Zat-zat makanan ini dikenali sebagai karbohidrat. Kajian berkaitan yang telah dijalankan mendapati bahawa pokok berumur 10 tahun walaupun jumlah daunnya amat kurang akibat pangkasan atau sebab-sebab yang lain, tetap mengeluarkan jumlah buan tandan sebanyak 114 kg (atau bersamaan dengan 60 kg berat kering) buat beberapa bulan lamanya. Hal ini menyatakan penjanaan karbohidrat semasa pada pokok sungguhpun tidak baik akibat kehilangan daun dan kemerosotan proses fotosintesis, akan menggunakan karbohidrat yang disimpan dalam batang untuk menyokong keperluan tumbesaran dan pengeluaran buah.
54% – 82% karbihidrat yang disimpan dalam batang pokok itu kebanyakan adalah sukros. Pada pokok berumur 8 tahun dan ke atas, kandungan karbohidrat adalah sebanyak 37 – 70 kg dan boleh digunakan untuk menghasilkan 38 – 72 kg buah tandan segar. Jika berat purata bagi setiap buah tandan adalah 12 kg, maka sebanyak 3 – 6 buah tandan segar dapat dihasilkan dengan karbohidrat simpanan dalam batang pokok.

Daun pokok merupakan media penerimaan cahaya matahari bagi melanjutkan proses fotosintesis yang seterusnya akan menjana karbohidrat dengan kehadiran karbon dioksida dan air. Dari sini maka dapat difahamkan kepentingan daun terhadap pembentukan bahan makanan pokok sama ada untuk kegunaan segera atau disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang. Justeru itu, faktor-faktor yang berkaitan dengan aspek daun pokok seperti kepadatan pokok, kegiatan pangkasan pelepah, serangan perosak daun, pembajaan dan lain-lain, turut bangkit sebagai komponen agronomi yang penting dalam pengurusan ladang ke arah mendapat hasil yang baik.
FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my
Dengan mengekalkan daun berfungsi (hijau) semasa menjalankan pangkasan, meminimumkan serangan perosak daun serta penggunaan baja bagi menjaga kesuburan pokok, merupakan amalan yang penting bagi menjamin penjanaan karbohidrat yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembuahan pokok. Karbohidrat berlebihan akan disimpan dalam batang pokok bagi kegunaan pada masa yang perlu tanpa sebarang pembaziran. Di bidang penanaman kelapa sawit, daun sihat akan menghasilkan pokok yang sihat, selanjutnya memberi hasil yang baik melalui kecekapan fotosintesis dan penjanaan karbohidrat.
Rujukan :
R.H.V. Corley and P. B. Tinker, The Oil Palm, Blackwell Science Ltd, 2003.










