Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Setiap hari suasana di lokasi menjual durian begitu meriah dan dipenuhi peminat raja buah itu, tambahan pula ketika ini musimnya muncul lagi.
Bagi yang ‘gila’ durian sanggup berkelana untuk mendapatkannya, tidak terkecuali antaranya di Nibong Tebal, Pulau Pinang tidak ubah seperti pesta terutama di kedai durian milik Leow Cheok Kiang, 65.

Orang ramai bertali arus memasuki premis itu, kebanyakannya sibuk memilih durian dibantu lebih 10 pekerja yang tangkas dan cekap membelah raja buah menggunakan mesin khas.
Ramai datang bersama rakan dan keluarga tanpa berlengah terus menikmati durian pilihan mereka.
Tidak terkecuali KK Tan, 80, yang tinggal di sebelah pulau sanggup memandu lebih 40 kilometer (km) demi mendapatkan durian duri hitam atau lebih dikenali sebagai ‘ochee’ dalam kalangan masyarakat Tionghua.
“Bila tiba musim buah memang teringin sangat nak makan duri hitam. Memang di pulau ada jual, tapi buah di sini lebih sedap kerana ia memang berasal dari kawasan ini.
“Sebenarnya dulu saya ada kebun durian, tetapi sudah jual kerana tak larat nak urus. Duit itu saya guna buat belanja pergi melancong dan menikmati hidup,” katanya.
Peminat durian dari Putrajaya, Fatinah Mohd Khalid, 30, berkata dia pernah makan durian duri hitam pada 2022 dibeli berharga RM150 sebiji dan gembira dapat menikmati buat kali kedua tahun ini.
“Bagi saya, durian duri hitam ini sama macam daging wagyu premium. Rasanya memang teringat-ingat. Masa itu, saya kongsi beli bersama kawan, dalam sebiji buah, kami cuma dapat lima ulas.
“Tetapi, berbaloi dan rasa puas hati sebab walaupun hanya dapat makan seulas dua sudah memadai. Kali ini lebih istimewa kerana dapat makan duri hitam segar dibawa terus dari kebun,” ujarnya.
Durian duri hitam dianggap durian ‘kayangan’ mempunyai tekstur lebih ringan dan tidak setebal durian klon Musang King.
Menduduki carta teratas kategori durian premium, ia mempunyai rasa lemak manis berkrim serta sedikit rasa pahit dengan aroma unik dan wangi.
Warna durinya sama seperti durian lain, iaitu hijau cuma hujung duri mempunyai rona perang gelap dan daripada ciri itu mendapat nama duri hitam.
Pokok berusia 40 tahun
Cheok Kiang berkata pokok induk durian duri hitam di kebun keluarganya di Kampung Lima Kongsi sudah berusia 40 tahun.
Pokok sebesar lima hingga enam pemeluk orang dewasa itu masih sihat dan semakin membesar serta aktif mengeluarkan buah sepanjang musim durian ini.
Mengimbas kenangan lalu, sekitar 1980-an seorang rakan bernama Bagi Kau memberi benih durian yang dimakannya dari Thailand. Jenisnya tidak diketahui.
Cheok Kiang menanamnya sehingga tumbuh besar, mengeluarkan bunga dan buah beberapa tahun kemudian.
Pokok durian lazimnya mengambil masa empat hingga lima tahun untuk berbuah.
“Rasanya manis dan lembik, berwarna pucat dan agak memabukkan. Tapi saya tidak tebang pokok, hanya biarkan.
“Kira-kira 15 tahun kemudian, seorang rakan (Heng Mee Oo) pengusaha durian makan buah itu dan kahwinkan pokok itu dengan pokok durian tempatan yang matang,” katanya.
Sejarah durian duri hitam
Pokok itu menghasilkan buah dinamakan duri hitam beberapa tahun kemudian dan mula popular dalam kalangan pencinta durian sekitar 2010.
“Ketika itu, ramai kawan ada kebun durian minta benih. Kalau kedekut tak mahu bagi, boleh hilang kawan.
“Akhirnya pokok ini ditanam secara meluas Malaysia dan tersebar ke China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan banyak negara lagi.
“Walau tanam satu dunia pun, pokok ini asal usulnya dan paling tua. Ini fakta yang tidak boleh dibohongi,” ujarnya pernah dijemput dalam penanaman pokok itu di luar negara.
Dia mempertaruhkan duri hitam buat kali pertama pada pertandingan durian peringkat negeri Pulau Pinang dan mendapat tempat pertama dan mengulangi kejayaan itu pada 2012 dan 2013.
Kemudian, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mendaftarkan varieti itu dengan kod D200 dan mengiktiraf Cheok Kiang sebagai pemilik pokok induk duri hitam.
