You are currently viewing Kewibawaan Bacillus spp. Dalam pengurusan Penyakit Ganoderma

Kewibawaan Bacillus spp. Dalam pengurusan Penyakit Ganoderma


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Penggunaan agen kawalan biologi seperti mikrob (kulat, bakteria dan sebagainya) dalam menangani serangan penyakit semakin lumrah di alam ini. Berikutan aplikasi bio-teknologi lebih moden ke dalam bidang ini, kini lebih banyak mikrob sudah ditemui memiliki daya rintangan terhadap penyakit tanah. Di bidang sawit Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sudah berjaya mengkaji kewibawaan Bacillus spp. dalam pengurusan penyakit Ganoderma yang berlaku ke atas tanaman sawit.

Sampel mikrob ini sudah dikumpul daripada tanah di ladang sawit. Pada hakikat, banyak jenis mikrob wujud di sekeliling akar sawit, yang berbeza ialah dari segi spesies dan jumlah populasi. Keadaan ini menerangkan kenapa sesetengah pokok sentiasa sihat dan tidak diserangi penyakit manakala yang lain tidak. Pokok sawit yang ditanami dalam tanah sihat serta mengandungi pelbagai mikrob di dalam tanah tentu lebih sihat daripada pokok lain. Sebanyak 95 jenis mikrob sudah disampelkan daripada tanah tersebut, di antaranya, 3 jenis dikenal pasti sebagai bakteria Bacillus spp.

Eksperimen kemudian dijalankan ke atas bakteria ini. Anak benih sawit yang dirawat dengan ubat bakteria ini memperolehi daya rintangan antara 66 – 68% terhadap penyakit Ganoderma berbanding kumpulan tidak dirawat langsung yang hanya menunjukkan daya rintangan 45.20%. Penemuan ini dipercayai akan dimasukkan ke dalam senarai agen kawalan biologi yang berkesan positif dalam pengurusan penyakit Ganoderma khususnya dalam pembentukan racun biopestisid terhadap penyakit ini.


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

 

Sumber maklumat :

Shamala Sundram et al., Bacillus spp : A Promising Gram-Positive Endophytic Bacteria For Ganoderma Control, MPOB TT. No. 676, July 2021.


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my