Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Di Indonesia, durian biasanya dipasarkan di antara bulan Disember hingga bulan Mac setiap tahun. Di luar musim pula tiada pengeluaran sehingga peniaga perlu mengimport dari tempat lain. Untuk menangani masalah ini, paclobutrazol (2RS, 3RS) -1- (4-chlorophenyl) -4-4-dimethyl-2- (1,2, 4-triazol-1-yl) telah digunakan sebagai teknik merangsang pengeluaran buah-buahan ini untuk tujuan pemasaran.
Paclobutrazol ialah sejenis bahan kimia yang boleh menyekat pertumbuhan vegetatif tanaman dan sebaliknya akan merangsang pengeluaran bunga dan buah tanaman itu. Ahli penyelidik di Thailand (Chandraparnik et al.,) pernah melaporkan bahawa paclobutrazol bukan sahaja memupuk bunga dan buah, malahan telah berjaya merangsang pembungaan pokok durian yang berumur 3 tahun. Oleh itu, kesan positif paclobutrazol dalam perkara ini kelihatan telah menjadi kenyataan. Bagaimanapun, apakah masa yang sesuai untuk menjalankan peransangan tersebut?

Pihak Indonesia justeru itu menjalankan kajian ke dalam aspek ini antara bulan Mac November 2015 dengan menggunakan baka durian Monthong dan Kani. Pokok yang dikaji itu berumur 10 tahun dan saiz pokok juga lebih kurang sama. Paclobutrazol hanya digunkan sebanyak 2 kali sahaja dengan selangan masa satu seminggu. Setiap kali paclobutrazol hanya digunakan pada kadar 6.0 ml dibancuh dengan 6 liter air. Parameter yang digunakan untuk membandingkan kesan paclobutrazol ialah masa berbunga, jumlah dahan yang berbunga, jumlah bunga, jumlah jambak bunga, jumlah putik buah serta kadar putik buah yang dapat kekal di atas pokok.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Didapati penggunaan paclobutrazol pada bulan Jun telah mengeluarkan paling banyak jambak bunga selanjutnya menghasilkan paling banyak bunga dan putik buah. Putik buah yang kekal di atas pokok (17.00%) datang dari plot yang menggunakan paclobutrazol pada bulan Ogos. Dalam kajian ini didapati baka durian Kani lebih berkesan dari segi perangsangan bunga dan buah oleh penggunaan paclobutrazol terutama pengeluaran jambak bunga dan jumlah bunga yang lebih banyak. Walaupun jumlah bunga adalah banyak yang selanjutnya menjana pengeluaran putik buah yang juga banyak tetapi jumlah putik buah yang dapat kekal di atas pokok tidak menunjukkan perbezaan yang ketara di antara kedua-dua baka durian ini.
Hasil kajian ini menyimpulkan bahawa penggunaan paclobutrazol pada bulan Ogos lebih berkesan jika dibandingkan penggunaan pada bulan Jun dan Julai kerana taburan hujan pada bulan Ogos lebih sedikit dan keadaan ini merupakan syarat yang diperlukan dalam rangsangan pembungaan durian. Didapati juga masa paling sesuai untuk menggunakan paclobutrazol ialah 2-3 bulan sebelum pembungaan biasa. Juga didapati penggunaan paclobutrazol tidak menunjukkan perbezaan kesan yang ketara di antara baka-baka durian.
Sumber maklumat :
Sakhjdin et al.,”Flowering of two cultivars of durian (Durio zibethinus Rumph Ex. Murray) treated with paclobutrazol, UASC Life Science, 2016.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336