Hari ini duri hitam pernah memenangi lebih 10 anugerah termasuk dalam Kejohanan Durian Sedunia 2022: Edisi Malaysia mengalahkan 45 peserta lain ketika itu.
Katanya, buah dipertandingkan ditutup supaya tidak kelihatan dan dinilai 16 juri termasuk cef, pakar dalam industri penanaman durian, wakil Jabatan Pertanian dan personaliti makanan.
“Ketika itu memang ada peserta lain bawa duri hitam juga. Tetapi sebab pokok saya paling tua rasanya lebih sedap.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Durian lagi tua lagi bagus
“Tidak seperti manusia yang takut tua, durian lagi tua lagi bagus,” kata bapa kepada empat anak dan lima cucu.
Menurut Cheok Kiang, dia menjual duri hitam yang dikumpul dari kebunnya seawal jam 6 pagi pada harga RM70 sekilogram (kg) manakala buah yang lebih kecil dijual pada harga RM50 kg.
Ketika ini dia mengusahakan dusun buah-buahan seluas 80 hektar bersama rakan-rakannya antaranya di Sungai Baong serta Relau di Nibong Tebal, Sungai Rambai di Bukit Mertajam dan Bayan Lepas di sebelah pulau dengan menanam lebih 1,000 pokok duri hitam tidak termasuk varieti lain.
Katanya, di tempat lain terutama kawasan bandar seperti Kuala Lumpur harganya boleh mencecah RM90 hingga RM120 disebabkan kos pengangkutan dan sebagainya.
Katanya, pokok duri hitam memerlukan penjagaan rapi kerana ia berisiko tumbang jika angin kuat kerana dahannya mudah patah.
Berikutan itu, pokok itu diikat menggunakan tali khas antara satu sama lain bagi menjaganya daripada tumbang.
Secara purata, kebun durian yang diusahakannya mampu membekalkan 100 hingga 300 biji durian sehari.
Katanya, penghasilan sebatang pokok durian hitam boleh mencapai kira-kira 100 biji setiap kali tibanya musim durian.
Namun, sebahagian putik buah akan dibuang bagi menjaga kualiti, saiz dan rasanya dan proses itu dipanggil sebagai penjarangan buah.
“Ini berbeza dengan Musang King kita biar berbuah banyak mana pun tak apa. Sebab itu duri hitam selalu tak cukup.
“Sekarang ini hampir setiap masa telefon bunyi, pelanggan nak beli duri hitam, ada yang nak bagi isteri mengidam makan.
“Memang kasihan tapi kalau sudah habis tak boleh buat apa,” katanya.
Permintaan raja buah meningkat
Jabatan Pertanian Pulau Pinang merekodkan kadar pengeluaran durian duri hitam di negeri itu berjumlah 15 tan per hektar pada 2023 dan dianggarkan akan meningkat sebanyak 20 tan per hektar tahun ini.
Ini disebabkan 2024 fasa buah luruh musim durian, tahun ini berlaku tiga hingga empat peringkat berbanding tahun lalu menyaksikan satu peringkat sahaja pengumpulan buah berlaku.
Pengarah Pertanian negeri, Mohd Muhaimin Ibrahim, berkata meskipun begitu, jumlah itu masih tidak mencukupi menampung permintaan pasaran di Pulau Mutiara.
Secara purata, harga pasaran durian duri hitam antara RM70 hingga RM85 sekilogram (kg) berdasarkan gred buah berbanding harga Musang King serendah RM60 hingga RM75 kg.
“Duri hitam menjadi pilihan utama penggemar durian berbanding klon popular di Pulau Pinang seperti udang merah (ang hae), labu (hor lor), ang bak dan pelbagai lagi durian klon lain.
“Jadi, musim durian bermula di Pulau Pinang sejak pertengahan Mei lalu dan berakhir pertengahan September ini,” katanya.
Elak ancaman penyakit Pyhtophthora palmivora
Selain itu, pokok durian boleh diancam penyakit kanker atau nama saintifiknya Pyhtophthora palmivora.
Pada tahap serius, penyakit berpunca daripada kulat itu boleh menyebabkan kematian pokok.
Justeru, pihaknya sentiasa memberi bantuan kepada petani termasuk kursus mengawal penyakit itu.
“Kita juga mengajar kaedah cantuman dewasa tanaman durian, sistem pengairan, dron penyembur dan pam air bagi membantu petani terutama pada musim kemarau.
“Bantuan alat inovasi kawalan dan perangkap serangga diberikan kepada petani berminat,” jelasnya.
Sumber maklumat :
BH Online, 14/7/2024
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com










