You are currently viewing Kelapa Hijau Katek Pilipog, Filipina

Kelapa Hijau Katek Pilipog, Filipina


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com

Beberapa kultivar kelapa bersifat katek sangat popular di negara Filipina termasuk Cantigan, Tacunan, Tupi dan sebagainya. Polipog juga di antara kultivar katek dan jati dari Filipina. Kultivar ini berhasil tinggi, ciri ini digemari oleh pekebun sejagat.

Daripada sejarah, baka ini sudah lama wujud di Filipina, namun asal-usulnya kurang jelas. Bagaimanapun, mereka menganggap ia berkembang daripada satu baka katek tempatan yang dikenali sebagai Coconino.

Kelapa katek hijau Polipog mudah dibezakan daripada baka lain kerana bunga betina, hujung akar serta pucuk buah baru bercambah berwarna merah jambu. Pendebungaan diri berlaku ke atas baka Polipog, iaitu persenyawaan akan disempurnakan apabila debunga daripada mayang melekat pada stigma bunga betina dari mayang yang sama.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Baka Polipog dianggap sebagai pengeluar hasil yang tinggi biarpun buah umumnya bersaiz kecil tetapi seragam. Berat keseluruhan buah ialah 747g merangkumi kulit 258g, tempurung 105g dan isi 252g. Batang pokok Polipog adalah kurus, pelepahnya pendek dan melendut. Kanopi pokok juga lebih kecil berbanding baka lain justeru baka ini boleh ditanam dengan padat sehingga melebihi 200 pokok/ha.

Pengeluaran hasilnya sangat tinggi mencatatkan 30,000 biji/ha/tahun atau bersamaan 2.7 tan kopra/ha/tahun. Secara purata, lebih kurang 8 biji buah Polipog baru melengkapkan satu kg kopra. Atas sebab ini, Polipog bukan bahan tanaman komersial popular kerana pengeluaran kopranya agak rendah (150g/buah).

Buahnya bulat, berwarna hijau, seragam tetapi kecil, beserta ketinggian pokok yang jarang-jarang melebihi 25 kaki, adalah baka kelapa katek yang mungkin menyerupai pokok hijau katek Malayan (MGD).

 


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com