You are currently viewing Jambu Batu Lohan Disambut Baik Oleh Penanam

Jambu Batu Lohan Disambut Baik Oleh Penanam


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Pertama sekali, berat purata sebiji jambu batu Lohan dalam lingkungan 700g dapat memenuhi kehendak pengguna kerana saiz yang tidak terlalu besar atau kecil. Lagipun, bentuk buahnya bulat bagaikan sebiji bola dan bersama aspek berat buah memenuhi pula ciri ekonomi penanam yang mementingkan berat dan nilai kosmetik. Buat masa ini juga, harga kebun bagi satu kg buah Lohan adalah di antara RM3 – RM3.50 iaitu satu aras yang menyenangkan hati penanam.

Penanam jambu batu di Malaysia amnya menanam kultivar mutiara, tiada biji, berisi merah, Vietnam dan Lohan. Juga termasuk kultivar yang lebih kuno iaitu baka Kampuchea. Kesemua baka ini berasal dari Taiwan, Thailand dan juga Vietnam. Lohan yang juga berasal dari Taiwan merupakan baka yang disambut baik oleh penanam pada masa kini.

Di Taiwan, jambu batu mendapat perhatian berat daripada pihak Pertanian negara, justeru itu banyak penyelidikan telah dilancarkan dan berjaya menghasilkan banyak baka baru, di antaranya ialah jambu batu berisi merah serta kurang berbiji dan juga manis. Baka-baka ini turut menghambat hati pengguna di merata tempat termasuk Malaysia. Lohan merupakan antara baka bersaiz paling besar dan sangat sesuai untuk dikultur di Malaysia.

Pengusahaan tanaman jambu batu adalah bergantung kepada kerajinan penanam. Tanaman ini membawa sifat pemucukan baru dan pembungaan selepas pangkasan dijalankan. Oleh itu penanam perlu rajin memangkas pokok supaya merangsang pemucukan baru dan selanjutnya mengeluarkan bunga dan buah. Tanpa kerajinan memangkas, pokok kurang memberi hasil buah.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Pokok jambu batu Lohan mempunyai hayat ekonomi lebih kurang 10 tahun. Selepas ditanam 9 bulan, ia mula berbunga dan berbuah. Apabila pokok berumur 1 1⁄2 tahun, ia akan masuk ke musim pembuahan yang menggalakkan dan menyebabkan penanam semakin sibuk dalam pengurusan membalut buah, meracun malah memangkas selain juga pengurusan pembajaan dan pengairan. Pengurusan yang baik ini akan menjanjikan penghasilan yang memberangsangkan kerana kadar pembuahan buah-buahan tropika ini sememangnya tinggi di bawah keadaan penanaman yang optimum.

Satu pokok dewasa Lohan mampu mengeluarkan 70 biji buah dalam semusim. Dengan anggaran purata berat 700g sebiji, maka jumlah hasil satu pokok ialah 50kg semusim. Andai kata penanam menanam 350 pokok/ekar (berjarak lebih kurang 3.5m X 3.5m), jumlah hasil semusim akan mencapai 17,000kg, didarabkan dengan dengan RM3.00/kg RM3.00/kg harga harga kebun, penanam justeru itu boleh memperolehi jumlah pendapatan sebanyak RM50,000 semusim.

Pokok jambu batu Lohan akan berbunga selepas pangkasan pucuk dilakukan. Dengan kata lain, amalan pangkasan membolehkan pokok berbuah sepanjang tahun. Namun begitu, penanam memang faham akan kesanggupan pembuahan tanaman ini, maka amnya tidak berbuat demikian supaya pokok boleh berehat untuk pengeluaran hasil seterusnya selepas mendapat sumber yang cukup semasa berehat-rehatan.

 


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/